CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 2766|Reply: 11

Tipu Uwang : Pereka Rekaan Terkenal Anniesa Hasibuan dipenjara

[Copy link]
Post time 31-5-2018 03:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by melinda_kerr at 31-5-2018 03:11 PM

Anniesa Hasibuan menempa nama di peringkat antarabangsa apabila muncul dengan rekaan muslimah di New York Fashion Week 2016. (Gambar AFP)

JAKARTA: Seorang pereka fesyen Indonesia yang terkenal di seluruh dunia dengan koleksi pakaian bertemakan Islam dijatuhi hukuman penjara 18 tahun semalam kerana terlibat dalam penipuan dan pengubahan wang haram bernilai jutaan dolar.
Mahkamah di Jakarta menjatuhkan hukuman ke atas Anniesa Hasibuan, 31, dan suaminya kerana menipu jemaah yang menempah pakej umrah ke Mekah menerusi agensi pelancongan mereka.
Pasangan itu dituduh menipu beribu-ribu pelanggan bernilai sekurang-kurangnya 848 bilion rupiah (RM242 juta) yang merosakkan reputasinya sebagai salah seorang rakyat di negara majoriti Islam terbesar di dunia itu.
Pada 2016, koleksi Anniesa diperagakan di New York Fashion Week di mana semua modelnya memakai tudung dan rekaannya diilhamkan untuk orang Islam, yang pertama bagi acara berprestij itu.
Anniesa dan suaminya, Andika Surachman menubuhkan First Travel di Jakarta pada 2009 untuk mengendalikan pakej umrah ke Arab Saudi. Tetapi syarikat itu tidak menghantar mana-mana jemaah ke Mekah sejak awal tahun lepas meskipun menerima bayaran daripada pelanggan, mahkamah diberitahu.
Mahkamah mendenda Anniesa sebanyak 10 bilion rupiah dan menjatuhi hukuman 20 tahun penjara ke atas suaminya. Andika juga dikenakan denda yang sama.



Pendakwa raya menuntut hukuman penjara 20 tahun bagi kedua-duanya.
“(Defendan) terbukti secara sah dan penuh keyakinan bersalah melakukan perbuatan jenayah secara bersama,” kata hakim Sobandi.
Karya Anniesa juga diperagakan di London, Istanbul dan Cannes, tetapi New York Fashion Week menyerlahnya sebagai bintang yang semakin bersinar dalam dunia fesyen.
Dia juga terkenal dengan gaya hidup mewah, selalu membuat kiriman gambarnya dan suami bercuti ke luar negara dan memakai pakaian yang mahal.






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 10:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kelas kau bibir ada swarovski. Kalah acik2 swarovski yg len. Hahah
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
myakayina replied at 1-6-2018 10:32 AM

Mak aih bezanya... Kalo kaka touch up skit mau wow..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Pic bibir bling2 tu..ingatkan gmbar kak ani
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Gmbr makeup cantik tp without makeup tu dh mcm amah Indon kt umah terlajak laris jah.Apepon byknya ko laki bini menipu duit org tu syaitonnnn smpai bjuta2 duit org nk g mekah lak tu kesian mesti byk mangsa pakcik makcik tua2
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
beautifulliar replied at 1-6-2018 12:32 PM
Gmbr makeup cantik tp without makeup tu dh mcm amah Indon kt umah terlajak laris jah.Apepon byknya k ...

Kah kah kah
Molek komen sis
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni baru betul. Menunggang babi sampai ke penjara.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
myakayina replied at 1-6-2018 10:32 AM

Pakai baju penjara trus nampak cm acik cleaner..klu da gen indon ni mmg xleh hide da...wakakaka
Padan muka tipu bakal2 jemaah..mereput la ko di penjara sana..dasar bajingan
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Penunggang agama pun dh main billion dh skg ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow babyaknya
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
sekorup2 indonesia tu kes penipuan masok jua penjenayahnya dlm penjara walaupun ada penjenayah vip ke vvip..msia ni mash juga aku tgk viral d fb kes penipuan jemaah umrah berleluasa tanpa apa2 tindakan wlpn repot polis dah boleh buat buku teks tgkatan 5..tkar nama company baru then buat pedajal guna modus operandi yg sama.post hidup mewah d medsos berjemaah la ummah memuji memuja si penipu ni.x paham mcm mana tatacara sop nak tangkap penipu mcm ni d msia.buat report polis pun umpama kertas nasi lemak saja d pandang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-7-2022 02:07 PM GMT+8 , Processed in 1.427336 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list