JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
11375
View
171
Reply

Lan A To Z Kini Deejay Kenduri Kahwin

[Copy link]

Author: lanesra       Show all posts   Read mode

Author
Post time 2-12-2018 09:14 PM | Show all posts |Read mode



ANGGOTA trio A To Z, Norazlan Abd Aziz atau Lann mengakui akur dengan perjalanan hidupnya yang mempunyai pasang surut.

Pernah mengecapi populariti menerusi lagu Darjat dan Itik Gembo-Gembo sekitar pertengahan 1990-an, suami kepada Siti Nur Ain Daut, 30, dan dikurniakan dua anak, Putera Muhammad Darwish, 7, dan Puteri Nur Darwisya, 4, kini senang meneruskan kehidupan sebagai deejay kenduri kahwin serta perkhidmatan menyewa peralatan sistem bunyi miliknya sendiri.

Alhamdulillah...ada rezeki saya untuk cari makan dalam bidang yang masih berkaitan dengan seni.

Wang pampasan pengambilan tanah sebanyak 50 peratus untuk peneroka Sungai Buaya dimanfaatkan oleh saya untuk beli peralatan ini.

Kosnya tidaklah terlalu besar. Selain itu saya juga gunakan sebahagiannya untuk wujudkan studio sendiri di rumah, katanya kepada Harian Metro.

Lann berkata, dia memilih karier ini selepas penat mencuba nasib dalam pelbagai bidang lain.

Saya pernah menceburi perniagaan berkonsep Multi Level Marketing (MLM). Nak kata tiada untung tak juga kerana saya masih berjaya dapat wang.

Tapi saya tak bertemu kepuasan kerana ia satu benda yang tak habis. Lagipun apabila menceburi perniagaan, saya dah mula jauh daripada bidang seni.

Akhirnya saya buat keputusan kembali kepada bidang seni yang memang sangat diminati oleh saya, katanya.

Menurut Lann, 49, dia bergerak sendirian sejak Oktober lalu dan setakat ini khidmatnya mendapat sambutan yang positif daripada masyarakat di Rawang dan di luar.

Saya hanya mempromosikan di laman sosial Facebook. Alhamdulillah tempahan sudah mula diterima sehingga Februari nanti.

"Seronoknya saya dapat kembali mendekati masyarakat. Persoalan mengenai perasaan malu atau segan saya tolak tepi kerana yang penting saya cari rezeki halal untuk menyara keluarga.

Dalam masa sama, saya juga mempromosi diri sendiri kepada peminat terutama golongan muda, katanya.

Lann bagaimanapun tidak mudah memenuhi permintaan peminat untuk menyanyi kerana perlu membuat urusan yang lain.

Saya datang sebagai deejay dan bukan untuk menyanyi. Jika mahukan saya menyanyi kenalah berikan bayaran tambahan.

Apapun saya bukanlah demand kerana harga yang diletakkan tak terlalu tinggi, katanya.

Dalam masa sama, Lann mengakui A To Z masih aktif tetapi sukar untuk mendapatkan kerjasama salah seorang anggota asal iaitu Chap.

Baru-baru ini A To Z dijemput menjayakan program Dimensi Lagenda terbitan RTM.

Chap seakan tak berminat. Saya pula jenis malas nak fikir sehingga sakit kepala dan akhirnya buat keputusan tempatnya digantikan oleh orang lain, katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2018 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh kawen lambat ke dia ni ? Dia yg dlu kecik ati ngn tokti kan psal kes berganbar tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2018 09:23 PM | Show all posts
Orix replied at 2-12-2018 09:19 PM
Eh kawen lambat ke dia ni ? Dia yg dlu kecik ati ngn tokti kan psal kes berganbar tu

rasa dia ni duda penah kawin dgn org brunei zaman kegemilangan 4 to Z kalau tk silap ambe.cun gile ex bini dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2018 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Calon GV6
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2018 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols ingt2 lupa yg kawen ngn omputih tu sape yg berebut ank2 jgk tu.dia ni ke
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2018 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 2-12-2018 09:23 PM
rasa dia ni duda penah kawin dgn org brunei zaman kegemilangan 4 to Z kalau tk silap ambe.cun gile ...

Tu la bila baca kecik2 lg anak dia mcm pelik plak
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-12-2018 09:30 PM | Show all posts
ex wife dia orang Brunei. nama Marcella.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2018 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kawen no.2..ex bini lawo giler
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2018 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 2-12-2018 09:23 PM
rasa dia ni duda penah kawin dgn org brunei zaman kegemilangan 4 to Z kalau tk silap ambe.cun gile ...

Marcella apa tah. Cantik ex wife dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2018 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 2-12-2018 09:19 PM
Eh kawen lambat ke dia ni ? Dia yg dlu kecik ati ngn tokti kan psal kes berganbar tu

Dia pnh kawen dgn perempuan brunei marcella cassisisi sharif. Cun sgt sgt. Tp lan ni lupa dr masa tu.. siap kna tgkap khalwat, last cella bwk ank2 lari duk oversea.
Cella pon pnh mnggemparkn forum cari bkk tudung masuk event poker. Ank lan srg tu mmg kebaratan habis. Kerja sefie dgn bra & spender jeh. Golek2 dgn jntan omputeh birah sgt. Dh mcm porn star pon ada
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2018 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah ini tanda2 kecik heols bakal sertai gv?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2018 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu pnh ada thread lan, cella panggil lan kepala hotak berjambul. Minah tu ank org kaya,mak brunei bapak itali tp hidup ssh akhirnya.last2 hilang sabar. Btw lan ni mcm eksyen sikit.dok rasa sora sedap padahal nyanyi dh persos elite je pon
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2018 09:58 PM | Show all posts
Chap yg mane eh anak shaharuddin thamby ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2018 09:59 PM | Show all posts
lazim replied at 2-12-2018 09:39 PM
Dulu pnh ada thread lan, cella panggil lan kepala hotak berjambul. Minah tu ank org kaya,mak brunei  ...

Kalo suara persis elite masih bole diterima asalkan jgn mcm azza sirih miming ke laut
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2018 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada benang pasa marcella kt sini dulu.. dia duk.uk.ngan family ker atuk.angkat..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2018 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
delawang replied at 2-12-2018 10:01 PM
Ada benang pasa marcella kt sini dulu.. dia duk.uk.ngan family ker atuk.angkat..

Yang pasti anak2 depa x leh letop mana..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2018 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ex bini cun gilerrrr..

Masa kahwin dulu pun... whatttt lan ni yg dipilih
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2018 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Lan ni masa zmn gemilang dongak ke langit sgt. Kekonon fofular nak mampsss.
Masa tgh Fofular tp x pandai menabung n cari duit atas populariti gini la jadinye
Syg sgt lupe diri masa tu.
Tgk retis skang lg pandai beringat utk masa depan mcm jana nick. Wany hasrita
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2018 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak kali jumpa dia kat luar.. tak hensem dah tapi iols memang tak pernah rasa dia ni hensem pun
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2018 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Artis yang seangkatan dulu kurang pandai ada backup income buat business lain... padahai lan ni dulu mendoniaa masa zaman dia.... artis skrg walaupon suam2 kuku, semua benda nk jual asalkan boleh jual...

Meolz suka lagu darjat a to z .... beza antara kita... rupa darjat dan harta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.069659s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list