|
View: 1627|Reply: 6
|
Acu Pisau, Jolok Pemutar Skru Dalam Mulut Isteri
[Copy link]
|
|
|
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini atas dua pertuduhan mengugut bunuh isterinya dan menjolok pemutar skru ke dalam mulut wanita itu, minggu lalu, lapor BH Online.
M David Desan, 26, yang juga pengawal keselamatan bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mabel S. Muttiah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengugut untuk membunuh V Eswari, 30, dengan mengacukan sebilah pisau kepadanya.
Untuk pertuduhan itu, M David didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Manakala, bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menjolok mulut isterinya dengan pemutar skru dan didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama, membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Tertuduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah unit rumah pangsa di Jalan BP 1/2, Bandar Bukit Puchong, pada 11.30 malam, pada 7 April lalu.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 7 Mei untuk sebutan semula kes. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Alahai...
Jilake btol la..
Rodok kat punggung kang |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Gila betul..Mabuk todi ke apa.. jahanam!! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ganas betul mabuk minum brandy keh.kesian bini tu ayoo appa amma |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kaki botol ler ni geng kuat mabuk macam tu ler perangainya |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
napalah nak dijolok jolok mulutnya
kalau dah xsuka bini tu ceraikan je la
dan pulangkan dia pada mak bapaknya |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa kejadahnya buat mcm tu. Aduiii. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|