Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
11020
View
145
Reply

Update as at 12/10/18: SETTLED: Besar ke masalah aku ni untuk berpisah.

[Copy link]

Author: selalulapar       Show all posts   Read mode

Author
Post time 6-9-2018 03:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by selalulapar at 12-10-2018 11:39 AM

Assalam semua, and salam sejahtera.

Ok macam ni lah, nak get to the point aje kan. Tak payah mukadimah ramah mesra dulu la eh..

Aku ni dah kahwin nearly 8 years. Sepanjang perkahwinan ni, biasalah ada ups and downs. Tapi mostly downs aje lah. Aku sekarang ni macam dalam dilema tak tahu nak buat apa, nak buat macam mana.., perlu ke tak perlu berpisah..., tapi at the same time hati sudah takde pada si dia.. Senang cerita, lebih banyak sakit hati dari senang hati.

Nak dipendekkan cerita, laki aku ni sekarang tak kerja tetap. Adalah dia buat bisnes tepi2, tapi sekarang tak jalan sangat dah bisnes tu. So banyak duduk rumah melepak aje., sambil jaga anak2. And fyi, dia dengan anak2 sangat penyayang. Rajin la melayan anak2. Maybe sebab dia tak kerja kan. So banyak masa terluang. And hal2 kat rumah tu ada la jugak dia settlekan. Cuma bukan hari2 lah. Ada aje time aku jugak mengemas memasak bagai kt rumah tu.

Bab dia kerja tak kerja ni sebenarnya dah kerap sangat. Dari awal2 kahwin sampai dah beranak pinak (anak 2 orang), dia kira on off la kejap kerja kejap tak. So masa dia tak kerja ni, aku la penyumbang besar untuk kos kehidupan kitorang anak beranak. Even time dia kerja pun banyak jugak komitmen yang aku kena bayar. So dicampur dengan komitmen yang sepatutnya dia bayar, tapi tak dapat bayar.. so makin banyak lah komitmen yg aku kena tanggung. And gaji aku pun tak banyak mana ya kawan-kawan. Jenuh jugak lah aku rasa.

Dalam pada tu jugak, bila time2 yang dia bekerja, bila dia rasa dia ada duit sikit, mula lah menggatal. Ada girlfriend lah apa lah. Masa tu aku pregnant 2nd child. Aku pernah mintak cerai dulu tapi dia taknak lepas. Siap pernah nak try member kitorang yang breast besar. Ni jadi masa aku dalam pantang anak first. HAHAHAH. OKla moving on from that, lepas tu tak kerja lagi. Aku mengamuk, dia kerja semula. Tapi bila dia bosan, dia berhenti. Eh senang cerita gitu2 aje lah.

Macam2 hal lah jadi haha termasuklah pernah kena halau dari rumah sewa. Pasal dia tak bayar duit sewa, api and air. So merempat rumah adik aku. Nasib baik adik aku memahami, bagi tumpang duduk kejap sementara kitorang nak membina kehidupan semula.. Giteww... . Aku masa mula kena keluar dari rumah sewa tu, aku konon2 suggest kat laki aku suruh dia balik kg dia je lah. Bawak anak2, sekolahkan kat sana. Aku sewa bilik aje kat sini. Boleh pulak dia setuju. Dasar pemalas taknak kerja jugak2!

Dah duduk rumah adik aku tu ingat dia adalah rasa malu. Tapi sama aje. Aku ngamuk teruk, baru lah dia carik keje. Sebulan dua lepas tu kitorg carik rumah sewa lain, sebab segan duduk lama2 dengan adik aku. Eh... lepas pindah dia terus malas pergi kerja.

Bermula lah episod aku sangat sangat sangat sangat sangat sangaat sakit hati dengan dia. Dicampur dengan hal2 lama lagi. Aku mintak cerai tapi macam biasa dia taknak lepaskan. Dia pujuk dengan cara ia pergi carik kerja etc. Aku lama2, layankan aje lah. Tapi terus terang aku cakap aku dah takde hati kat dia ni. Macam aku dok fikir anak, tapi tak jugak. Aku pun tak tau aku nak fikir apa.

So dia dapat kerja, tak lama lepas tu.. bila aku dah slow down, dia berhenti lagi. And buat bisnes kecik2 dia ni. Awal2 tu oklah. Dah lama2, bila dah ramai orang buat benda sama, bisnes jadi slow. Tapi dia pun slow jugak macam tu. Takde nak usaha lebih. Duduk rumah tunggu bulan jatuh ke riba. Kalau aku tanya takde ke nak carik2 kerja, dia boleh tanya aku balik, takde ke applykan dia kerja mana2 kat jobstreet? Alahaiii...

Sekarang ni, aku cukup2 dah bosan dengan keadaan yang sama aje. Tiap bulan landlord akan wasap aku marah2 sebab laki aku bayar rumah lambat, and taknak reply wasap. Aku la jadi tempat diorang melepaskan marah. Sebab laki aku tak bayar and taknak reply wasap/jawab call. Motor pun sama, orang aeon akan call aku bila lambat bayar or tak bayar. Siap perli2 bagai. Nak taknak aku jugak la keluarkan duit. Segan. Kereta tak yah cakap lah. Memang aku yang bayar. Dia tak pernah amik tahu. Bil api air semua. Dia pun ada pinjam duit abg dia. Tapi tak bayar2 lagi, so biras aku message2 aku mintak hutang tu. Sebab laki aku taknak jawab call or reply wasap. Sedih lah aku.

Sekarang ni aku macam dah tak larat nak 'layankan' aje perangai dia tu. Aku penat. Penat. Penat. Aku penat jadi orang yang kena settlekan taik2 yang dia buat. Eh ikutkan banyak lagi lah hal nya ni. Cuma aku tak larat nak type banyak2. Ikutkan, aku boleh je la lagi nak layankan aje perangai dia tu. Sebab maybe dah terbiasa. Tapi aku dah penat. And aku rasa macam nak happy. Sebab sekarang aku banyak happy buat2 aje. Tapi nak tengok muka dia aku pun dah menyampah.

Aku nak bercerai, tapi aku tak tau patut ke aku bercerai. Perlu ke aku fikir anak2. I mean, kot la kesian anak2 nanti ada broken family. And rasanya lepas bercerai confirm laki aku ni lagi culas la bab nafkah anak2 semua. Maybe dia akan sakit ati kat aku ke kan?,

And aku confuse and tak tau procedure macam mana. Kalau aku pergi mahkamah nak cerai, lama tak proses dia. And besar tak cost dia. Kalau ada sesiapa tahu, boleh nasihatkan aku. Besar ke tak masalah aku ni sampai aku perlu nak rasa penat penat letih bagai takde hati menyampah semua ni.

Thank you.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 03:38 PM | Show all posts
wsalam..budak recep kat ofis aku ni masalah dia sama dgn ko, menanggung biawak hidup bertahun tahun, beza nya dia lagi parah sebab anak 5 org, paling kecik tadika... penghujungnya sebelum raya puasa baru ni dia minta cerai fasakh sebab dah tak tahan sgt, sekali je naik court terus lulus..
so itu semua terpulang pada awak, leave it or take it...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-9-2018 03:41 PM | Show all posts
zulka replied at 6-9-2018 03:38 PM
wsalam..budak recep kat ofis aku ni masalah dia sama dgn ko, menanggung biawak hidup bertahun tahun, ...

oh kira senang jugak lah ek nak lulus tu? takyah dok turun naik court banyak2 kali ye? Ok tq untuk info.
aku ni tak tahu apa sebenarnya yang keeping me from going. Nak cakap cinta tu memang tak dah lah. Sendiri tak tau. Tapi sekarang rasa nak blah sangat2.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 03:47 PM | Show all posts
selalulapar replied at 6-9-2018 03:41 PM
oh kira senang jugak lah ek nak lulus tu? takyah dok turun naik court banyak2 kali ye? Ok tq untuk ...

yg penting bukti kena ada..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-9-2018 03:53 PM | Show all posts
zulka replied at 6-9-2018 03:47 PM
yg penting bukti kena ada..

bukti tu macam payment slip bagai tu boleh la eh? tapi tak banyak la. yang bertahun2 dulu tak dapat dikesan dah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 03:58 PM | Show all posts
selalulapar replied at 6-9-2018 03:53 PM
bukti tu macam payment slip bagai tu boleh la eh? tapi tak banyak la. yang bertahun2 dulu tak dapa ...

mcm ofismate sy ni, nk kumpul bukti punya pasal dia communicate through wassap...so dia print out je wssap tu serah kat pej agama....setle
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-9-2018 04:01 PM | Show all posts
zulka replied at 6-9-2018 03:58 PM
mcm ofismate sy ni, nk kumpul bukti punya pasal dia communicate through wassap...so dia print out  ...

oic.... tq tq. akan diusahakan jugak lah macam gitu

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 04:53 PM | Show all posts
kalau saya jadi awak,saya x kan bertahan,sebab xd usaha nak majukan diri, harap kita je menanggung dia,

yes,memang dia layan anak2 semua, tapi tu memang tanggungjawab bersama kot, xboleh nk dijadikan sebab kata dia bapa penyayang etc.

pikir dalam2,kalau dah rasa xda hati tu,dah boleh amik dah amik langkah2 seterusnya,bab duit ni memang boleh bawak gaduh,tapi kalau dah pemalas, macam pahat kena ketuk baru jalan susah la.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-9-2018 05:31 PM | Show all posts
Edited by selalulapar at 6-9-2018 05:32 PM
kaki_jalan88 replied at 6-9-2018 04:53 PM
kalau saya jadi awak,saya x kan bertahan,sebab xd usaha nak majukan diri, harap kita je menanggung d ...

ye kan.. bab duit ni macam tak boleh buat pasal. lagi lah saya rasa sebab tu patut tanggungjawab dia, tapi dah the other way around. thank u.. and betul gak tu, bab melayan anak2 tu memang tanggungjawab sama2 la kan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 06:21 PM | Show all posts
Edited by cmf_blingblings at 6-9-2018 06:23 PM

Aku ni kalau suami tak kaya tak apa asalkan rajin kerja cari nafkah, tolong bini semua. Dah 8 tahun dah tak reti lagi tanggungjawab pada rumahtangga. Kalau pergi pejabat agamapun mmg boleh buat kes. Usahalah tapi lelaki jenis mcm ni susah dia cerai senang-senang, silap-silap muka tak malu minta tebus talak. Mcm anak jiran aku, dia bayar kat ex dia 3K untuk cepatkan lafaz talak. Mahkamah cakap tak payah bayar sbb laki dia tak bagi nafkah langsung sepanjang kahwin tapi dia malas nak naik turun mahkamah. Settled kat situ.

..lepas dia cerai dia jumpa laki bujang kahwin dah hidup bahagia dah dapat anak lagi seorang dgn suami baru. Tak payah nak kerja teruk, hantar anak sekolah jaga family ja. Ex laki tu haram tak pernah bg nafkah kat anak pompuan dia, 10 tahun dah umur. Baru-baru ni mak pak mertua dulu datang nak jumpa cucu dan kasi 50.00, fahamlah dia org susah tapi si ex suami tu layan dadah tak tahulah dah hidup ke mati.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 06:29 PM | Show all posts
kalau kau tanya aku, jawapan aku adalah cerai! aku takkan tanggung biawak hidup, lepas cerai aku akan make sure aku ada pengganti yang better & kawen lain.. buat apa kau nak bertahan, kamon laaa anak2 kau bukannya paham pun sedih kau cemana.. ni pandangan aku ja, kalau kau setuju pergi pejabat agama setel cecepat & mulakan hidup baru, kita kawen nak bahagia bukan nak makan hati ye dok?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-9-2018 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_blingblings replied at 6-9-2018 06:21 PM
Aku ni kalau suami tak kaya tak apa asalkan rajin kerja cari nafkah, tolong bini semua. Dah 8 tahun  ...

Ye aku pun fikir sama macam tu. Tak kaya takpe tapi asalkan dia usaha lebih la. Jangan la sebab aku kerja tetap dia amik kesempatan. Tu yg makin lama makin tak tahan.
And yes aku tak rasa dia senang2 nak lepaskan. Bukan tak pernah minta cerai sebelum ni. Aku bajet dia risau takde orang nak tolong tanggung dia aje. Hmm.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-9-2018 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
abangadek replied at 6-9-2018 06:29 PM
kalau kau tanya aku, jawapan aku adalah cerai! aku takkan tanggung biawak hidup, lepas cerai aku aka ...

Actually aku ada fikir gini jugak. Bab anak2 tu. Eventually they will understand kan.. Cuma biasalah nak buat keputusan ni macam2 benda keluar dr kepala otak nk nak fikir. Am i being a good mom? Will my kids understand? Tapi i need to be okay in order for everything else to be okay ye dak? And yes aku memang nak sangat happy balik. Walaupun macam2 jugak la aku kena tanggung sendiri kalau dah cerai.

Aku ni jenis orang tengok macam happy je tau. Jenis gelak besar2. Sebab aku jenis malas nak fikir kusut2 sangat. Tapi menda bila dok simpan2 jadi macam nanah lak.

Aritu aku tersentak le kejap akak aku cakap aku ni gelak besar2 tapi macam nampak ada masalah. Dia kata normally orang gini nak cover masalah dia aje. Haha. Speechless aku.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-9-2018 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau buat masa sekarang aku kalau boleh taknak le fikir untuk cari laki lain kalau dah bercerai. Takut ada benda lain lak aku kena risaukan karang.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerai sja lah tt... Annoyingnya dpt laki mcm nie.. Nyusahkan hidup org lain, dh jadi bapa budak pun nak kena tanggung.. If tt rasa berat hati nak berpisah atas faktor anak, don't worry lah tt, bnyak sja anak yg dtg dri broken family bla dah besar jadi org, InShaaAllah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 08:15 AM | Show all posts
berjela jela hang storymorey against ramai disini Yang bercerai atas satu phrase sahaja....irreconcilable differences.....

So?

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 08:17 AM | Show all posts
cmf_blingblings replied at 6-9-2018 06:21 PM
Aku ni kalau suami tak kaya tak apa asalkan rajin kerja cari nafkah, tolong bini semua. Dah 8 tahun  ...

Corrections..hang dapat suami Tak kaya takpa asal tunduk dibwah telunjuk hang.....

Sekian


Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 08:49 AM | Show all posts
TT,  aku baca luahan ko ni pun dpt rasa ko mmg dah tawar hati...dah banyak kali bagi peluang tapi laki ko masih ditakuk lama..masih pemalas dan mengharap ko yg support dia.. dia makin syok sbb ko masih bekerja..imagine klu tetiba jadi pada ko dan ko tak dpt keje..ko rasa laki ko nak berubah dan ambik alih tugas ketua keluarga tak? laki ko tu dah la ada rekod buruk menggatal time ko dlm pantang bagai.. aku rasa better ko failkan cerai jela.. dari ko terseksa jiwa raga..
suami klu pemalas mcm ni mana bini nak respect..bikin stress lagi adalah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 09:07 AM | Show all posts
Kalau laki tak berduit, u tanggung.

Kalau dia berduit, dia menggatal.

So time ada duit or not, dua2 situation ini tidak menyumbang ke arah rumah tangga yg sihat.

Pilihlah yg terbaik. Menjadi ayah yg penyayang bukan advantage dia utk menjadi suami yg tidak guna.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 09:48 AM | Show all posts
berat sgt ni ...

bila dia kerja pun ko tanggung , bila dia tak kerja pun ko tanggung dia .
bila masa nya dia tanggung ko .

kalau cerai laki tak de nak jaga anak2. ko rasa ko boleh tak tanggung cost nak hantar anak gi pengasuh.  ni kira laki lepas cerai tak kasi nafkah anak2 la.. dah masa kawin pun tak kasi kan lepas cerai jgn ko harap la duit dr dia kan .

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.089576s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list