CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1219|Reply: 1

Ada Lakukan Perkara Ini? Jangan Harap Anda Dapat Gigi Putih Sihat!

[Copy link]
Post time 10-4-2018 12:23 PM | Show all posts |Read mode
Kebanyakan orang menginginkan gigi yang sentiasa putih dan bersih. Gigi juga melambangkan kebersihan diri seseorang. Bukan itu sahaja, gigi yang putih dan bersih juga akan membuatkan anda sentiasa yakin untuk bergaul dengan orang lain.


Tetapi, kenapa gigi sentiasa berwarna kuning walhal anda sering mengosoknya mengikut waktu.


1) Rokok dan kopi


Foto: Dentaly.org






Umum tahu merokok membuat gigi anda berubah menjadi kuning kerana kandungan tembakau membuatkan warna gigi semakin gelap. Selain itu, kopi juga meninggalkan kesan kepada gigi jika anda kerap meminumnya, lalu menjadikan warnanya kedam dan kekuningan.


2) Pencuci mulut


Foto: Netralnews.com





Memetik Vemale, penggunaan pencuci mulut yang kerap akan menyebabkan enamel gigi rosak, lantas mengubah warna gigi menjadi kekuningan. Jadi, berpada-padalah dalam menggunakannya ya!




3) Menggosok gigi dengan kuat

Foto: Gfycat






Menggosok gigi dengan terlalu kuat juga akan memberikan kesan negatif kepada gigi disebabkan lapisan enamel gigi menjadi nipis. Jadi, belajarlah cara lebih berkesan untuk menggosok gigi!


4) Makanan masam


Foto: Hijabista.com.my





Makanan seperti tomato, nanas, cuka, minuman bersoda dan seumpamanya akan merosakkan enamel gigi. Jika anda mengambil makanan atau minuman yang masam, anda perlu segera meminum air putih!


Gigi yang putih bersih dapat membuatkan seseorang lebih berkenyakinan dalam menjalani kehidupan seharian. Jadi, gigi juga adalah salah satu aset penting yang harus dijaga.  - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2018 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tau makanan masam rosakkan enamel gigi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-12-2022 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.094563 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list