JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
274
View
3
Reply

Azizulhasni Raih Gangsa di Piala Dunia Berbasikal Trek UCI 2018

[Copy link]

Author: lanesra       Show all posts   Read mode

Author
Post time 2-12-2018 12:27 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR - Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang akhirnya menamatkan kemarau pingat apabila meraih gangsa pada pusingan ketiga kejohanan Piala Dunia Berbasikal Trek UCI 2018 di Jerman pada Sabtu (Ahad di Malaysia).

Pemenang pingat emas Sukan Asia 2018 itu yang gagal memenangi sebarang pingat dalam dua edisi Piala Dunia sebelum ini di Perancis dan Kanada membuktikan kemampuannya apabila menamatkan saingan di tempat ketiga dalam acara keirin lelaki pada kejohanan berlangsung di Velodrom Berlin.

Menurut laman sesawang Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI); www.uci.ch, perlumbaan tersebut dimenangi pelumba Belanda Matthijs Buchli manakala Matthew Glaetzer dari Australia di tempat kedua.

Terdahulu, Mohd Azizulhasni yang bergandingan dengan Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis gagal mara ke separuh akhir acara pecut lelaki berpasukan apabila menduduki tempat ke-13 daripada 15 pasukan dalam saingan pada Jumaat (Sabtu di Malaysia).

Saingan Piala Dunia Berbasikal Trek UCI adalah kejohanan bagi pelumba mengumpul mata untuk layak beraksi pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Pusingan akhir kejohanan berkenaan bagi musim 2018 akan berlangsung di London dari 14 hingga 16 Disember ini. - Bernama

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2018 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah pocket rocket!
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2018 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Orgkgdukobesi replied at 2-12-2018 12:41 PM
Tahniah pocket rocket!

bukti..dia rajin.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 04:24 PM | Show all posts
Pemenang pingat emas Sukan Asia 2018 itu yang gagal memenangi sebarang pingat dalam dua edisi Piala Dunia sebelum ini di Perancis dan Kanada spanish to english
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043531s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list