JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
274
View
1
Reply

Islam berkembang di Taiwan

[Copy link]

Author: auntyaya       Show all posts   Read mode

Author
Post time 3-12-2018 11:32 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 3-12-2018 11:54 AM

                     
MASJID Besar Taipei yang terletak di Jalan Daan, Bandar Taipei menjadi simbol penerimaan dan perkembangan Islam di Taiwan. Di sini jugalah menjadi markas umat Islam mendalami ilmu agama, fardu ain mengaji al-Quran dan bahasa Arab.  

Sukarelawan Masjid Taipei, Ali Tian, 40, berkata, setiap tahun hampir 20 orang rakyat Taiwan berketurunan Cina melafazkan syahadah di masjid yang dibina pada 13 April 1960 itu.
Rakyat Taiwan yang berminat dengan Islam akan datang ke masjid ini untuk mendengar sendiri apakah sebenarnya agama dibawa oleh pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW.
Kelas agama kepada bukan Islam dibuat berdasarkan permintaan dan mendapat sambutan menggalakkan. Setiap bulan sekurang-kurangnya dua orang datang untuk memeluk agama Islam, katanya yang berketurunan Myanmar.
Menetap di Taiwan selama lapan tahun, Ali berkahwin dengan gadis mualaf Taiwan, Nurlinda Chen, 26 dan kini dikurniakan dua cahaya mata.
Beliau berkata, Islam diterima di negara itu kerana sikap sederhana dan sopan ditunjuk oleh umat Islam.
Perkara itu turut diakui oleh Ketua Seksyen Bahagian Hubungan Antarabangsa Taiwan, David Tsao.
Majoriti penduduk Taiwan menganut Buddha dan Taoist. Mereka merupakan masyarakat yang berdisiplin dan sopan. Jadi tidak hairan Islam juga diterima di sini, kata David kepada rombongan media dari Malaysia dan Brunei yang mengikuti program pelancongan Salam Taiwan anjuran Biro Pelancongan Taiwan, baru-baru ini.


Arah kiblat

Sifat terbuka masyarakat Taiwan terhadap Islam boleh dilihat melalui cara mereka menghormati segala yang berkaitan dengan agama tersebut.
Siapa sangka anak panah menunjuk arah kiblat boleh ditemukan pada aras pemerhatian tingkat 88 bangunan ikonik Taiwan, Taipei 101.
Sikap mesra terhadap Islam juga dapat dirasai sehingga ke bilik-bilik hotel. Pengalaman penulis bermalam di The Grand Hotel Taipei, Palais de Chine Hotel dan Fullon Hotel Lihpao mendapati bukan sahaja anak panah arah kiblat disediakan tetapi juga sejadah, telekung, al-Quran dan jadual waktu solat terletak kemas atas meja.
Selain itu, kebanyakan restoran di Taiwan juga menyediakan tempat berwuduk dan ruang solat untuk kegunaan pengunjung Islam.
Inilah antara pengalaman diperoleh penulis ketika berkunjung ke restoran lima bintang Ding Xiang 101 di Taipei 101, Aladdin Restaurant di Taman Tema Leofoo, Maya Restaurant di Formosan Aboriginal Culture Village; Restaurant J San Iziyaki di Fullon Hotel Lihpao dan Leisure Farm South Garden Banquet Hall di Nantow.
Melangkah masuk ke dalam restoran yang dikendalikan oleh bukan Islam ini kelihatan sijil halal dipamerkan. Pinggan mangkuk yang ditulis perkataan halal dalam tulisan Arab turut disediakan kepada pengunjung Muslim.
Rombongan wartawan turut diberi kesempatan melihat sendiri ruang dapur, tempat penyimpanan bahan makanan dan tempat cuci pinggan mangkuk yang diasingkan bagi penyediaan makanan kepada Islam serta bukan Muslim.
Malah, jika anda menggunakan pengangkutan awam MRT, jangan terkejut melihat simbol surau pada papan tanda kerana kemudahan itu disediakan di stesen tertentu. Kemudahan bersolat juga disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan.

Trend makanan halal                                          




KONSEP makanan halal semakin menjadi trend di Taiwan. Sebuah syarikat ais krim antarabangsa, Ice Monster yang diasaskan pada 1997 misalnya menjadi satu-satunya syarikat seumpamanya mempunyai sijil halal di negara itu.
Lebih menarik hanya dua cawangan Ice Monster di Taiwan mempunyai sijil halal berbanding 18 cawangan lainnya di China, Jepun dan Amerika.
Ditanya kenapa Ice Monster Taiwan berminat untuk memperoleh persijilan halal, Pengurus Jualan dan Pemasarannya, Josh Wang, 37, berkata, ini kerana jumlah pengunjung Islam semakin bertambah di Taiwan.
Pelancong Islam sangat ramai dan agama Islam juga antara agama yang penting di dunia. Jadi menyediakan makanan halal adalah satu daripada strategi kami memasarkan produk.

Ketika ini, kira-kira 10 hingga 15 peratus pelanggan kami adalah orang Islam. Kami memperoleh sijil halal daripada Persatuan Muslim China (CMA) sejak 2013 dan memperbaharui lesen halal setiap tahun, jelas Josh.
Bagi memastikan bahan yang digunakan adalah halal, Ice Monster Taiwan menjalankan operasi penghasilan di kilang sendiri dengan menggunakan gelatin halal.
Trend halal turut diikuti restoran menghidangkan makanan vegetarian. Antaranya Spring Garden Vegetarian Cuisine Cafe yang terletak di Houfeng.
Restoran ini dimiliki oleh Ling Jin Lian, 64, yang memperoleh kefahaman mengenai Islam daripada anak perempuan dan menantunya yang merupakan lelaki berketurunan Arab Dubai.
Semua masakan saya menggunakan sayur-sayuran termasuk minyak masak berasaskan sayur-sayuran. Saya juga tidak memasukkan arak ke dalam makanan kerana tahu orang Islam dilarang minum arak, kata Ling Jin Lian.


Miliki sijil halal
TERDAPAT tiga badan di Taiwan yang menjadi pengawal selia makanan dan sijil halal iaitu Persatuan Muslim China (CMA), Pusat Halal Taiwan dan Persatuan Islam Taiwan.
Menurut Biro Pelancongan Taiwan, sehingga Jun lalu sebanyak 176 restoran mendapat persijilan halal dan restoran mesra Muslim.
Pengasas aplikasi Halal.TW, Intan Dzikria, 28, berkata, harga daging lembu dan kambing halal lebih mahal berbanding tidak halal.
Makanan halal yang melibatkan daging lembu dan kambing mahal 30 peratus. Ini kerana daging lembu dan kambing terpaksa diimport dari Australia dan New Zealand.
Manakala bagi ayam tidak ada masalah kerana disembelih di sini. Ada orang Islam yang terlibat dalam urusan penyembelihan di pusat penyembelihan ayam, jelasnya.
Aplikasi Halal.
TW menyenaraikan sebanyak 256 lokasi makanan halal dan destinasi mesra Muslim sekitar Taiwan.











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 11:56 AM | Show all posts
hi  TT,
Good article on capturing the Islam in Taiwan, may i have the link.
sebab ini adalah penghormatan dan pengiktirafan karya asal penulis , yups kalau  boleh kita creditkan kepada  penulis asal...thanks for the article .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045018s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list