|
Stres dengan manusia tidak akan dapat dipisahkan. Tidak kiralah sama ada orang kaya, sederhana ataupun miskin. Pasti ada sahaja sebab-sebab yang akan menyebabkan tekanan. Tapi, anda juga perlu tahu apa sahaja yang akan terjadi apabila anda mengalami tekanan perasaan.
1) Gangguan memori
Foto: Zalaand.af
Tahukan anda, apabila anda stres memori juga akan terganggu, sekali gus menyekat 'pembelajaran otak'. Bukan itu sahaja, dengan terganggunya memori anda, maka perkembangan sel-sel baru turut terbantut kerana emosi anda yang tidak menentu.
2) Strok
Foto: Voucherergasia.gr
Stres kronik membuat anda mudah diserang strok. Tidak percaya? Sebuah kajian mengenai strok mendapati kebanyakan mereka yang sering stres dan kemurungan berisiko tinggi mengalami serangan strok atau serangan iskemia sementara (TIA). Stres kronik selalunya disebabkan masalah kesihatan, kewangan dan kemelut perhubungan.
3) Kemurungan
Foto: Plus.Google.com
Sel-sel yang akan berkembang akan terbantut jika anda mengalami stres dan boleh memicu kemurungan akibat pengurangan penghasilan neurons dalam hipokampus otak.
4) Otak mengecut
Foto: Dekennisvannu.nl
Eh, otak boleh mengecut? Ya, perasaan marah akibat dari masalah kehilangan rumah, berpisah dan juga kehilangan orang tersayang juga menjadi faktor penyumbang kepada perubahan saiz otak anda.
Jadi, macam mana ya? Cubalah bertenang dan jangan terlalu mengikut perasaan. Cuba dekati orang-orang yang positif supaya diri menjadi lebih tenang. - CARI |
|