CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2442|Reply: 8

Dah Tak Ada Benda Lain Nak Dijadikan Burger, Tarantula Juga Dipilihnya!

[Copy link]
Post time 16-4-2018 04:21 PM | Show all posts |Read mode



Restoran burger di Durham, Carolina Utara, menawarkan menu tambahan istimewa untuk pemilihan topping bulan ini, iaitu seekor tarantula! Pendekatan unik dan ‘menakutkan’ ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pelanggan berkunjung ke premis tersebut.


Mengikut keterangan di laman web restoran tersebut, Tarantula Burger yang dihidangkan secara eksklusif di Bull City Burger and Brewery pada April, merupakan burger yang dihidangkan menggunakan daging lembu dari lembu tempatan, disirami sos cili pedas, keju gruyere dan tarantula panggang.





Foto: Twitter Bull City






Menurut jurucakap restoran, pelanggan yang telah mencuba menu pelik itu memaklumkan rasa tarantula itu seperti ketam dan logam. Menariknya, rasa setiap anggota badan serangga tersebut adalah berlainan.


Untuk menikmati menu ini, pelanggan perlu membayar sebanyak ASD30 (RM116) untuk menyertai satu undian. Mereka yang berjaya,  berpeluang menikmati burger tersebut serta mendapat sehelai baju T.





Foto: Twitter Bull City




Seorang pemenang akan dipilih setiap hari dan nombor tiket mereka dikongsi di media sosial. Mereka kemudian mempunyai masa selama 48 jam untuk menghubungi restoran tersebut dan menetapkan masa untuk menuntut hadiah burger tarantula itu.


Setakat ini, seramai empat orang pengunjung sudah mencuba menu tersebut dan restoran berkenaan memiliki sebanyak 18 ekor tarantula untuk dihidangkan kepada pelanggan.


Selain burger tarantula, restoran tersebut turut menawarkan menu burger yang dihidangkan bersama daging buaya air masin, iguana, ular sawa, seladang dan kura-kura.


Sungguh eksotik! Sehingga kini, apa makanan paling eksotik pernah anda makan? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2018 04:35 PM | Show all posts
xlalu den nk tolan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2018 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling eksotik yang pernah saya makan - ulat sayur... {:good
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2018 06:36 PM | Show all posts
Pengemar makanan exotic je suka makan makanan pelik2 cam ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2018 08:22 AM | Show all posts
hmmm
sedap ke?
tak rasa ke bisa dia bila tergigit tu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape aku rasa mcm sedap????
Crunchy ke kulit tarantula tu
Ala2 letak nachos. ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2018 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
damian_lee replied at 19-4-2018 01:13 PM
Nape aku rasa mcm sedap????
Crunchy ke kulit tarantula tu
Ala2 letak nachos. ...

Euw! Sah2 la tak sedap! Ai terbayang rasa macam kayu pastu ada rasa pedas2 menggigit sebab tarantula kan berbisa. Euw!
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 04:36 PM | Show all posts
siapa yg istiharkan tarantula tu x racun tika makan yek? yer la..kot pas makan.. tergolek kejung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2018 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Mahal burgernye. Bukan ke tarantula ni yg org thai & vietnam mkn?diorg goreng
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.354538 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list