JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
461
View
7
Reply

Filem Menarik Sepanjang Disember! Dah Sedia Serbu Panggung?

[Copy link]

Author: hdrsli       Show all posts   Read mode

Author
Post time 4-12-2018 10:24 AM | Show all posts |Read mode






2018 telah pun memasuki bulan terakhir untuk melabuhkan tirainya. Jadi, untuk bulan ini masih ada lagi saki baki filem menarik untuk disaksikan menjelang tahun 2019.


Jika diteliti, setiap minggu ada saja filem hebat untuk ditonton. Filem apa? Jom kita baca!




Kredit foto: universal pictures



Mortal Engines
Tarikh tayangan: 6 Disember 2018


Pengarah hebat Peter Jackson yang merupakan pengarah dua filem blockbuster The Lord of the Rings dan The Hobbit kembali dengan naskah terbarunya.


Filem ini mengisahkan beratus tahun peradaban manusia telah musnah akibat bencana. Sebuah Bandar besar telah mengelilingi bumi dan menghancurkan bandar-bandar kecil yang berada sepanjang laluannya.


Seorang rakyat kelas bawahan, Tom Natsworthy bertemu dengan penjenayah, Hester Shaw dalam misi menghentikan kemusnahan ini. Mampukah misi ini dijayakan? Saksikan dalam Mortal Engines!





Kredit foto: Imdb.com




Aquaman
Tarikh tayangan: 13 Disember 2018


Setelah hampir setahun berdiam diri selepas filem Justice League, DC kembali dengan filem baru dalam dunia sinematik mereka iaitu Aquaman!


Arthur Curry menyedari bahawa terdapat perancangan oleh saudaranya, King Orm untuk memulakan peperangan dengan manusia kerana telah melakukan pencemaran di lautan sejak berkurun lama. Akibat dari perancangan ini, berlaku perang saudara antara Arthur Curry dan King Orm. Filem berdurasi lebih dua jam ini diarahkan James Wan.




Kredit foto: imdb.com




Bumblebee
Tarikh tayangan: 20 Disember 2018


Setelah filem terakhir Transformers: The Last Knight mendapat rating yang cukup teruk serta membuat ramai terlena di dalam panggung, filem spin-off terbaru dari transformers Bumblebee ini diharapakan sekurang-kurangnya mampu membuat orang melupakan filem lepas.


Filem ini berlatarbelakangkan tahun 1987, mengisahkan Charlie seorang gadis yang telah menemui kereta Volkswagen Bug cabuk berwarna kuning sebelum dibawa pulang untuk membaikinya. Charlie kemudian mendapati kereta tersebut bukanlah kereta biasa. Sejak dari itu, pengembaraan Charlie dan Bumblebee bermula!


Filem arahan Travis Knight ini dibintangi Hailee Steinfield, John Cena, Pamela Adlon dan ramai lagi.




kredit foto: imdb.com




Master Z: Ip Man Legacy
Tarikh tayangan: 25 Disember 2018


Filem sekuel Ip Man ini mengisahkan selepas tewas kepada Ip Man, Cheung Tin Chi hidup dalam tekanan dan sangat merendah diri kerana malu dengan peristiwa lepas. Dia cuba untuk tidak terlibat dalam mana-mana pergaduhan, namun jika tiada pergaduhan untuk apa cerita difilemkan, bukan?


Tin chi terlibat dalam pergaduhan dengan Davidson (lakonan Dave Bautista) yang merupakan bos besar sebuah bar. Tin Chi berusaha keras untuk belajar seni bela diri Wing Chun agar sentiasa dihormati warga asing.


Filem ini dibintangi Max Zhang, Dave Bautista, Tony jaa dan Michelle Yeoh.




Kredit foto: google



Dragon Ball Super: Broly
Tarikh tayangan: 27 Disember 2018


Selepas tamat Dragon Ball Super Arc Tournament of Power yang berakhir dengan kemenangan alam semesta 7, perjalanan Goku dan rakan-rakan diteruskan dengan pengembaraan terbaru Broly!


Bagi peminat setia anime Dragon Ball ini pasti sudah biasa dengan plotnya. Selepas kemusnahan planet Vegeta, masih ada orang Saiya yang terselamat dari kemusnahan tersebut. Dua daripadanya berada di bumi iaitu Goku dan Vegeta, manakala seorang lagi ialah Broly! Pasti peminat anime ini sudah tidak sabar menunggu pertarungan antara tiga saiyan ini. Mungkinkah ada arc baru selepas Broly? Harap-harap adalah.


Jadi, itulah antara filem menarik untuk disaksikan dalam bulan Disember ini. Masih ada filem lain, namun lima filem ini lebih menarik perhatian penulis. Filem mana yang akan anda tonton? Jangan lupa komen! Sekian. - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 01:19 PM | Show all posts
tak sabar nak tgk Mortal Engines! aku memang suka semua filem arahan Peter Jackson.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 03:08 PM | Show all posts
me tak sabar nk tgk aquaman dgn mortal engines.. mesti best
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 06:07 PM | Show all posts
aquaman cam bes tp tu ker aktornya...sedihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 07:36 PM | Show all posts
Mortal Engines nampak macam menarik. Aku suka tema steampunk ala2 filem Dune dulu. Harap ianya tak menghampakan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 11:40 AM | Show all posts
bumblebee!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bumblebee tu bila tgk robot2 dia mcm yg dalam karton trus excited nk tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2018 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
iolss tgk dah mortal engines.. mmg best.. berbaloi menontonnya.. puas hati dengan jalan cerita.. pelakonnya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.055930s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list