Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
7818
View
213
Reply

[Idea] Tazkirah kompak

[Copy link]

Author: himun_hino       Show all posts   Read mode

Post time 26-7-2019 03:27 PM | Show all posts
MERUBAH TAKDIR

Suatu hari, Malaikat Maut mendatangi Baginda Nabi Ibrahim As lalu bertanya,

Malaikat: Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?.

Nabi Ibrahim: Itu tadi sahabatku dan juga anak muridku.

Malaikat: Ada apa dia datang menemuimu?.

Nabi Ibrahim: Dia ingin menyampaikan berita bahawa dia akan menikah pada esok hari.

Malaikat: Wahai Ibrahim, sayang sekali umur anak muda itu tidak akan sampai pun esok pagi.

Habis berkata seperti itu, Malaikat Maut pun pergi meninggalkan Nabi Ibrahim.

Hampir saja Nabi Ibrahim As tergerak hati untuk memberitahu anak muda tersebut untuk menyegerakan pernikahannya malam itu juga dan Nabi Ibrahim ingin memberitahu tentang kematiannya.

Tetapi langkahnya terhenti. Nabi Ibrahim As memilih untuk tidak memberitahunya kerana kematian itu tetap menjadi rahsia ALLAH.

Esok paginya, Nabi Ibrahim As ternyata melihat dan menyaksikan anak muda tersebut melangsungkan pernikahannya.

Hari pun berganti, minggu berganti, bulan berganti dan tahun pun berganti.

Nabi Ibrahim As melihat anak muda tersebut panjang umurnya sehingga usianya 70 tahun.

Nabi Ibrahim As pun bertanya kepada Malaikat Maut: Kenapa Malaikat berbohong tempoh hari, menyampaikan bahawa anak muda itu akan mati pada esok pagi? Ternyata tidak mati, bahkan umurnya panjang.

Malaikat Maut: Diriku memang hendak mencabut nyawa anak muda tersebut tetapi ALLAH menahannya dan kenapa ALLAH menahan tanganku untuk tidak mencabut nyawa anak muda itu?

Ketahuilah wahai Ibrahim, bahawa di malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut menyedekahkan 7 dirham untuk anak-anak yatim, lalu anak-anak yatim itu mendoakannya.

ALLAH menggantikan setiap 1 dirham yang didermakan oleh anak muda itu dengan dipanjangkan umurnya sebanyak 10 tahun dan aku diperintahkan oleh ALLAH untuk tidak mencabut nyawa anak muda tersebut sebelum usianya mencecah 70 tahun.

Dan, dengan sebab anak muda itu menderma sebanyak 7 dirham itulah yang membuat ALLAH memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut hingga engkau masih melihatnya hidup.

Kematian memang di tangan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala, justeru itu mempercepatkan dan melewatkan kematian juga adalah hak ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

Dan, ALLAH memberitahu melalui kalam Rasulnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bahawa sedekah itu boleh memanjangkan umur seseorang itu.

Oleh itu, marilah kita memperbanyakkan sedekah. Dan, mari kita mulakan sedekah kita ini dengan mengirimkan kisah yang bermanfaat ini, baik kepada keluarga, sanak saudara dan sahabat handai kita.

Selamat bersedekah dengan tulisan ini dan moganya dicatatkan sebagai ibadah.

Semoga ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala merahmati kita semua.

In Sha Allah. Aamiin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2019 01:08 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 28-7-2019 12:13 PM


Soalan :


Assalamualaikum ustaz. Harap ustaz sihat sentiasa.Apa itu qailulah dan bilakah waktunya. Sebab saya lihat ada pekerja saya sebelum waktu rehat mesti tidur. Jam 12 lebih tidur dah.Kadang-kadang terlajak sampai jam 3 petang baru bangun. Mohon pencerahan ustaz.


Jawapan :


Assalamualaikum.Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.


Qailulah merupakan perkata bahasa arab yang kata dasarnya ialah قَالَ-يَقِيلُ-قَيلا-قَيلُولَة. Kata Ibnu manzur qailulah membawa maksud tidur pada pertengahan siang. (Rujuk Lisan al-Arab, 11/572).


Imam Al-Sanani menyatakan bahawa maksud qailulah ialah berehat pada pertengahan siang walaupun tidak tidur. (RujukSubul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram, 2/396)


Maksud qailulah boleh difahami melalui hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ibnu Masud R.A bahawa Nabi SAW bersabda :


مالي ولِلدُّنيا إنَّما مَثَلي ومَثَلُ الدُّنيا كمثل راكبٍ قالَ في ظلِّ شجرةٍ ثم راحَ وتركها


Maksudnya : Apa dah jadi padaku dan pada dunia. Perumpamaan aku dan dunia seperti seorang penunggang yang mana dia berehat sebentar di bawah pokok, kemudian pergi meninggalkan pokok tersebut.

Riwayat al-Tirmizi (2377), Ibnu Majah (4109)


Qailulah merupakan salah satu perbuatan sunat yang disepakati jumhur ulama.Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas daripada Nabi SAW.

Baginda bersabda :

قِيلُوا فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَا تَقِيلُ

Maksudnya : Lakukanlah qailulah. Sesungguhnya syaitan tidak berehat.

Riwayat Al-Tabarani (28) di dalam Al-Mujam Al-Awsat


Secara ringkasnya, qailulah bermakna berehat sebentar walaupun tidak tidur.


Para fuqaha berbeza pandangan mengenai bilakah waktu untuk qailulah. Kami nukilkan di sini pandangan-pandangan tersebut. Antaranya :


Al-Khatib Al-Syarbini menyebut bahawa waktu qailulah adalah sebelum gelincirnya matahari iaitu sebelum masuk waktu zohor. Sunat bagi orang yang melazimi tahajjud untuk tidur sebentar sebelum zohor.Ianya adalah persediaan untuk qiamullail. Qailulah sebelum masuk waktu zohor adalah seperti waktu sahur bagi orang yang berpuasa.(Rujuk Al-Iqna Fi Hilli Alfaz Abi Syuja,1/106). Pandangan ini dikemukakan oleh beliau di dalam kitab Al-Mughni Al-Muhtaj ( Rujuk Al-Mughni Al-Muhtaj, 3/167)


اسْتَعِينُوا بِطَعَامِ السَّحَرِ عَلَى صِيَامِ النَّهَارِ ، وَبِالْقَيْلُولَةِ عَلَى قِيَامِ اللَّيْلِ

Maksudnya : Kuatkan puasa di siang hari dengan makan sahur dan qailulah untuk bangun malam.

Riwayat Ibnu Majah (1693)


Al-Munawi menyebut qailulah ialah tidur pada waktu tengahari ketika gelincir matahari atau waktu yang hampir dengannya sama ada sebelum gelincir atau selepasnya (Rujuk Faidh al-Qadir Syarh al-Jami al-Saghir,7/256)


Al-Bujairimi menyebut bahawa qailulah ialah berehat pada waktu sebelum gelincir matahari walaupun tidak tidur. Dan pandangan yang masyhur qailulah ialah tidur sebelum atau selepas gelincir matahari (iaitu selepas waktu zohor). (Rujuk Hasyiah al-Bujairimi ala Al-Khatib, 6/453)


Imam Al-Nawawi menyatakan bahawa qailulah ialah tidur pada waktu tengahari.

Rujuk Tahrir Alfaz al-Tanbih (1/290)


Sheikh Syamsul Haq Al-Azim Al-Abadi menukilkan perkataan Ibnu Qutaibah. Kata Ibnu Qutaibah : Tidak dinamakan Ghada (makan tengahari) dan qailulah selepas daripada gelincir matahari.

Rujuk Aun Al-Mabud Syarh Sunan Abi Daud (25/23)


Sheikh Dr Wahbah Al-Zuhaili menyebut bahawa qailulah ialah berehat pada waktu tengahari walaupun tidak tidur. Sama ada pada musim sejuk atau panas.

Rujuk Al-fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu (1/414)


Ada pandangan yang menyebut bahawa waktu qailulah adalah selepas gelincir matahari. Ini berdasarkan kenyataan Sahl. Kata beliau :

مَا كُنَّا نَقِيلُ وَلَا نَتَغَدَّى إِلَّا بَعْدَ الْجُمُعَةِ

            Maksudnya : Tidak kami berehat dan makan kecuali selepas solat Jumaat.

Riwayat Al-Bukhari (839) dan Muslim (2028)



Ini memberi maksud bahawa waktu qailulah adalah selepas daripada solat jumaat yang mana solat jumaat didirikan pada waktu zohor.


Kesimpulannya, kami lebih cenderung kepada pandangan bahawa qailulah adalah berehat atau tidur sebentar sebelum gelincir matahari iaitu sebelum masuknya waktu zohor. Kami menasihatkan agar mereka yang bekerja, gunakanlah masa rehat yang diperuntukkan untuk melakukan qailulah agar lebih bersemangat untuk menyambung tugas. Akan tetapi jangan berlebihan,. Rehatlah sekadarnya dengan masa yang telah diperuntukkan. Ini kerana kita terikat dengan amanah kerja.Jangan dikhianati amanah tersebut.


Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk terus melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaiknya. Wallahualam.


Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2019 05:36 PM | Show all posts
Kelebihan Bagi Orang-Orang Yang Bersedekah

Sedekah adalah suatu amalan yang sangat mulia di sisi Islam. Setiap sedekah yang kita hulurkan, pasti akan diberikan ganjaran yang tidak terhingga, malah dosa kita juga turut terhapus disebabkan sedekah itu. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.

(Hadis Riwayat Imam Tirmizi)


Selain itu, sedekah juga akan memberi keberkatan pada harta kita. Dengan adanya keberkatan, harta yang sedikit seolah-olah dirasakan banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan, harta yang banyak dirasakan seakan-akan sempit serta tidak mencukupi meskipun memiliki harta yang banyak dan melimpah ruah. Hayatilah sabda nabi s.a.w yang bermaksud:


Harta tidak akan berkurang dengan sedekah

(Hadis Riwayat Muslim)


Oleh itu, sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, marilah bersama kita meringankan tangan untuk bersedekah semampu yang mungkin, menyediakan juadah berbuka puasa kepada jiran ataupun saudara segama kita dan sebagainya. Ingatlah ganjaran yang disebutkan oleh nabi s.a.w yang bermaksud:


Sesiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya.

(Hadis Riwayat Imam Ahmad & At-Tirmizi)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2019 09:35 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2019 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


                                 

Maksudnya: Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban). [Riwayat al-Tirmizi (1493)][Imam al-Tirmizi menghukum hadith ini sebagai hasan gharib]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2019 04:24 PM | Show all posts
FIKIR-FIKIRKANLAH

‎"Mata kepala kita hanya nampak benda yang ada di depan. Besar, kecil, jauh, dekat boleh nampak dengan mata kepala. Tetapi halal haram tidak boleh nampak dengan mata kepala, ia hanya boleh nampak dengan mata hati. Sebab itu ada orang yang cerah mata kepala, tetapi tidak kenal halal haram kerana buta mata hati..."
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2019 08:09 AM | Show all posts
Ingat, kita kejar akhirat kita akan dapat dunia dan akhirat insyaallah.
Tapi kalau kita kejar dunia sahaja, akhirat belum tentu kita dapat.

Hidup perlu seimbang, dan itulah gunanya Allah bagi Quran utk kita buat pedoman dan tunjuk ajar buat kita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2019 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
4 orang yang tidak disentuh api neraka:

1.  HAYYIN - Tenang jiwa
2.  LAYYIN - Lemah lembut dan santun tuturnya
3.  QARIB - Ramah dan suka senyum
4.  SAHL - Memudahkan setiap urusan orang lain

HR At-Tirmidzi dan Ibnu Hiban

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2019 09:13 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kompak itu apa benda pula
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 01:31 PM | Show all posts

compact








Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 05:07 PM | Show all posts
Jenis-jenis tidur​

Syekh Sulaiman bin Mansur (Ulama Mazhab Syafi'i wafat thn 1204 H), menjelaskan tentang pelbagai jenis tidur  :

​Tidur Ada Tujuh Macam​
1. Tidur lalai
2. Tidur celaka
3. Tidur laknat
4. Tidur siksaan
5. Tidur senang (istirehat)
6. Tidur rahmat
7. Tidur rugi

(Penjelasan):

1) Tidur lalai ialah tidur di majlis zikir/ilmu
2) Tidur celaka ialah tidur saat masuk waktu solat
3) Tidur laknat ialah tidur di waktu Subuh
4) Tidur siksaan ialah tidur sesudah Fajar
5) Tidur senang (istirehat) ialah tidur sebelum Zohor
6) Tidur rahmat ialah tidur setelah Isyak
7) Tidur rugi ialah tidur awal pada malam Jumaat...seharusnya berzikir dan berselawat.

(Kitab Hasyiah Jamal Juz I Hal. 274)
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-10-2019 11:23 PM | Show all posts

jom kongsi tazkirah ringkas dgn kwn2 sini.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 06:08 PM | Show all posts
kompak paa pulak ini nanti semua orang athu
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:32 PM | Show all posts



    BAGAIMANA MAJIKAN BERAKHLAK DENGAN STAF: Penting Tapi Ramai Meremehkannya
    Dr. Naemah Hamzah

    Hasil kajian ini boleh membantu merungkai kemelut antara majikan dan pekerja yang berlaku di mana-mana asal di situ ada ketua dan ada pekerjanya.
    Hasil kajian yang dilakukan pada tahun 2015 telah menghasilkan dapatan yang cukup baik untuk diamalkan agar suasana di tempat kerja menjadi lebih harmoni. Keharmonian tidak bermakna staf tidak berkualiti, disiplin terabai dan produktiviti menurun.
    Namun, kita ingin melihat satu situasi yang sejahtera bukan terpaksa dan paling penting segala yang berlaku mengikut prosedur pekerjaan yang ditetapkan. Lebih bahagia apabila slogan UTM My Home diterapkan dan disebarluaskan untuk menghidupkan keharmonian dan keselesaan bahkan kita akan sayang pekerjaan kita sepenuh jiwa raga.
    Hasil kajian tesis bertajuk Aplikasi Amalan Fiqh Sains Rumah Tangga dan Kerjaya dalam kalangan Akademik Wanita Cemerlang (2015) menunjukkan dapatan ciri-ciri pentadbir cemerlang seperti berikut:

        1. Bertegur sapa, bertanya khabar
        2. Berterus-terang
        3. Toleransi
        4. Disenangi ramai
        5. Memahami
        6. Anggap seperti satu keluarga
        7. Menegur, menasihati
        8. Menerima seadanya
        9. Menjaga hati, tidak menyakiti perasaan
        10. Berkarisma, bijak mentadbir
        11. Pemurah
        12. Mendengar, membantu selesaikan masalah
        13. Tegas
        14. Tidak berkira, tolong-menolong, bekerjasama
        15. Dapat mengawal emosi/sifat marah
        16. Tidak mudah terpengaruh
        17. Respect, hormat-menghormati
        18. Mendapatkan sokongan staf
        19. Simbiosis, saling-memerlukan
        20. Contoh yang baik
        21. Positif

    Sarjana Islam menambah beberapa ciri dan sifat baik yang patut diamalkan oleh majikan iaitu:

        Ithar (mengutamakan saudara lebih dari dirinya sendiri).
        Berbuat baik pada diri dan membaiki orang lain (Mohd Ismail, 1999).
        Amanah dan bertanggungjawab (al-Qardawi, 1999).
        Bersungguh-sungguh dan bersifat ihsan (al-Syazli, 2012; al-Qardawi, 1999).
        Menepati masa (al-Syazli, 2012, al-Ghazali, 1990).
        Tekun bekerja, menepati janji, tidak mencuri waktu bekerja, tidak menipu, tidak menerima rasuah, menghulurkan bantuan apabila diperlukan, menghadiri jemputan dan majlis keramaian, menziarahi orang sakit dan kematian; memberikan nasihat yang baik (al-Syazli, 2012).
        Berilmu dan bertakwa.
        Ikhlas dan adil, jujur dan setia.
        Berpegang kepada prinsip hidup yang sama.
        Mencari persefahaman dan penyesuaian cita rasa.
        Memahami tabiat ahli keluarga.
        Percaya-mempercayai.
        Hormat-menghormati.
        Sabar, penyayang.
        Pemaaf.
        Bertolak-ansur dan bertimbang rasa.
        Muafakat dan kerjasama.
        Menunjukkan dan tidak menyalahkan.
        Membantu dan tidak membebankan.
        Menghargai dan tidak mengeji.
        Belas ihsan dan tidak mendera (Abu Malik Kamal, 2012; Abdul Rahman, 2001).

    Menurut Muhammad Syafii (2011), sifat yang dilarang adalah mengadu domba, iri hati, memfitnah, marah dan menghina.

        Oleh kerana itu, para salaf al-salih menganggap bahawa budi pekerti yang baik umpama sebutir buah yang memberi manfaat kepada orang disekelilingnya (al-Ghazali, 1990).

    *Dapatkan kertas kerja Model Ciri-ciri Pentadbir Cemerlang Universiti Awam di Malaysia dari Konvensyen Pentadbir UTM 2017.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.095575s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list