JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
524
View
8
Reply

Seperti Berada Di Planet Marikh. Wah! Di Mana Tu?

[Copy link]

Author: NmeeraR       Show all posts   Read mode

Author
Post time 5-12-2018 05:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by NmeeraR at 5-12-2018 11:10 PM

Di dunia ini, terdapat pelbagai pembentukan semula jadi bumi yang begitu mengindahkan sejak sekian lamanya. Kejadian alam semula jadi ini lantas telah diterokai oleh beberapa pihak tertentu seperti ahli sains, sejarahwan, peneroka sejaak dari dulu sehingga menjadi sesuatu fakta dari sudut sains disebarkan dari sahih atau lagenda yang di bawa turun-temurun sejak dari beberapa lama dulu lagi. Hasilnya kini, kita mampu melihat dan mengetahui kejadian alam semula jadi ini secara tidak sengaja atau pernah dipelajari . Walaupun tidak mampu di lihat dengan mata kasar, cukup melihat dari yang digambarkan.

Begitu juga dengan beberapa tempat ini yang dikatakan keadaan seperti berada di MARS. Kebarangkalian untuk ke MARS yang perlu mengambil masa 3 bulan untuk ke sana mungkin mustahil untuk kita manusia biasa untuk ke sana. Namun dengan adanya penilitian, terhadap tempat-tempat yang dikatakan seperti berada di MARS ini, sekurangnya dapat merungkai serba sedikit persoalan di minda manusia yang pernah mempersoalkan,

"BAGAIMANAKAH KEADAAN DI PLANET MARS?"


Walapun bukan 100% sama, mungkin dari bentuk muka buminya, sama.  Untuk itu ini adalah tempat yang membuat anda seperti berada di MARS.




Mars Desert Research Station(MDRS), Utah
Stesen ini dibina sejak dari 2000an dan dikendalikan oleh kru kecil yang melawat kawasan ini selama dua minggu untuk menjalankan penyelidikan saintifik mengenai "Hidup Di Marikh" yang mana membangunkan atau mempersiapkan eksplorasi manusia Marikh.

Mars Desert Research Station
Matlamatnya adalah membangunkan bidang berkaitan kekangan alam sekitar iaitu, dikehendaki bekerja di ruang angkasa, menguji ciri-ciri dan alat reka bentuk habitat, dan menilai protokol pemilihan krew yang menjalani pelatihan di sini dengan stimulasi yang bole dirasakan seperti hidup di Marikh. Walaupun ia lebih hangat daripada Marikh, stesen ini dibina di gurun yang dipilih kerana ia menyerupai seperti di Planet Merah.

Sekitar MDRS

Suasana di dalam MDRS  seperti hidup di MARS
Bagi anda yang meminati bidang ini, anda mungkin berpeluang menjalani latihan di sini atau berkunjung ke sini untuk merasai bagaimana berada di MARS dalam beberapa tempoh. Sebagai bukti , Venzha Christ  seorang warga Indonesia yang berjaya mengikuti latihan di sini , yang dapat  merasakan latihan persiapan ketahanan mental, psikologi, dan juga fizikal untuk  hidup di Planet Mars.


Video "Exploring Mars in Utah | National Geographic" di MDRS




Selain gurun di Mars Desert Research Station(MDRS), terdapat beberapa tempat lain yang dikatakan seperti berada di MARS. Antaranya...


Atacama Desert , Chili

Atacama. Sumber dar internet
Atacama Desert  berada di Amerika Selatan iaitu di antara pantai Pasifik dan sebelah barat pergunungan Andes.  Ia adalah gurun paling kering di dunia kerana beberapa faktor tertentu seperti terletak di sebelah barat Pegunungan Andes yang begitu tinggi dan arus sejuk dari Samudera Pasifik menghasilkan sedikit hujan sehingga tidak sampai daratan.
Atacama. Sumber dari internet
Gurun ini pernah dijadikan kawasan kajian oleh NASA selama empat minggu dengan mempelajari kehidupan di sana dan berikutnya mengetahui bagaimana kehidupan di Mars kerana sangat mirip dengan Mars.


Death Valley, Carlifonia
Gurun  Death Valley. Sumber dari internet
Menurut ahli sains, Death Valley tidaklah terlau mirip dengan Mars kerana suhunya yang terlalu panas sehingga mencecah 56.7 darjah celcius. Namun begitu kawasan gurun ini sangat membantu dalam menguji kekuatan robot milik NASA menghadapi  rintangan yang mungkin terjadi di Mars nanti.

Death Valley. Sumber dar internet


Pulau Devon, Canada

Suasana Pulau Devon. Sumber dari internet
Pulau Devon, pulau tanpa penghuni yang terbesar  di dunia ini pernah digunakan oleh ahli sains sebagai tempat penilitian Mars kerana udara dingin dan kering sangat mirip dengan planet Mars. Hal ini demikian , pulau Devon menjadi tarikan ahli sains untuk meniliti informasi yang diperoleh untuk eksplorasi Mars yang akan datang. Tambah pula, terdapat kawah Haughton  yang mana menjadi tempat misi NASA sejak tahun 1997 kerana begitu mirip dengan kawah yang berada di Mars.

Struktur kawah Haughton, Devon Island. Sumber dar internet


Menakjubkan bukan? Apa pandangan anda? Rasa-rasa ada yang tanam impian nak pergi ke planet merah ke? Tiada kehijaun hutan,tidak dikelilingi warna-warni dan hanyalah bertemankan warna yang sama walau siang atau malam. - CARI








Sumber:
https://www.theatlantic.com/photo/2013/03/the-mars-desert-research-station/100472/

http://mdrs.marssociety.org/

https://en.wikipedia.org/wiki/Mars_Desert_Research_Station

https://www.thetravel.com/20-places-on-earth-that-will-actually-make-us-feel-like-were-on-mars/

https://www.nps.gov/deva/learn/news/mars-and-mojave.htm

https://en.wikipedia.org/wiki/Death_Valley

tps://en.wikipedia.org/wiki/Devon_Island
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Setting cerita the martian mesti buat kt sni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 08:28 AM | Show all posts
eleh
kitorang kat kuantan ni dah merasa dulu la hidup di mars ni

zaman kegemilangan bauksit!

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 10:37 AM | Show all posts
saviour_09 replied at 6-12-2018 08:28 AM
eleh
kitorang kat kuantan ni dah merasa dulu la hidup di mars ni

bahahaha.. kau nih..

so skg kontan ade boksit lagi ke.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 11:42 AM | Show all posts
Ramai yang dah cuba duduk sekejap je mampunya
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 01:22 PM | Show all posts
saviour_09 replied at 6-12-2018 12:28 AM
eleh
kitorang kat kuantan ni dah merasa dulu la hidup di mars ni

ahahahaha....baru nak tulis!
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 01:44 PM | Show all posts
chinta89 replied at 6-12-2018 10:37 AM
bahahaha.. kau nih..

so skg kontan ade boksit lagi ke.

ada la sikit2 lagi tp yg berlesen dah
katanyaaa
cuma tak seteruk dulu la
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 01:45 PM | Show all posts
sufi^_^ replied at 6-12-2018 01:22 PM
ahahahaha....baru nak tulis!

kan?
kesian betul rakyot2 yg duduk sepanjang laluan lori keluar masuk ni
siang malam main habuk


Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Cpt2 lah bauksit tu habis. Kasihan org kuantan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.053684s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list