CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
12Next
Return to list New
View: 5168|Reply: 37

[Tempatan] Saya turun, ringgit tetap turun, why? why? why? - Najib

  [Copy link]
Post time 12-9-2018 08:54 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 12 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan kebimbangan terhadap nilai ringgit yang semakin menyusut sehingga ke paras RM4.15 kini.

Najib berkata, trend naik turun ringgit sebelum ini banyak bergantung kepada harga minyak dunia. Secara am, ringgit akan mengukuh apabila harga minyak naik dan sebaliknya.

Menurut Najib, trend tersebut sudah bercanggah kerana walaupun harga minyak semakin tinggi sehingga AS$78 satu tong sekarang, ringgit tidak mengukuh sebaliknya turun 30 sen sehingga RM4.15.

"Kerisauan saya ialah jika harga minyak dunia turun dengan kuat, maka matawang ringgit akan menerima impak yang agak teruk.

"Sebelum PRU14, pemimpin PH kata 'Najib turun, ringgit akan naik'. Saya pelik kerana saya sudah turun empat bulan tetapi ringgit semakin turun juga," kata Najib dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Najib bagaimanapun berharap kerajaan akan mengambil kira kebimbangan beliau mengenai nilai ringgit sekarang sebelum ia memudaratkan.

Berikut adalah kenyataan penuh Najib:

Antara serangan terhadap saya sebelum PRU14 adalah berkaitan nilai matawang ringgit. PH berulangkali sebut nilai ringgit lemah pada tahun sebelum ini adalah bukti Malaysia sudah mula bankrap.

Kita lihat carta satu tunjukkan pergerakan ringgit berbanding dolar Amerika dengan harga minyak mentah dunia brent dari tahun 2008 hingga kini.

Ia jelas menunjukkan bahawa naik turun ringgit banyak bergantung kepada harga minyak dunia. Secara am, ringgit akan mengukuh apabila harga minyak naik dan sebaliknya.

Ketika saya baru menjadi Menteri Kewangan, ringgit juga lemah akibat krisis ekonomi dunia pada masa itu. Pada masa itu ringgit turun sehingga RM3.75 berbanding AS dollar dan Tun  Mahathir menggesa saya untuk tambatkan ringgit seperti yang beliau lakukan pada tahun 1998.

Saya tak ambil langkah itu selepas ambil kira dan melihat pelaburan asing dan daya saing eksport negara turun ketika Ringgit ditambat Tun Mahathir pada 1998.

Lanjutan itu, pertumbuhan ekonomi pada tahun 2000 hingga Tun Mahathir bersara pada akhir 2003, kurang baik.

Saya tidak membuat demikian untuk menambatkan ringgit pada masa tahun 2008/2009.

Kenaikan harga minyak dunia dan pemulihan ekonomi hasil pakej ransangan ekonomi terbesar dalam sejarah negara, ringgit mengukuh sehingga di bawah paras RM3.00 berbanding dolar Amerika pada 2010 hingga 2013, iaitu sebanyak 30 peratus.

Pakej ransangan ekonomi ini juga menaikkan hutang negara dan turut dibidas biarpun langkah itu berjaya menyelamatkan ekonomi Malaysia.

Tak pernah dalam sejarah Malaysia, matawang ringgit mengukuh setinggi itu namun jika diimbau kembali, saya tidak pun memuji diri sendiri lantaran Ringgit yang kukuh kerana harga minyak mentah tinggi pada masa itu dan bukan semua berpunca dari usaha kerajaan BN dan saya.

Namun pakej ransangan yang kita laksanakan selari dengan kenaikan harga minyak berjaya selamatkan ekonomi kita dari terjerumus dari kemeseletan.

Peliknya, pada PRU13, Pakatan mendakwa Malaysia akan bankrap biarpun ringgit mengukuh di bawah RM3.00 pada masa itu dan pada PRU14, Pakatan turut membuat tuduhan yang sama pada ketika nilai ringgit lebih rendah berbanding PRU13.

Kita lihat pada carta, apabila harga minyak dunia turun dengan teruk pada akhir 2014, nilai Ringgit juga turun dengan banyak.

Pada masa itu, saya sekali lagi terima tekanan politik yang hebat dan sebagai ahli politik, langkah paling mudah ialah menambat Ringgit sebagaimana dilakukan Tun Mahathir sebelum ini.

Saya juga perhatikan bahawa banyak negara lain pada masa itu seperti Czech, Nigeria, Switzerland, Uzbekistan, Azerbaijan, Kazakhstan, Angola dan Morocco juga telah menolak sistem penambatan matawang kerana mereka mahu meningkatkan daya saing ekonomi masing-masing.

Tetapi sebagai Perdana Menteri yang utamakan kekuatan jangka panjang ekonomi dan masa depan negara, saya tidak ambil langkah itu kerana keputusan berdasarkan politik jangka pendek yang tidak betul akan memberi kesan negatif jangka panjang yang teruk kepada negara.

Sekali lagi, walaupun dikecam teruk saya memilih sekali lagi untuk tidak menambat Ringgit.

Keputusan saya terbukti betul apabila eksport negara melonjak naik berpuluh peratus setiap bulan dan pertumbuhan ekonomi sangat kukuh pada tahun 2017 sehingga awal tahun 2018.

Ringgit pula mula memulih dan menguat sehingga tahap RM3.85 pada bulan April 2018 sebelum pilihanraya.

Hakikatnya, tempoh saya sebagai menteri kewangan dan Perdana Menteri sehingga saya berhenti menyaksikan ringgit turun dari sekitar RM3.75 ke RM3.85 (tidak ditambat) dan saya dianggap telah gagal oleh segelintir rakyat Malaysia.

PM yang ke-4 pula dikatakan berjaya apabila ringgit menyusut dari RM2.20 berbanding dolar Amerika kepada RM3.80 (ditambat) dari mula dia mentadbira sehingga tamat pada akhir tahun 2003.

Kebelakangan ini, saya ada sedikit kerisauan tentang nilai ringgit.

Di atas, saya ada menyebut bahawa secara am, Ringgit akan mengukuh apabila harga minyak naik dan sebaliknya tetapi selepas PRU14 keadaannya agak menggusarkan.

Jika diperhatikan carta 2, trend ini sudah bercanggah. Walaupun harga minyak dulu semakin kuat sehingga AS$78 satu tong sekarang, ringgit tidak mengukuh tetapi tetap turun 30 sen sehingga RM4.15 sekarang.

Kerisauan saya ialah jika harga minyak dunia turun dengan kuat, maka matawang ringgit akan menerima impak yang agak teruk.

Sebelum PRU14, pemimpin PH kata "Najib turun, ringgit akan naik". Saya pelik kerana saya sudah turun 4 bulan tetapi Ringgit semakin turun juga.

Apapun, saya harap kerajaan PH akan mengambil kira kerisauan saya mengenai nilai ringgit sekarang sebelum ia memudaratkan.-UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 46092#ixzz5QqQ1JLG6
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2018 08:59 AM | Show all posts
ala pak jib penyokong gov skrg akan jawab persoalan ni dengan meratib bab beg tangan....

mujur bab 2.6 billion tu dah kurang ratibnya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2018 09:14 AM | Show all posts
Ko tetap busuk dna hina  dan ditolak sehingga lumpuh oleh rakyat Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2018 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh betul. Bukan main lagi heols and minions melalak kurang itu lah salah ini lah CONSEQUENCES dari benda yang dia and konco konco bengap tu buat sepanjang dia jadi pm dulu! Tak malu eak blaming it all on the new gov. Meluat tengok!
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2018 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
belilies replied at 12-9-2018 10:04 AM
Bodoh betul. Bukan main lagi heols and minions melalak kurang itu lah salah ini lah CONSEQUENCES dar ...

sptutnya tanya lge titik perpuluhan tu la.., skit2 hutang 1 trilion...  
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2018 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko Pon sama bodoh Najib...sebok pasal ekonomi lepastu tonggang bangsa macam Mahathir tu ha.

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2018 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 12-9-2018 10:07 AM
sptutnya tanya lge titik perpuluhan tu la.., skit2 hutang 1 trilion...

Asalkan ada bunyi nak kutuk kjaan baru. Kat bod ci ni kemahen benang dr puak deyols bercambah bagai juara.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2018 10:22 AM | Show all posts
ala bang bijan,macai cakap harini kawen xkan esok beranak....tggu la lagi tigo puloh tahun ringgit akan sama lebel dgn dolar la,tapi dolar bangla
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2018 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
belilies replied at 12-9-2018 10:19 AM
Asalkan ada bunyi nak kutuk kjaan baru. Kat bod ci ni kemahen benang dr puak deyols bercambah baga ...

yg atas pagar pun bersuara... yg sokong ph dulu nak jatuhkan bijan bersuara....

jgn kata semua tu cyber terompah umno....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2018 10:48 AM | Show all posts
nampaknya sis xleh nak bercikur la sgt di obersea.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2018 10:57 AM | Show all posts
dinopower2 replied at 12-9-2018 10:39 AM
yg atas pagar pun bersuara... yg sokong ph dulu nak jatuhkan bijan bersuara....

jgn kata semua  ...

betulllll................

bukan umno je pandai bersuara.....

yang atas pagar n yg bukan penyokong tegar PH akan bersuara....mereka bukan penyokong PH class 1...
mata dan hati mereka belum tutup sepenuhny dgn lambang PH sehingga kan semua nak di iyakan....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2018 11:14 AM | Show all posts
dinopower2 replied at 12-9-2018 10:39 AM
yg atas pagar pun bersuara... yg sokong ph dulu nak jatuhkan bijan bersuara....

jgn kata semua  ...

Macai gred A mmg camtu, kritik gomen otomatik dikatakan orang BN. Sebab tu mudah kena kencing.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2018 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Go Najib go go go!
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2018 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku golongan atas pagar tp 2 kali undi ph.pasni aku undi bn pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2018 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 12-9-2018 11:22 AM
Go Najib go go go!

che det maintain pedajal sabah sarawak... skrg kelate trg kena balik.... khinzir perangai kata kelate byk hutang pusat.... royalti ko sekat.... sumber apa ade ngok... infra ke laut.... jahat nak mamous org tua tuh
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2018 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Troll of the day. I terhibur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2018 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi ironi pak jib oii
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2018 02:42 PM | Show all posts
bukan nk ckap la tpi tggu je la lg 5 thun..xpuas hti lagi kasi tukar la..melainkan ad 1 parti yg kukuh slain bn n ph bru meolss undi yg baru wujud tu..teeheee
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2018 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
belilies replied at 12-9-2018 10:19 AM
Asalkan ada bunyi nak kutuk kjaan baru. Kat bod ci ni kemahen benang dr puak deyols bercambah baga ...


Eh..  tak boleh pulak?  Sasau..  Dulu korang yang dok berkuntum kat sini..  Sekarang dah bau hancing terpaksa la berambos..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2018 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada perubahan ketara dari segi komen2 kalau refer to FB Najib....majoriti besar sokong dialah....komen dari penyokong2 PH pun ada, tp majoriti jenis "pukul curi" dan byk yg guna fake acc, dan komen lari topic/ recycle....itu yg aku nampak perubahan pola komen sblm dan selepas Najib jadi PM...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-8-2022 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.089321 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list