Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
8248
View
213
Reply

[Idea] Tazkirah kompak

[Copy link]

Author: himun_hino    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Post time 13-6-2019 08:15 AM | Show all posts

Tazkirah Pagi - Gembirakan Orang Lain

Jika kamu boleh menggembirakan orang yang berduka, maka lakukanlah meskipun hanya dengan senyuman.


Hati yang sedih sangat memerlukan bantuan, biasanya apa yang terjadi kerana tiada kemampuan untuk mengatasi kesedihan yang membuat diri-nya memerlukan seseorang yang sudi mendengar curahan hati. Seseorang yang memberi nasihat dengan disertai rasa kasih sayang, atau orang yang dapat mengubah kesedihannya. Suatu ketika sebahagian dari kita juga
amat memerlukan orang yang boleh mengubah kesedihan yang menimpa kita dengan kesenangan.

Sebahagian dari kita pada waktu sakit memerlukan orang yang mahu menjaganya, memenuhi keperluannya dan merasakan kepentingannya. Juga ketika dalam pelbagai kesusahan yang menimpa dalam hidup. Jadi untuk itu janganlah kedekut untuk menghulurkan bantuan kepada
yang memerlukan. Tidak kira cara pertolongan dari kita mengikut kemampuan samada harta, tenaga, sokongan moral atau apa saja sekurang-kurangnya mereka merasakan masih ada yang peduli tentang diri mereka. Hidup kita seperti roda yang berputar.

Waktu kita berbahagia, ingatlah ada orang lain yang berduka

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 08:21 AM | Show all posts
Beramallah Dengan Ilmu Yang Telah Dipelajari

Pada minggu yang lalu, kita telah membicarakan berkenaan kewajipan menuntut ilmu. Namun di samping kewajipan kita di dalam menuntut ilmu, adalah menjadi suatu tanggungjawab kita juga untuk mengamalkan serta mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari. Kita tidak perlu untuk menunggu sehingga sesuatu ilmu itu banyak untuk mengamalkannya, Amalkanlah setiap ilmu yang kita sudah mempelajarinya meskipun sedikit asalkan kita berusaha dan ikhlas dalam mengamalkannya.

Antara cara kita mengamalkan sesuatu ilmu yang telah dipelajari itu adalah dengan mengajarkannya atau berkongsi dengan orang lain.  Pepatah arab pernah mengatakan bahawa:

الْعِلْمُ بِلَا عَمَلٍ كَالشَّجَرِ بِلَا ثَمَرٍ

Maksudnya:

Ilmu tanpa amal umpama pohon tak berbuah.

Maksudnya, sebesar mana pun sesuatu pohon itu, tetap tidak dapat memberikan manfaat kepada sesiapa pun sekiranya pokok tersebut tidak menghasilkan dan mengeluarkan buah. Begitulah juga perumpamaannya dengan ilmu. Sehebat mana atau setinggi mana ilmu seseorang itu, tetapi kalau tidak diamalkan atau perkongsikan samalah seperti pohon yang tidak berbuah.

Syeikh Abdurrahman bin Qasim rahimahullah juga pernah mengatakan bahawa:

Amal adalah buah dari ilmu. Ilmu itu ada dalam rangka mencapai sesuatu yang lainnya. Ilmu diibaratkan seperti sebuah pohon, sedangkan amalan adalah seperti buahnya. Maka setelah mengetahui ajaran agama Islam seseorang harus menyertainya dengan amalan. Sebab orang yang berilmu akan tetapi tidak beramal dengannya lebih buruk keadaannya daripada orang bodoh.

Oleh itu saudara, amalkanlah sesuatu ilmu walaupun sedikit kerana ia pasti akan membawa keberkahan dalam hidup kita. Begitu juga, janganlah kita meninggalkan ilmu yang telah kita pelajari kerana lambat laun ilmu itu pasti akan hilang dan lari meninggalkan kita. Sebaliknya, genggamlah ilmu itu dengan kuat, nescaya ilmu itu pasti akan memberi manfaat kepada kita baik di dunia, mahupun di akhirat.

Akhir sekali, marilah bersama-sama kita mengamalkan doa yang pernah dibacakan oleh nabi s.a.w yang berbunyi:

Ya Allah, aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima.

(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Doa ini pernah dibacakan oleh nabi s.a.w selepas selesai menunaikan solat fardu subuh. Mudah-mudahan kita dikurniakan kita ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, amalan yang diterima serta diberikan kekuatan untuk mengamalkan setiap ilmu yang telah kita pelajari sehingga akhir hayat kita, allahumma amin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2019 09:14 AM | Show all posts
Nabi SAW bersabda antaranya:

1. Sesiapa yang menghafaz 10 ayat dari permulaan surah al-Kahfi maka nescaya dia akan dilindungi daripada Dajal [fitnah dan tipu dayanya].

2. Sesiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah al-Kahfi, maka itu merupakan perlindungan baginya dari fitnah Dajal.

3. Sesiapa yang membaca satu surah al-Kahfi pada hari Jumaat, terlindunglah dia daripada setiap fitnah selama lapan hari sekali pun fitnah bila Dajal dikeluarkan.

Kenapa surah al-Kahfi dan bukan surah lain, atau apa kaitan surah al-Kahfi dengan akhir zaman dan apa cabaran umat akhir zaman dan kaitannya dengan apa yang ada dalam surah al-Kahfi?

Kalau kita teliti surah al-Kahfi, terdapat empat kisah dan daripada kisah tersebut Allah menyuruh kita ambil pengajaran daripadanya, adalah seperti berikut:

Kisah pertama

Seperti namanya Surah Al-Kahfi kisah pertama dalam surah al-Kahfi adalah cerita tentang pemuda-pemuda yang terpaksa melarikan diri daripada Raja Diqyanus yang akan membunuh rakyat yang tidak menyembah berhala. Maka pemuda al-Kahfi telah lari dan bersembunyi di dalam gua [al-Kahfi] kerana nak menyelamatkan akidah tauhid kepada Allah.

Diqyanus akhirnya mengetahui tempat persembunyian pemuda al-Kahfi dan menutup pintu gua tersebut, tetapi Allah telah menyelamatkan mereka dengan menidurkan mereka selama 309 tahun.

Daripada kisah tersebut kalau kita teliti cabarannya adalah mempertahankan akidah daripada kesesatan. Maka itulah juga cabaran umat akhir zaman ini. Menurut senarai ajaran sesat di Malaysia sahaja kita mempunyai lebih 58 ajaran yang telah difatwakan sesat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2019 09:42 AM | Show all posts
Alhamdulillah...

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُه*ُ
*&* *وَعَلَيْكُمُ الْسَّــــــــــلاَمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــــــهِ وَبَرَكَــــــــــاتُة*
*الحمد للّه*
*Semoga hari ini kita* *sentiasa* *dalam* *perlindungan* *ALLAH* *swt,* *dipermudahkan* *segala* *urusan,* *perjalanan,* *diteguhkan* *silaturrahim*  *sesama* *kita, dilimpahkan dengan* *rezeki yang bertambah* *dan sentiasa*  *memperoleh rahmat dari Nya.*

*آمِيّنْ... آمِيّنْ  آمِّيْنَ يَا رَبَ*ّ *الْعَالَمِيْنَ ...*

Terima kasih Sahabat
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2019 09:44 AM | Show all posts
Fwd- Kita berada didalam kubur lebih lama daripada hidup diatas dunia ini?

Imam syafie hidu p 53 tahun diatas dunia, sekarang dia sudah wafat lebih kurang 1200 tahun..

Imam Nawawi hidup 43 tahun diatas dunia, sekarang dia sudah wafat lebih kurang 800 tahun..

P.Ramlee hidup 44 tahun diatas dunia, sekarang dia sudah wafat lebih kurang 45 tahun...

Maka adakah berseronok dengan kelazatan dunia itu lebih utama daripada membina kebahagiaan didalam lubang kubur nanti?

Allah ciptakan manusia dan jin itu adalah untuk suruh kita beribadat kepadanya.

Bukan untuk berjalan-jalan, bukan untuk berhibur, bukan untuk bersuka ria diatas dunia ini.

Hanya satu jalan untuk seseorang itu gembira bila masuk kedalam lubang kubur nanti..

Yakni menuntut ilmu dan beramal denganya.

Carilah bekalan selagi mana kita hidup diatas dunia ini... kelak mati nanti terputuslah sudah peluang untuk mendapatkan bekalan mati.

Kita hanya hidup sekali sahaja diatas dunia ini... jangan mudah tertipu dengan kemanisanya yang tidak kekal.

Hadirilah majlis-majlis ilmu, belajarlah fardhu ain sebelum kita mati.

Hanya mereka yang berlandaskan Aqidah yang benar akan terselamat...

Muhasabah diri ku ...

.................

Ps : Aqidah sebenar Umat islam adalah beriman kepada Allah  meyakini dengan jazam bahawasanya Allah itu Wujud, Dia tidak serupa dengan segala sesuatupun!!

Berkata Imam Ahmad Ibn Hanbal Apa sahaja yang tergambar di fikiran mu, Allah tidak seperti itu

Waallahualam .
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 08:21 AM | Show all posts
Berlaku Adil Terhadap Diri Sendiri

Islam adalah agama yang amat menekankan dan mementingkan aspek keadilan dalam kehidupan manusia. Salah satu sifat adil yang amat dicintai Allah SWT adalah berlaku adil terhadap diri sendiri. Mana mungkin seseorang itu dapat berlaku adil kepada manusia ataupun makhluk Allah yang lain, tetapi dalam masa yang sama dia sendiri belum mampu untuk berlaku adil kepada dirinya sendiri. Oleh kerana itulah, kita perlu tahu apakah bentuk-bentuk keadilan yang perlu kita tunaikan terhadap diri kita agar kita tidak berlaku zalim kepada diri sendiri.

Salah satu bentuk keadilan terhadap diri sendiri adalah dengan terus belajar dan meningkatkan diri dengan ILMU dari masa ke semasa. Kita mestilah berlaku adil dengan tidak membiarkan kejahilan terus menerus bersarang dalam diri selama-lamanya tanpa sebarang usaha untuk mempertingkat diri dengan mempelajari ilmu. Dengan ilmulah, seseorang itu akan dipandang mulia dan disegani oleh masyarakat bahkan dangkat darjatnya di sisi Allah SWT. Allah SWT berfirman yang bermaksud:



Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan Allah meninggikan orang-orang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) dengan beberapa darjat. Dan ingatlah, Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan.

(Surah Al-Mujadalah: 11)



Saudara,

Kita perlu mempertingkatkan diri dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat kerana ianya dapat menjamin kehidupan seseorang pada masa hadapan, menaik taraf kehidupan diri dan keluarga, mengelakkan diri daripada ditipu atau ditindas serta mampu berfikir dan membezakan antara perkara yang baik dan buruk dan banyak lagi.

Sebaliknya, jika kita tidak berlaku adil kepada diri sendiri dengan bermalas-malasan dalam mencari ilmu, maka kehidupan kita akan menjadi terumbang-ambing, peluang untuk mendapat pekerjaan bagi menyara kehidupan keluarga menjadi tipis, peningkatan masalah sosial dalam kalangan masyarakat pula semakin teruk, malah akan berlakunya masalah kemiskinan yang berpanjangan dan sebagainya. Akhirnya kita pasti akan dipandang rendah dan hina oleh masyarakat.

Oleh kerana itulah saudara, marilah kita berlaku adil kepada diri kita dengan  mempertingkatkan ilmu pengetahuan dari masa ke semasa baik ilmu dunia, mahupun akhirat. Elakkan merasa cukup terhadap ilmu yang telah kita miliki. Sebaliknya, teruskanlah usaha kita untuk mencari ilmu selagi hayat masih ada. Mudah-mudahan Allah sentiasa meberkati dan merahmati usaha kita dalam menuntut ilmu, Allahumma amin.



Sekian
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 08:23 AM | Show all posts
RAMAI ORANG SAYANG IBUBAPA, TAPI SEBENARNYA TIDAK

Kesilapan besar anak-anak terhadap arwah ibubapa yang sudah meninggal dunia antaranya adalah :

1. Ada yang hanya menggantung gambar ibubapa di dinding-dinding rumah atau simpan gambar itu dalam dompet.

2. Ada yang suka simpan barang yang ditinggalkan oleh ibubapa, dijaga dengan baik atau diwariskan.

3. Ada yang sering pergi ke kubur hanya untuk bersihkan kuburan dan dicabut rumputnya.

4. Ada yang menangis dan bersedih sepanjang masa teringatkan arwah... dan lain-lain.

Sebenarnya bukan itu sangat yang arwah ibubapa kita mahukan, harapkan dan perlukan. Semasa mereka berada di alam barzakh sana, ada yang lebih utama dari itu.

Sebagai anak kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kita kepada arwah ibubapa kita. Di sana mereka teramat- amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari anak-anak mereka._

Yang mereka perlukan, antaranya ialah :

1. Doa keampunan dan rahmat Allah untuk mereka dari anak-anak._

2. Sedekah harta yang diniatkan pahalanya untuk mereka dari anak-anak.

3. Amal soleh yang dilakukan hasil didikan mereka dari anak-anak.

4. Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa saja kebaikan ibubapa.

5. Sedekahkan Al-Fatihah setiap hari untuk arwah ibubapa.

Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah. Di alam barzakh sana segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi... hilang sudah senda gurau, gelak tawa, main-main, perhiasan indah atau harta dunia.

"... yang bernilai di sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim..."

Ingatlah... hari ini kita sebagai anak, esok lusa kita mati amalan yang sama kita perlukan dari anak kita._

Wallahu a'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 08:24 AM | Show all posts
KELUARKANLAH SEDEKAH DARIPADA SEBAHAGIAN PEMBERIAN ALLAH KEPADA KITA

Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنْفِقُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُمْ مِنَ الْأَرْض
[Surat Al-Baqarah 267]
‎Terjemahan :
"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 07:45 PM | Show all posts
*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُه*ُ
*&* *وَعَلَيْكُمُ الْسَّــــــــــلاَمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــــــهِ وَبَرَكَــــــــــاتُة*
*الحمد للّه*
*Semoga hari ini kita* *sentiasa* *dalam* *perlindungan* *ALLAH* *swt,* *dipermudahkan* *segala* *urusan,* *perjalanan,* *diteguhkan* *silaturrahim*  *sesama* *kita, dilimpahkan dengan* *rezeki yang bertambah* *dan sentiasa*  *memperoleh rahmat dari Nya.*

*آمِيّنْ... آمِيّنْ  آمِّيْنَ يَا رَبَ*ّ *الْعَالَمِيْنَ ...*

Terima kasih Sahabat
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 08:14 AM | Show all posts
Jangan-jangan kita ni tak ikhlas tak?

Selalu juga kita tertanya-tanya, kenapa apabila kita buat baik pun masih ada orang yang 'dok' mengata pada kita.
Mungkin ini jawapannya.

Daripada Abdullah bin Amr RA bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam diriwayatkan bersabda ;
من سمع الناس بعمله سمع الله به أسامع خلقه وحقره وصغره
Barangsiapa yang menperdengarkan kepada manusia tentang amalan yang dilakukannya maka Allah pun akan memperdengarkan (perbuatannya) kepada sebahagian makhluknya yang mendengar lalu (mereka pun) menghinanya serta memperkecilkannya. [Riwayat al-Baihaqi dan disahihkan oleh Syeikh Albani]

# Kalau kita ikhlas, Allah dan seluruh isi langit akan memuliakan kita dan ianya akan turut diakui oleh musuh berkenaan kebaikan kita.
WA.
Emran Ahmad
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 08:15 AM | Show all posts
Sedikit perkongsian..

1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat,

2. Makin kita berumur solat kita kena buat berjemaah,

3. Makin kita berumur solat kita kena lebih, solat sunat bertambah dan lebih banyak dr tahun yg sebelumnya,

4. Makin kita berumur, solat sunat Qabliyyah jgn tinggal,

5. Makin kita berumur solat sunat Qabliyyah dan Ba'diah zohor buat buat 4 rakaat,

5. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sblm tidur,

6. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jgn tinggal.

7. Makin kita berumur, paling tidak khatam AL Quran 2 kali dlm setahun,

8. Makin kita berumur, ambillah peluang puasa sunat seminggu sehari atau 2 hari.

9. Makin kita berumur, zikir kena banyak,

10. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak,
Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga.

Ustaz Shamsuri Hj Ahmad
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 08:16 AM | Show all posts
Amalan baik yang kita buat ada baunya. Begitu juga amalan jahat yang kita buat ada baunya.

Cuma kita manusia tidak dapat mencium bau tersebut. Kalaulah sekiranya bau dosa kita dapat dicium, maka tiada seorang pun yang sanggup mendekati kita!

Roh orang mukmin baunya amat wangi manakala roh orang yang jahat tersangatlah busuk.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 08:17 AM | Show all posts
Isteri baginda s.a.w, Khadijah ra meninggal dunia dengan kain yang ada 300 tampal pada bajunya..

-ustaz ebit lew-

Kita ni masih merungut tiada baju untuk dipakai walhal kain baju penuh satu almari.

Muhasabah diri. Bersederhanalah dalam kehidupan. Ingat2 jugalah pada orang yang kurang mampu. Tolonglah apa yang terdaya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 09:59 AM | Show all posts

Suatu hari, seorang pelajar bertanya kepada gurunya, "Bagaimana caranya hendak mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup?"

Jawab guru, "Berjalanlah lurus di taman bunga, kemudian petiklah bunga yang paling indah menurutmu dan jangan patah balik ke belakang!"

Setelah berjalan dan sampai di hujung taman, si pelajar kembali dengan hampa.

Guru bertanya, "Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga satu pun?"

"Sebenarnya tadi saya sudah jumpa, tapi saya tak memetiknya kerana saya fikir mungkin di depan nanti ada yang lebih indah. Tapi bila sampai di hujung, baru saya sedar bunga yang mula-mula itu yang TERINDAH. Saya dah tak boleh berpatah ke belakang lagi!"

Sambil tersenyum, Guru berkata, "Ya, itulah hidup. Semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya. Kerana kesempurnaan yang hakiki tak pernah ada. Yang ada hanya keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan."

• Bila tidak kuasa memberi, jangan mengambil.
• Bila mengasihi terlalu sukar dan sulit, jangan membenci.
• Bila tidak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih.
• Bila rasa susah hendak meringankan beban orang lain, jangan
  mempersulitkan/memberatkannya.
• Bila tidak sanggup memuji, jangan mengeji.
• Bila tidak mampu menghargai, jangan menghina.

JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN, sebaliknya sempurnakanlah apa yang telah ada. BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA, DI SAMPING BERUSAHA MENDAPATKAN APA YANG KITA INGINKAN. BUKAN DENGAN ANGAN-ANGAN, TETAPI DENGAN TINDAKAN.

serenemaklong
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 01:20 PM | Show all posts
Istiqamah oleh Ustaz Farid Ariffin
Majlis ilmu agama adalah taman2 syurga.sabda Nabi Muhammad SAW.

Istiqamah

Istiqamah mmg susah utk sentiasa diteruskn tetapi mesti juga terus mencuba.
Allah akn mmberikn malaikt sebagai teman utk orang-orang yang beriman dan beristiqamah. Terutamanta bila sakaratul maut,malaikat-malaikat itu akan mmbisikkn di telinga supaya jgn bimbang, kerana orang itu akn mndpt kebahagiaan yg hakiki.Dan jgn bimbang apa yg ditinggalkn di dunia kerana Allahbakn menjaganya.
Malaikt akn menjadi teman pada orang-orang yang beriman dn beristiqamah.

Sentiasa akan ada.

Sebab tu para pejuang islam bila mati wajahnya tersenyum kerana malaikat telah membisikkn syurga yg dijanjikan.

Keyakinan bukan hanya dgn perktaan.Tetapi apa yg kita lakukan dengan amalan.Ingatlah bahawa dunia ini semata mata ujian.Ujian yg amat sedikit.Kurang harta...sakit..semua tu sikit je.

Iman seseorg akn diuji dgn dugaan.ALLAH berfirman:

" adakah kamu fikir mudah utk kamu masuk syurga?"

Macam mana nak tahu malaikat tu ada dgn kita?
Bila jiwa yg suka pd kebaikn yang menepati syariat, orang yg didampingi malaikat akan sangat suka.
Dan juga jiwa yg tak senang dgn perkara bertentgn syariat.Orang yang istiqamah akan ikhlas dgn amalannya dan ibadat nya. Contoh buat ibadah hanya utk keperluan dunia.Itu tak ikhlas.Ibadah kena dibuat dengan ikhlas tanpa kepentingan dunia.Kena teguh dengan tauhid dan ikhlas dgn ibadah.Kerana kita ikut segala suruhan, hanya kerana Allah.

Apa itu kerana Allah?
Syarat utk ibadah itu diterima
1. Ikhlas   2. Mengikut syariat
Sbrg amalan kena ikut syariat.
Contoh mkn kena ikhlas.
Contoh, drive pergi kerja ni ikhlas ke tak
Kenapa kita makan?

Kita makan untuk beribadat.Supaya ada daya untuk beribadat.Sebab tuhan jadikan kita untuk beribadah.
Dan makan tadi mestilh dari sumber yang halal,supaya bila kita beribadat akan diterima. Contoh bila menghadiri majlis ilmu, adakah kita ikhlas tau tidak.Tujuan kena jelas... datang utk mendengar peringatan, supaya semakin dekat dengan Allah. Bila dengan niat ikhlas, tuhan akan berikan apa yg kita hajatkn yg sebenarnya.Sentiasalah berniat utk berjumpa Rabb kita, iaitu Allah.

Contohnya rindu berjumpa Allah,kena cukup persiapan, yang lahir dari keikhlasan hati utk berjumpa Rabb kita.Sebab tu kena sentiasa dengan ikhlas yang tidak berbelah bagi. Sentiasalah berdoa supaya kita sentiasa berada di jalan yang lurus. Kena pastikan supaya kita berusaha tetap dalam hidayah.Hidayah kena sentiasa ditingkatkan. Bila kita dah ada dalam islam dan iman... kena minta hidayah itu tetap and dan terus berkembang. Kerana jika tidak dipelihara,hidayah boleh hilang. Sbb itu majlis ilmu kena selalu pergi sebagai peringatan

Amalan doa yg paling asas ialah dalam 17 kali alfatihah dlm solat. Tidak boleh pandang ringan pada dosa.,walaupun sekecil kecil dosa. Yang berdosa tetap berdosa. Dosa-dosa kecil adalah seperti titik hitm pada kain putih. Sebab hati manusia ni berbolak balik jadi kena minta hati itu nk tetap.Sentiasa lah ingat pada Allah.

Satu lagi cara ialah cari ilmu-ilmu yang bermanfaat.Dan beristiqamah.Laksanakanlah segala suruhan, tinggalkanlah segals larangan.Orang yg sentiasa usaha utk menuntut ilmu,akan dimudahkn jalan,tapi ilmu itu kena mesti meningktkn keimanan.Apa pun ilmu,amalan selagi mendektakan diri dgn Allah, mesti tingglkn segala larangan.Lepas ilmu,kena ada amal soleh. Bila dah tahu dan dah berilmu,kena amalkan. Tidak boleh hanya pandai bercakap,tanpa sendiri tidak mengamalkan.Kena beriman dgn perkara ghaib,dirikan solat dan belanjakn sebahgian rezeki ke jalan Allah.Jadi dalam ayat quran, kena mula-mula iman kena betul.

Kemudian solat dan berkawanlah dengan sahabat yang soleh. Yang beribadah. Kerana teman itulah yang patutnya mendekatkan kita Allah.Dampingilah orang yang beribadah mendektkn diri dgn Allah.Dekatkan kita dengan Allah. Bukanlah tak boleh langsung berkawan dengan orang-orang yang "tersalah haluan". Tapi kena tahu kiter ni tahap mana. Andai kite hanya takat yang boleh terpengaruh dengan yang tidak baik. baik jangan. Andai kita sendiri adalah kuat dan boleh berdakwah bolehlah menyampaikan.

Sentiasalah beringat.Carilah sahabat yang sentiasa akan semakin mendekatkan kita dgn Allah, jangan sesekali menjauhi.Sebab hati dan keikhlasan kita ni cepat berubah.Sebab dunia ni jambatan ker akhirat,pilih yang betul untuk destinasi syurga. Andai kita tak kuat,kita menjauhkan diri daripada yang tidak betul ada lah betul,supaya tidaklah kita semakin hari semakin jauh dari landasan yg betul. Dan tak boleh riak diri yang kita ni hebat dan dah cukup  dengan iman yg ada,kita kena berusaha supaya iman dan hidayah kita tetap dan hanya akan bertambah... orang-orang yang kini tak berapa bagus pun,ada kemungkinn akan lebih baik dari kita.Apa-apa pun perbaiki diri, hiasi peribadi,dan jangan berhenti mencari redha Allah, mendakatkan diri dengan Allah., jangan berputus asa.

Wallahualam.... yang baik dari Allah... segala kekurangan dari diri saya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 03:08 PM | Show all posts
Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.

Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang.

Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.

Semasa saya sedang mengalami keserabutan dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat.

Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.

Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati.

Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah C surah yang lain. Sangatt menenangkan hati

Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 08:34 AM | Show all posts
5 Perkara Yang Nabi Muhammad Beritahu Tentang Hutang

Banyak yang Islam sebut pasal hutang.

Dalam al-Quran, ayat yang paling panjang adalah mengenai hutang. Al-Baqarah, 282.

Hadis-hadis pun banyak, antaranya:

1. Allah swt bantu orang yang bersungguh-sungguh nak langsaikan hutang
"Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya."

Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari.

MasyaAllah.

Allah swt tahu kita kurang mampu maka sebab itu kita berhutang. Dan dengan niat berhutang nak bayar balik, Allah swt mudahkan jalan rezeki kita. Tapi siapa berniat nak lari dari bayar hutang, makin susah hidup.

2. Zalim jika mampu bayar, tapi melambat-lambatkannya
"Penangguhan bayar hutang oleh orang yang mampu adalah satu kezaliman"

Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari

Sekiranya kita mampu, bayarlah hutang tersebut secepat mungkin. Adalah satu kezaliman kita menangguhkan membayar hutang sedangkan kita ada duit.

3. Pahala mati syahid pun tergantung
"Allah swt mengampunkan dosa orang yang mati Syahid kecuali hutang"

Direkodkan oleh Imam Muslim

Kita tahu pahala mati syahid ini besar. Terus masuk syurga. Tapi ia dapat terhalang dengan hutang. Nauzubillah.

4. Orang berhutang kuat menipu
"Ketika ditanya kenapa selalu berdoa minta perlindungan dari berhutang, Baginda saw pun menjawab, orang yang berhutang ini apabila dia bercakap dia menipu, apabila dia berjanji, dia mungkir."

Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari

Kita sepatutnnya berjumpa dengan orang yang kita berhutang, baik dengan bank, kawan atau saudara mara, jika kita betul-betul tak mampu bayar hutang. Bukannya lari. Tutup telefon. Buat-buat tak kenal. Islam tak ajar begitu.

5. Hidup tak tenang hidup banyak hutang
"Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari."

Hadis direkodkan oleh Imam Baihaqi

Ini yang menyebabkan rumahtangga bergoncang. Anak-anak menjadi mangsa. Sebab kita terlalu runsing akibat berhutang.
.

Setiap sesuatu itu ada jalan keluarnya.

Masih belum terlambat untuk membaiki situasi kewangan kita. Mulakan dengan betul-betul berazam untuk membayar hutang. Hubungi semula bank, individu-individu yang kita ada hutang dengan mereka dan mula membayar hutang walaupun sedikit. Allah swt pasti memudahkan jalan untuk kita.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 08:15 AM | Show all posts
"Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia."
( Imam As-Syafie )

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 08:23 AM | Show all posts
"Tuntutlah Ilmu"

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga

(Hadith Riwayat Muslim)


Huraian Hadith :

    Orang yang menuntut ilmu akan mendapat kemudahan dan pertolongan daripada Allah SWT, dan mendapat ganjaran Syurga di akhirat kelak.

    Orang yang berilmu pengetahuan mempunyai kelebihan tertentu kerana ia dapat memberi petunjuk kepada kebaikan dan dapat membezakan yang hak dengan yang batil.

    Orang yang menuntut ilmu akan dapat memberi faedah kebaikan pada dirinya, masyarakat dan negara.

Sumber :
Kitab Riyadhus Salihin


Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
SAAT KITA DITURUNKAN KE LIANG LAHAT

Semua orang akan merasai *himpitan kubur* kecuali nabi. Rasulullah S.A.W.bersabda, "Jika ada yang terselamat daripada himpitan kubur, dia ialah Saad bin Muaz." Namun diriwayatkan Saad bin Muaz turut tidak terlepas daripada mendapat siksaan kubur.

*Apa itu himpitan kubur ?*
Keadaan pertama yang dirasai semua orang apabila memasuki liang lahad.

*Bagaimana keadaan himpitan kubur itu ?*
Seperti himpitan seorang ibu kepada anaknya. Himpitan ini berbeza berdasarkan amalan. Siapa yang taat pada Allah, himpitan kubur berlaku dalam kelembutan. Jika mati dalam maksiat kepada Allah, himpitan kubur keras kerana bencinya Allah kepadanya.

..Bagi orang kafir, himpitan kubur itu sampai bila. Bagi orang mukmin himpitan itu pada mula dia dimasukkan ke dalam kubur.

*Antara sebab mendapat himpitan kubur*
..Cuai ketika membuang air kecil. Di dalam ilmu fiqh ini dinamakan sebagai istibra'. Istibra' ini ialah kaedah menghabiskan sisa-sisa najis yang ada seperti air kencing agar hilang rasa was-was ia masih ada.
..Akibat kita pernah melakukan kesalahan tetapi kita biarkan kesalahan itu berlaku.
..Kurangnya rasa syukur dalam hidup. Betapa ramai orang yang bangun dari tidur mengucapkan alhamdulillah?
Allahuakbar..

Dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan ra berkata, Rasulullah S.AW. bersabda: *"Memang sangat menakjubkan keadaan orang mukmin itu; kerana segala urusannya sangat baik baginya dan itu tidak akan terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman di mana bila mendapatkan kesenangan ia bersyukur maka yang demikian itu sangat baik baginya, dan bila ia tertimpa kesusahan ia sabar maka yang demikian itu sangat baik baginya"*.
(Riwayat Muslim)

.1. *_Himpitan kubur berbeza dengan siksaan kubur. Himpitan kubur berlaku di mana sebelum kubur ditutup manakala siksaan kubur selepas kubur ditutup_*

..
2 Hal yang dirasakan oleh mayat ketika diturunkan ke liang lahad ialah gerakan 2 kaki. Itu ialah amalan kita yang pernah kita lakukan di dunia. Amalan itu dapat berbicara, "Duhai manusia, ketika ini sudah terpisah kamu dengan keluarga dan teman kamu. Hanya aku amal kamu yang ada menemani kamu."

3 Amal itu akan memukul paha kiri kita. Kata manyat, "Kalau aku tahu hanya kamu yang akan mengikuti aku, akan aku utamakan kamu melebihi segalanya."

4 Perasaan takut yang amat sangat iaitu apabila berdirinya 2 malaikat Munkar dan Nakir. Apabila hidup kita di dunia tidak punya rasa takut kepada Allah, perasaan takut apabila berhadapan dengan 2 malaikat Allah ini sangat luar biasa, teramat takut.
Allahuakbar..

Antara amalan yang dapat mengelakkan kita mendapat himpitan kubur ialah memperbanyakkan membaca Surah Al-Ikhlas semasa hayatnya.

Rasulullah bersabda, *"Sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas dan mati, dia akan diamankan dari himpitan kubur."*

..Pesan Ustaz.. Sentiasalah baca Al-Quran. Al-Quran ialah makanan roh kita. Kalau tak boleh sangat baca Al-Quran, riba Al-Quran. Gerakan jari di atas ayat suci Al-Quran.

Kenapa susahnya manusia nak minta keampunan dengan Allah ? sedangkan Allah menegaskan..,
Berlarilah kamu dalam meminta ampun dengan Allah.

Setiap malam sebelum tidur bacalah Surah Al-Mulk. Surah Al-Mulk boleh menyebabkan seseorang itu terlepas siksa kubur. Kata Ustaz, kalau lagu boleh hafal takkanlah Surah Al-Mulk tak boleh hafal.

Dari Ibnu Masud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda: *"Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur."*
(An-Nasai).

Akhirul kalam Ustaz berpesan, beramallah semasa kita masih hidup ini sebelum malaikatul maut menjemput kita..

*MUHASABAH DIRI*
*_Renungkan sebuah kubur,dahulunya penghuni kubur juga pernah hidup seperti kita_*
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.104414s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list