JAWATAN KOSONG DIPERLUKAN SEGERA! Jana pendapatan dari rumah sebagai penulis freelance kami. Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
5391
View
141
Reply

"Perlu Ke Cuci Pad?"- Antara Hukum Dan Gaya Hidup

[Copy link]

Author: bawangkecik       Show all posts   Read mode

Author
Post time 16-8-2018 02:46 PM | Show all posts |Read mode



Foto : HuffPost India





Kelmarin, laman sosial Facebook dan Twitter dihujani hujah-hujah serta komen pedas mengenai kewajipan mencuci tuala wanita atau sanitary pad selepas digunakan.


Mengikut perkongsian saudari @n_azzurajafridi Twitter, pad yang telah digunakan tidak perlu dibasuh, sebaliknya hanya balut dan buang secara cermat. Apa pendapat anda?







Jika mengikut norma masyarakat, kita selalunya mencuci pad yang dipenuhi darah kerana merasakan bahawa darah haid itu adalah najis.












Saudari @n_azzurajafrijuga berkongsi penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus mengenai perkara ini. Namun, berlaku perdebatan kerana netizen berpendapat bahawa haid itu adalah najis dan sangat kotor serta berbau jika tidak dibersihkan dengan sempurna.



















Selain itu, Mufti Wilayah Persekutuan juga telah menjelaskan mengenai perkara ini. Menurut portal itu, tiada dalil menunjukkan bahawa tuala wanita yang terkandung darah haid perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum dibuang.


namun, nabi S.A.W. mengarahkan supaya pakaian yang terkena kotoran darah itu harus dibasuh seperti hadis yang diriwayatkan Asma Binti Abu Bakar yang bermaksud:




Aku bertanya kepada Nabi saw tentang darah haid yang terkena pada pakaian. Nabi saw bersabda: Basuhlah ia dan gosoklah ia dengan air serta siramlah ia (setelah digosok). Kemudian solatlah dengan pakaian tersebut.

Riwayat al-Tirmizi (138) & Abu Daud ( 362)


Bagaimanapun, portal itu ada menyebut tuala wanita yang sudah digunakan perlu dibasuh terlebih dahulu kerana dikhuatiri akan menjadi makanan jin kerana syaitan adalah antara kalangan yang  menyukai perkara-perkara kotor dan najis.


Adalah lebih baik jika tuala tersebut dibuang di tempat khusus dan diasingkan dari tempat buangan yang biasa digunakan seperti mana dilakukan di hospital.


Selain itu, jangan dibuang merata-merata seperti di mangkuk tandas dan tempat yang tidak sesuai. Ini kerana, ia boleh menimbulkan suasana tidak selesa.



Sedangkan kita makan pun pinggannya dibasuh selepas digunakan, inikan pula najis. Jadi, apa pendapat anda mengenai isu ini? Adakah anda bersetuju atau sebaliknya? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 03:34 PM | Show all posts
Cuci la pad, darah kotor tu. aku tak sampai hati nak buang pada masih berdarah2 tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 03:41 PM | Show all posts
Sedangkan kita makan pun pinggannya dibasuh selepas digunakan, inikan pula najis. Jadi, apa pendapat anda mengenai isu ini? Adakah anda bersetuju atau sebaliknya?


How is this a relevant comparison? Pinggan tu sah2 la kena basuh sebab nak pakai balik. Tak tau la pulak kalau disposable sanitary pad yang dah pakai tu nak dipakai balik. Nama pun disposable. Kalau nak compare sangat dengan pinggan, kena compare dengan washable cloth menstrual pad.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 03:50 PM | Show all posts
x basuh, buanglah elok2..ni, dahla tak basuh, tak bungkus/lipat..buat kat tong sampah terbuka gitu je..nak2 kalau sanitary bin tu dah penuh melimpah ruah..nak berak pun rasa tak lalu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 03:52 PM | Show all posts
bungkus je ngan kertas elok elok  pastu buang

koser sangat nak basuh bagai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 03:53 PM | Show all posts
sajat buat camner???

basuh ke tak???

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 03:55 PM | Show all posts
basuh jer la.
ni mesti betina pemalas.
benda keluar dari badan sendiri pun tak reti basuh.

ex aku dia basuh dulu, siap cuci dengan sabun,
sampai hilang warna dan bau,
n then gulung, masuk dalam plastik, lepas tu baru dia buang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 03:57 PM | Show all posts
capiloton replied at 16-8-2018 03:55 PM
basuh jer la.
ni mesti betina pemalas.
benda keluar dari badan sendiri pun tak reti basuh.

wowww teliti ex hang cte kat hang. ke buat dpn hang hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Motif camna nak lupuskan pad pun perlu rujuk mufti? Are you insane?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 04:05 PM | Show all posts
cuci je la
apa ke malas sgtttt...
walau pun bukan nak guna smula tp da terbiasa cuci dulu
baru bungkus elok2 n buang ke tong sampah
simple jerk pun..
bukan nya ambil masa berjam jam cuci bagai dgn sabun
asal darah tu da hilang sudahhh..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
OMG akak baru tahu ritual basuh pad yang akak diajar sedari kecik itu rupanya hada jarum2 halus ajaran umat Islam!
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 04:07 PM | Show all posts
So pampers bertaik kencing pun orang basuh dulu ke sebelum buang?

Bandage berdarah tu pun basuh dulu ye sebelum buang?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 04:08 PM | Show all posts
chazey replied at 16-8-2018 08:02 AM
Motif camna nak lupuskan pad pun perlu rujuk mufti? Are you insane?

Exactly
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
I prefer basuh sbb x sampai hati nk buang mcm tu. I akan koyakkan permukaan atas n flush isi kt dlm. Xkan nk buang mcm tu jer walaupun berbalut. Sanggup ke bungkus tahi n buang dlm tong? Mengundang bau n byk mnde ke situ. Dah nm darah kotor. Mmg la berbau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mende common sense guna akal pun nak tanya ustat, mufti etc..xde otak ke nak fikir sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 04:27 PM | Show all posts
Islam mengajar ummat tentang kebersihan shngakan pada yg najis pun harus (sekalipun tak wajib) dibersihkan dulu sebelum dibuang.  Betul kita membungkusnya, tetapi kekadang tu setakat menggumpalnya dlm kertas surat khabar umpamanya.  Bila dibuang ke dustbin luar, selongkar dek anjing,  akan terbarai dn itu amat menjijikkan.  Mane tau akan dihurungi lalat pula dn jadi santapan para jin.  Setakat  basuh pada bukanlah berat sangat pun, tapi terpulanglah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 04:35 PM | Show all posts
ewwww...basuh la please
i basuh pakai sabun lagi sampai hilang darah tu semua then balut ngan paper lama then masuk lagi lagi plastik kecik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 04:40 PM | Show all posts
topik ni lagi

karang bergaduh geng tak basuh & yg basuh...benda yg tak berdosa pun kalau tak buat pun blh perang dunia
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Hal peribadi
Tak perlu bincangkan pun
Pilihan masing2
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Mane2 pun boleh asalkan jangan flush dalam jamban/buh atas bin tanpa berbalut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.116125s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list