Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
22897
View
625
Reply

Thread Luahan [V-10] - STRICT REMINDER NO QUOTE & REPLY

[Copy link]

Author: cmf_blingblings    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 14-1-2019 01:37 PM | Show all posts
Alhamdulillah panas mengerlip di Langkawi nehhhh, hadoi kalau pi pantai haruslah tenyeh mata dua tiga kali tengok nenen sapo berkesadai....naik ketumbit mata nanti
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu i dah bebel pasal anak (kt sini je )..
Semalam dia riuh bagi tau anak dia keracunan makanan pulak..
Hah,  baru kau tau betapa pentingnya jaga pemakanan anak2 kecik ni...
Korang suami isteri perut lembu memang la takde kesan... Budak 2 tahun belum 6 bulan tu perut hijau oiii... Suap la makanan bersih & berkhasiat.
Bangun awal pagi masak bekal makanan anak..
Alasan tak sempat tu sebab malas bangun pagi.
Alasan anak menangis tu,  bapaknya kan ada.
Seminggu hari tu boleh pulak  cerita gelak2 anak makan semut.. Lucu la tu kononnya

Masa awal kahwin,  masa beranak kecik ini la rajin buka mulut bagi tau suami buat itu ini..
Ni dah asyik "manjakan" suami,  asyik mengalah aje dengan suami...  Sampai tua la kena buli
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bismillah..nak ckp dpn2 tak sampai hati..sebab mungkin cara fikir kita lain. Tapi kenapa korang besar2kan benda yg kecik? Bg aku takde apa isu pun tp cara korang crita dah jd sesi membawang plak kan? Benda takde paksaan. Siapa nak pegi pegi la. Yg tak pegi korang sibuk2 nak atur2 kenapa? Kalau kena tugas yg lain pun takpe la..kalau perlu iring budak tu iring je la. Apa yg korang nak ejekkan? Sama je pegi mana2 keje jugak. Adoi..naik stres aku satu grup wsap dgn korang. Mcm mana la tak stres. Aku ingat apa sampai watsap beratus2. Rupa2nya pasal lawatan je. Meati korang gigih telek list nama tu siapa yg pegi..siapa yg tak pegi kan? Mcm takde life plak korang. Aku ni nak hias kelas nak tanda buku pun tak sempat.

Aku lg risau anak didik aku spm thn ni. Dgn silibus byk gila. Tp masa suntuk. Dhn cuti byk. Bahan latihan nak fotostat pun kedekut. Haih. Byk lagi benda penting aku nak fikir.

Kang aku left grup ckp aku kuat sentap plak. Tp memang sampah je yg korang bawangkan tu..sori la. Not my level. Siapa yg naik bas. Siapa yg bawa keta. Siapa yg tumpang siapa. Siapa yg byk duit naik flight. Tau je korang ek? Tak penat ke?

Kadang aku rasa adakah aku yg ignorance smp tak amik peduli semua tu? Pola fikir aku ke yg salah sebab tak kuasa nak amik tau pasal LADAP org? Perlukah aku dengki hila ada yg pegi, ada yg x pegi? Korang kalau tak nak pegi buat je mcm aku. Takyah letak nama. Settle. Ni letak nama gaya nak pegi tapo org yg tak pegi korang list.  Adakah aku patut tau detail serba serbi mcm korang? Dah memang pengetua tu dah rupa tu prangai. So biar la kelam kabut. Just embrace it. Ini tak.bising kat blakang dpn2 manis plak dgn org tua tu. Hiprokit sgt la korang.

Aku tak terkejut pun kalau slama ni korang bunyi psl aku blakang2. Alhamdulillah tak pernah minta dan pinjam duit korang lg slama ni. Belum pernah lg minta beras rumah korang.. so im having my own way. Nak kutuk ke nak apa sukati. Janji aku tak kacau org.

Aku scrol yg last jela dlm grup tu eh..aku sr je. Kalau penting sgt tag nama aku. Kalau sebut nama aku tp tak tag kgn marah ye bila aku tak nyahut.

Haih...sorry la i have no time for nonsense.. ramai org kebulur tak makan kat luar negara tu..ramai yg mati kesejukan tak cukup heat kat negara sejuk hokay.. yg korang bawangkan tu sikit pun tak penting.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang mesti speechless kan aku tak pegi. Konon mcm degil melawan sbb tak nak pegi kan? Sebenarnya aku nak je jawab depan muka sapa2 yg tanya tu. Suka hati aku lah! Nak pegi ke tak nak pegi! Benda optional kan?

Aku dah ckp kalau mahal, kalau jauh2 aku tak nak pegi. Ni hal keje weh.. tak pernah lg aku dgr swasta hantar workers pegi course tp workers yg bayar. Pelik kan skola kerajaan ni.

Alah.... ladap je pun. Aku belum dgr lg kakitangan awam kena buang keje pasal ladap. Alternatif kan byk. Epsa ada. Boleh buat book review. Taklimat pun ada. Apa yg korang kecohkan sgt? Yih!! Rimas lah!
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah sabarkan lah aku ni. Aku tak nak balas benda remeh temeh mcm hal ladap tu ya Allah. Biar la diorang nak interprete apa pun. Baik aku fokus anak murid aku ya Allah. Berilah aku nikmat mengajar sampai aku x kisah pun hal politik dlm skolah. Aku nak buat keje aku. Janji nama tak naik ok lah. Bln 2 nak isi borang pindah. Dapat tak dapat hal lain. Isi je. Dah lama sangat aku kat skolah tu ya Allah. Mungkin aku perlu udara baru. Faham akan jadi letih sebab nak blaja adapt suasana baru. Takpe lah. Mungkin ada hikmah nanti.

Aku bukan melawan ya Allah. Aku cuma tegakkan hak aku. Aku ada hak to say no. Im saying no. Aku buat tanggungjawab aku ya Allah. Cuma bila orang nak violate hak aku. Aku akan defend. Aku tak lemah. Islam pun larang umatnya jadi lemah. Biar la dgn defend diri aku dikatakan melawan. Kau berilah taufik dan hidayah juga balasan setimpal pada orang2 yg menganiaya dan menzalimi org lain. Kau lah maha adil. Aku serahkan orang2 ni pada Kau ya Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:46 AM | Show all posts
Nerbes.  Satgi jumpa kwn2 baru.  Insya Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 12:11 PM | Show all posts
Tahun baru ni, aku nak story pasal Food Hunt 2018.

Tiap2 tahun, ofis aku akan buat Treasure Hunt. Biasanya aku ignore aje sbb mmg tak berminat.
yela. aku kan kera sumbang. takde geng sgt. kawan tu ada la. tapi tak semestinya rehat aje kuar dgn geng. rehat aje kuar dgn geng. tu pasal takde geng. hahaha. sbb konon2 nak diet tapi tak kurus2 gak. hahaha.

Tapi, tahun ini, 1st time tema dia Food Hunt 2018 guna public transport.
Menarik sket la memandangkan aku suka makan. aku dah terbayang food stop best2 kat kl tu. area jln tar. kg baru. aku dah ada 2-3 restoren target aku dah.

So, start le aku cari grup yang tak cukup orang. rata2 dah penuh. ada sorang kawan ni (tiap2 tahun dia masuk) dia ckp kena campur lelaki kalau nak menang. Tu la. aku pun pikir mmg kena ada sorang lelaki dlm grup kalau nak "menang" la. hahhaha.
Bila aku nak sesuatu, mula la start "peramah". cam biasa la. Hari2 mmg sombong aje.
Kelebihan aku, aku orang lama so, cam kenal/cari orang lama2 la. Orang baru2 rata2 muda2. malu la sket. So, jumpa la 3 orang. sorang kawan ppuan aku (masa single kitaorg rapat.mula tak rapat tu bila dia dah kawen). Dia cari 2 orang lelaki. Dia dlm division engineering. kacang putih aje nak cari orang planner/project manager (yang selalu gi site) sorang lagi kolik yang aku rapat sbb keje sama2 (chinese). Pastu masalah no.2 takde sapa nak jadi leader/team captain. hahahaha. aku mmg tanak. kawan aku ckp ko la jadi sbb ko yang beria ria. aku ckp, laa aku tak kenal 2 orang planner tu. ko la jadi. last2 dia setuju nak jadi setelah aku pujuk beria (sehh.. banyak betul keje aku ni demi food..damnn tapi aku tau kawan aku berminat cuma dia kena dipujuk aje)

So, Bertanding la.. 12/1/2019. Best gak, sbb gi tempat2 kat kl aku tak penah jejak dgn 2 tempat aku spot (kiranya aku study dulu tau. hahahaha). Soalan dia ada 3 paper challenge, 2 food challenge. 7 stop utk makan. pastu 3 clue bergambar utk tempat makan. Yang clue bergambar tu le 2 tempat aku syak akan masuk - Nasi Lemak Wanjo & RSMY cheese naan. hahahaha. satu lagi clue kolik cina aku yang solve kan - airmata kuching kat PS.
satu paper lagi, betul semua sebab aku terer jawab boleh? hahahhaha
word puzzle, semua orang..dpt 10 words dlm 3minit. gila seh.
2 orang lelaki tu mangsa utk minum cendol-food challenge. derang terer. 1 minit makan cendol. tu pentingnya lelaki dlm grup ni kalau nak menang la.

Akhirnya, grup kitaorg jadi Champion. hahahaha.cam tak caya aje. hahahahaha
kawan aku ckp, biasa ada 1 grup lelaki ni misti jadi champion utk hunt hunt ni. so, tahun ini, grup lain ambik title Champion. Bangga gila ok.
tu pasal entry ini panjang sket. hahahhaha..
mistila. 1st time masuk, terus champion.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 01:15 PM | Show all posts
Td dpt angka giliran nombor tujuh belas.  (Yeah, have a shout u carats!)  A few people before me sangkut.   Aku pass 100%, Alhamdulillah.   
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila dia nak umumkan sapa yg menang nih berminggu dah oii dekat sebulan dah nih..
Selagi dia tak umumkan sapa yg menang selagi tuh la aku takleh nak post gambar kat fb/ig
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuti2 ni aku pulak pening dgn groupwork anak aku.ni lah jadinya bila dah takde streaming kelas bercampur2. terpaksala groupwork dgn budak yg tak berapa nak belajar+parents yg tak ambil tahu pelajaran anak. Tahun2 sebelum ni senang je anak aku group dgn budak yg pandai+parents yg supportif dgn pelajaran anak2. Nak bincang nak buat powerpoint nak buat presentation senang je nak decide buat dekat mana,nak beli apa,nak bawa apa..
thn ni kali kedua dah ni lagi 2org tu tak ambil tahu.byk sangat alasan..nak bawa nenek jln2 la, nak mandi kolam la, dah tak minat belajar mcm ni lah..ibu bapa pun ignoran..memyusahkan org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Gigih aku duk menunggu ni kan..
Baca dekat ci ada yg merungut kena beli printer+scanner laptop dekat rumah demi kerje..aku rasa benda2 tu dah jadi keperluan asas sekarang ni..mana2 kerja pun majoriti memang kena beli benda2 alah tu..tambah sekarang kalau ada anak2 zaman kbat ni..majoriti benda kena print sendiri..printer scanner laptop aku dekat rumah tu diorg yg konker..cikgu tak print dah utk diorg..memang semua download di whatsapp/email n print sendiri..so tak kirala ko keje apa pun even dari budak2 sek rendah zaman sekrang ni pun memang wajib ada benda2 tu dekat rumah..keperluan asas.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas darah aku naik minggu lepas,aku mula jaga2.tapi stress tetap ada.aku buat test online (valid dr website psych) tahap stress dan anxiety aku normal tp tahap murung aku 'teruk'..oh..so betul la aku murung,bkn stress sgt..
Murung tu ialah bila kau rs kau useless walau mcm mana kau cuba buat yg trbaik utk diri kau dn org lain.murung tu bila benda kecik pun kau rs nak baran dan mengamuk.murung tu bila kau rasa hidup kau takde makna,takde apa yg menggembirakan hatta melihat wajah anak sendiri pun.segalanya kosong.murung tu bila kau di tgh hiruk pikuk mcm mana pun,kau akan rs lonely gila!murung tu bila kau lost interest dgn apa saje wpun sebelum ni kau suka buat benda tu..dn byk lagi...dan itu la yg aku rs lately..cuma Alhamdulillah belum pernah rasa nak suicide cuma bila aku give up,aku rasa mungkin mati lbh baik dan mungkin bila aku takde br org keliling start hargai aku.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 09:00 AM | Show all posts
Kejap lagi nak keluar dgn J.  Byk benda kena buat, byk benda kena beli.   Ptg karang ada kelas pulak.  Insya Allah.  Ok, over n out.  
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
As parents kalau u all kena beli apa2 demi pelajaran anak...please just do it.jgn byk merungut..aku cikgu pun pernah ada anak sekolah.mcm2 aku kena beli,kena print etc
The worst is....sekolah aku  ,cikgu kena beli kerusi meja ,almari sendiri!
cuba habaq mai..pekerjaan apa yg level professional tp kena beli peralatan dn perabot sendiri?pen ,kertas,marker tu x yah cakap la..mmg kami tak di beri subsidi.semua sendiri.
Ini smpai meja guru buruk pun x de bajet nak ganti.smpai ada cikgu kuar duit sendiri beli meja baru.kerusi dh nak patah pun kena bayar /beli sendiri..almari kena paksa bayar wpun dah ada rak sendiri.ekon bilik guru?bertahun2 tunggu duit jogathon x pernah merasa wpun sorang guru wajib sumbang rm100.last2 nak ekon?ok sorang byr rm70 dan ekon kena kawal timing dia.pathetic weh!
Photostate bahan utk budak duit sendiri..buku kerja rm5 bdk x byr2 wpun dh mtk berpuluh kali.last2 cikgu guna duit sendiri byrkan pd pembekal.what else?aku bukan nak ungkit tp Alhmdulillah..aku rasa insya Allah gaji aku bersih dan halal.tiap bulan mmg ada dibelanjakan utk kegunaan di sekolah esp utk budak2 .
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada je mak2 yang terlebih sibuk dari anak..
Yang sekolah anak tapi projek anak macam projek mak2..
Bila achik ni tanya... Why,  where, how?
Satu benda budak tu tak tau... Mak yang buat...

Dah gitu selamanya la anak kau tak berdikari..
Atau senang fikir... Tak payah buat,  tak  payah fikir... Nanti mak buatkan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sarahmirza at 23-1-2019 04:34 PM

Bezanya rm600++ ...
Modal nak ke Melaka pun tak sebanyak tu...
Minyak pergi balik dengan tol tak sampai pun 400...
Sambil2 jalan2 cari makan dan beli belacan bakar...

Susah oiii...
Tolong Melayu tak terpakai kat sini..
Biarpun Melayu itu depan mata..

What to do..
Zaman skrg zaman duit..



Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 10:45 AM | Show all posts
last weekend aku dah berhabis lebih kurang RM1,500.00 borong tudung Arzu kat KLCC...
bising hubby... ye lah walau tak guna duit dia...tapi katanya aku membazir...
katanya aku berbelanja tak berhemah....
aku dah sorok tudung tu... tapi dia terjumpa gak masa kemas almari tu... aduiii...

yang aku pun satu gakkkk.... pi beli macam tak ingat dunia...
ok you... I promise for next 6 months I stop beli tudung.... huu huu.....
he said 6 months??? 12  to 15 months hokayyyy...  
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-1-2019 04:14 PM | Show all posts
Akhirnya dapat juga seorang pengasuh, kerja dari pukul 1pm - 7pm, 6 jam gaji 1800.00. Susah sungguh kat Langkawi ni nak cari pengasuh yg boleh cakap orang putih..masuk sekolah dari tadika dah ajar bahasa Inggeris sampai habis tingkatan 5 haram tak tau cakap...malulah kat budak Aisyah yg tengah viral pandai cakap bahasa Inggeris, belajar kat YT jah
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-1-2019 04:26 PM | Show all posts
Posting-posting berunsur dan berbaur perkauman dgn maki hamun bersepah kat group whatsapp family aku..pelik nak mamf...., hangpa ni semua cikgu-cikgu besaq, pengetua, dah bersara pun setidak-tidaknya jgn dok post menda-menda tak jelas dan memfitnah bagai. Kalau perangai hangpa macam ni macam mana hangpa didik pelajar sekolah yg dah beribu di luar sana aku tak tahulah..

Yg paling aku ingat zaman hangpa jd pengetua dulu students yg paling ramai ponteng anak Melayu, paling ramai mengandung sebelum nikah Melayu, jd samseng main video game kat internet cafe Melayu, yg paling ramai serang cikgu siap bawa parang pisau semua ibu bapa bangsa Melayu...

Sorry bossku, rupanya kata-kataTun tu betoi, Melayu mudah lupa. Tulah sapa suruh makan kepala ikan kerap-kerap
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2019 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Bersiaran dari selatan hari ni.

Semlm tgh dok lepak atas bench kt satu tmpt ni, tiba2 dgr bunyi anak burung kt atas.  Aku pun dongak la ke atas n saw them.  Masya Allah, koel chicks.  Cuma dorang tk boleh lg buat bunyi mcm koel dewasa.  Bdn hitam, mata merah, confirm koel - N agreed w me.  Kita org excited tgk.  J n H were like, Oookayyy.  The rest of the family r not into nature mcm aku n N.  Begitulah, kesukaan masing2 tk sama.  Well at least dorang suka kucing, Alhamdulillah.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.081896s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list