Edited by jeligoreng at 11-7-2018 10:04 AM
BANGKOK – Pasukan penyelamat akan menggerudi laluan sempit ke dalam sebuah gua dalam usaha mengesan 12 pelajar sekolah dan jurulatih mereka yang dipercayai masih terperangkap. Usaha mencari dan mengesan mangsa-mangsa pada hari keempat terhalang akibat hujan lebat. Pelajar-pelajar sekolah yang berusia antara 11 dan 16 tahun, dan penolong jurulatih berusia 25 tahun itu hilang sejak Sabtu lalu selepas menjalani latihan bola sepak. Mereka dikatakan menuju ke gua Tham Luang untuk tujuan penerokaan. Pasukan sukarelawan dan pasukan tentera Thailand dikerahkan ke gua yang terletak 10 kilometer di bawah gunung di wilayah utara Chiang Rai. “Esok kita akan menggerudi laluan ke gunung. Usaha itu bagi membolehkan pasukan penyelamat memasuki gua berkenaan. “Kami akan berusaha mengesan anak-anak itu,” kata Menteri Dalam Negeri, Anupong Paochinda kepada wartawan di Bangkok. Sementara itu, keluarga-keluarga pelajar itu berkumpur berhampiran gua berkenaan. “Air merupakan cabaran terbesar. Terdapat banyak serpihan dan pasir yang tersangkut ketika kami mengepam keluar, “kata pegawai tentera, Sarjan Kresada Wanaphum. Difahamkan, selain daripada jejak kaki dan tanda yang ditinggalkan oleh tangan mereka yang berlumpur dekat pintu masuk gua, tiada apa yang dilihat atau didengarnya sejak Sabtu petang lalu. Berdasarkan mesej-mesej pelajar tersebut, mereka ada membawa lampu suluh dan makanan. – MalaysiaGazette
* Mereka hilang tak silap I 23 June lepas. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- I tak tau lah kalau dah ada berita ni, i cari tadi tak jumpa. I rasa mangsa semuanya orang Thailand dan I harap semuanya baik-baik saja.
--------------------------------------------------------------- UPDATE: Dah selamat dijumpai 2 hari lepas (2 Julai). Sorry lambat update. Meols tak ada internet baru-baru ni. Syukur semuanya selamat. Cuma ada kemungkinan kena stay dalam tu lama sikit since maybe nak tunggu air banjir surut dan sebab nak menyelam pun ambil masa, pasukan penyelamat ambil 6 jam untuk sampai. Harap semuanya dipermudahkan.
--------------------------------------------------------------- NEWEST UPDATE (6 JULAI):
Tributes to Saman Kunan, the former Thai navy Seal who died while placing air tanks along the route down to where the boys are trapped, are being paid as candles burn at a shrine outside of the cave.
Credit: The Guardian & OkeZone News
https://www.theguardian.com/world/live/2018/jul/06/thailand-cave-rescue-looming-rain-clouds-could-force-quick-rescue-decision-live
https://news.okezone.com/read/2018/07/06/18/1918760/seorang-penyelam-tewas-dalam-upaya-penyelamatan-belasan-remaja-dari-gua-thailand -------------------------------------------- NEWEST UPDATE (11 JULAI):
Semua pelajar dan coach dah dibawa keluar dan dalam medical care. Mereka tak dapat ke World Cup atas jemputan FIFA tu since perlukan medical care. Harap semua operation team, doctors, rescuers selamat keluar. I cari news tentang mereka, tak jumpa. Harap semuanya baik dan berjalan lancar.
Movie tentang ni dah pun dalam early development stage. Interesting. https://variety.com/2018/film/asia/thai-cave-rescue-movie-1202869737/
|