JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
4314
View
135
Reply

[Tempatan] Era Malaysia Baharu, anak tak dapat masuk SBP ibu meroyan dalam media sosial

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-12-2018 08:35 AM | Show all posts |Read mode
Ibu persoal murid SJKT tak dapat mohon sekolah asrama penuh
December 7, 2018 7:21 AM


PETALING JAYA: Seorang ibu kepada murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) mempersoalkan dasar sekolah berasrama penuh (SBP) yang tidak menerima permohonan pelajar dari sekolah vernakular itu.

Beliau yang hanya ingin dikenali sebagai Revathy berkata walaupun anaknya mendapat keputusan 8A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini, namun tidak diterima masuk ke SBP kerana anaknya dari SJKT.

Revathy turut mempersoalkan mengapa SBP yang merupakan sekolah umum mempunyai syarat dan dasar sedemikian.

Sebab dalam syarat itu, tidak ada menyebut tidak dibenarkan pelajar India atau Cina untuk mohon SBP, tetapi menyebut hanya menerima dari sekolah kebangsaan.

Memang pelik kenapa hanya jenis sekolah kebangsaan. Jika mahu dibandingkan, SJKT dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) mengambil lebih 2 subjek, katanya kepada FMT.

Revathy juga berkata apabila kerajaan sudah bertukar kepada Malaysia Baharu, tidak adakah kelonggaran untuk murid dari SJKT yang mendapat 8A atau 7A untuk memohon SBP.

Longgarkan sedikit syarat itu. Jika sekolah agama ada syarat untuk tidak membenarkan pelajar dari SJKT mohon, kami faham itu syaratnya. Tetapi kenapa SBP? soalnya.

Sebelum itu, kisah Revathy tular di media sosial apabila anaknya yang bersekolah di SJK(T) Ladang Brounston, Jeram, Kuala Selangor mendapat 8A dalam keputusan UPSR, dan beliau berhasrat memasukkan anaknya di Sekolah Sains Kuala Selangor.

Bagaimanapun, ketika beliau mahu memohon untuk memasukkan anaknya ke sekolah sains itu, salah seorang pegawai sekolah tersebut berkata mereka tidak melepasi syarat yang ditetapkan.

Katanya, beliau turut diminta untuk berhubung dengan pegawai di Ibu Pejabat SBP di Cyberjaya untuk mengajukan apa-apa soalan sekiranya tidak berpuas hati.

Apabila telefon ibu pejabat SBP itu, pegawai itu berkata syarat SBP memang begitu, katanya.

Revathy juga berkata anaknya itu merupakan satu-satunya pelajar yang mendapat 8A tahun ini di sekolah tersebut dan datang dari keluarga yang agak sederhana.

Beliau mempersoalkan bagaimana ibu bapa yang tinggal berdekatan sekolah sains itu mahu memasukkan anaknya ke sekolah tersebut.

Saya nak hantar anak ke sekolah sains itu sebab sekolah itu paling dekat tetapi hanya sebab alasan pelajar itu bukan dari sekolah kebangsaan tidak diterima.

Kadang-kadang ada ibu bapa yang fikir anak baru 12 tahun, dan pertama kali mahu masuk sekolah menengah, jadi setahu saya sekolah sains di bawah kerajaan juga, katanya.

Permohonan SBP tertakluk kepada dasar

Sementara itu, Bahagian Pengurusan SBP dalam kenyataan balasnya kepada FMT berkata, buat masa ini pihaknya masih tertakluk kepada pematuhan dasar yang diluluskan.

Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Hal Ehwal Murid Bahagian Pengurusan SBP, Nor Azlina Abdul Rahim berkata sehingga kini tiada kelonggaran kepada dasar dan syarat seperti yang dimohon.

Tahniah kepada murid ini yang berjaya mencapai 8A dalam peperiksaan UPSR ini. Namun pertimbangan kepada murid ini tidak dapat dilakukan kerana kegagalan mematuhi beberapa dasar dan syarat yang dinyatakan, katanya.

Nor Azlina turut menyenaraikan syarat kemasukan pelajar ke SBP, antaranya pemohon mestilah warganegara Malaysia, mencapai tahap pencapaian minima kemasukan ke SBP seperti yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam UPSR, menduduki ujian online kemasukan ke SBP dan melepasi Toleransi Bar (65%), merit PAJSK dan Psikometrik serta pelajar itu dari sekolah kebangsaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 08:49 AM | Show all posts
yeahh..semakin ramai nak perjuangkan 'hak'...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 09:39 AM | Show all posts
Nanti anak ko masuk sek menengah pun kena masuk kelas peralihan dulu. Xkan itu pun xtau?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Hoyeah luv u waytha!!! Hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanti anak dia masuk sbp sure kena pulau....depa tak buli physically tp mentally...lg sakit
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 09:47 AM | Show all posts
oohh memang mcm gitu ya syarat masuk sbp? meols cant relate
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 09:50 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 7-12-2018 09:43 AM
Nanti anak dia masuk sbp sure kena pulau....depa tak buli physically tp mentally...lg sakit

ank iolz sebilik ngan budak india. tkde kena buli eh. Org melayu ni baik hati dan senang menerima.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 09:50 AM | Show all posts
Sorry ya auntie. Tak perlu persoalkan dasar2 dan syarat2 begitu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
syadail replied at 7-12-2018 09:50 AM
ank iolz sebilik ngan budak india. tkde kena buli eh. Org melayu ni baik hati dan senang menerima. ...

Ada sorang mak yg anak india masuk mrsm....dia cerita kat i mcm mana anak dia kena pulau....kesian pulak i dengar
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 10:13 AM | Show all posts
mampu gelak jela..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 10:18 AM | Show all posts
hak..hurmmm
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
DollahRepek replied at 7-12-2018 09:39 AM
Nanti anak ko masuk sek menengah pun kena masuk kelas peralihan dulu. Xkan itu pun xtau?

Tu bukan kalau failed bm ka..
Skola iols dolu kalau failed bm je masuk peralihan
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 10:54 AM | Show all posts
shernazz replied at 7-12-2018 10:19 AM
Tu bukan kalau failed bm ka..
Skola iols dolu kalau failed bm je masuk peralihan

taklah...semua dr sjk kena masuk peralihan dulu..
classmate iols yang mana dr sjk semua tua setahun.. yg sk je sebaya


Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 11:02 AM | Show all posts
shernazz replied at 7-12-2018 10:19 AM
Tu bukan kalau failed bm ka..
Skola iols dolu kalau failed bm je masuk peralihan

Dulu masa sekolah mmg semua student dari SJK masuk kelas peralihan dulu. Xtau la kalo sekarang mcm mana.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 11:02 AM | Show all posts
walaupun 8A pasti ada something dia tak bagitau..dulu aku sek sbp ada je india..

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 11:13 AM | Show all posts
modal memperjuangkan hak mereka sekarang ni MALAYSIA BARU, MALAYSIA BARU
itu je la
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 11:14 AM | Show all posts
sekolah penternakan gejala homo
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 11:16 AM | Show all posts
nak masuk SBP  tapi x nak masuk sekolah kebangsaan...deyyy aci..poooorahhhhh!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 11:17 AM | Show all posts
Z77 replied at 7-12-2018 11:02 AM
walaupun 8A pasti ada something dia tak bagitau..dulu aku sek sbp ada je india..

dpt 8A tapi koko hauk....bersukan kayu....mmg ko mimpi je la nak masuk SBP...dasar ummah estet x sedar diri

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 11:19 AM | Show all posts
alahaiiiii lahhh
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 11:24 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 7-12-2018 09:52 AM
Ada sorang mak yg anak india masuk mrsm....dia cerita kat i mcm mana anak dia kena pulau....kesian ...

kalo tunjuk lagak memang la kena pulau..
tak kira la bangsa apa pun
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
DollahRepek replied at 7-12-2018 11:02 AM
Dulu masa sekolah mmg semua student dari SJK masuk kelas peralihan dulu. Xtau la kalo sekarang mcm ...

Oo.maybe dh bertukar kot
Iols masa form 1 tahun 1999 mmg peralihan utk bm fail saja...gred d dan e
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Z77 replied at 7-12-2018 11:02 AM
walaupun 8A pasti ada something dia tak bagitau..dulu aku sek sbp ada je india..

Sebab dia sjkt je..
Syarat kemasukan adalah dari sekolah kebangsaan sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 11:30 AM | Show all posts
shernazz replied at 7-12-2018 11:28 AM
Oo.maybe dh bertukar kot
Iols masa form 1 tahun 1999 mmg peralihan utk bm fail saja...gred d dan  ...

Mungkin dah berubah skang sbb tahun 1999 tu iols dah habis sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
DollahRepek replied at 7-12-2018 11:30 AM
Mungkin dah berubah skang sbb tahun 1999 tu iols dah habis sekolah

Haha
Ok
Uols tua dariniols rupanya..haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.059681s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list