CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3068|Reply: 9

Conteng Dress Cikgu? Budak 8 Tahun Di AS Ini Dibenarkan Berimaginasi

[Copy link]
Post time 3-4-2018 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Alam persekolahan memang menyeronokkan. Sesekali mengimbas kenangan bersama rakan-rakan dan cikgu pastinya membuatkan anda tersenyum sendirian.

Namun, apakah perkara yang anda mahu lakukan bersama cikgu tapi tidak kesampaian?

Mungkin berkhemah, meminta hadiah dari guru atau tiada langsung.

Kreatif dan cantik pula tu



Tetapi apa yang dilakukan oleh guru ini sangat menakjubkan. Haley Cufman, guru wanita di Blackwell, Oklahoma Amerika Syarikat, membawa gaun putihnya ke sekolah lalu meminta anak muridnya yang berusia 8 tahun melukis  di baju tersebut.

Pelajar tahun 2 yang kreatif




Haley hanya membuat satu syarat iaitu lukis apa sahaja tetapi tidak boleh mengangkat pen. Hasilnya sangat menakjubkan dengan dres tersebut sangat 'fancy' dan berwarna-warni. Ia juga mendapat perhatian dan tular ke seluruh dunia.


Malahan dia juga tidak menyangka yang ia begitu diperkatakan hingga ramai gurut turut meniru projek tersebut.





Rupa-rupanya ini adalah tahun kedua Haley melakukan perkara sama. Walaupun tahun lepas, ia tidak tular namun ia berjaya meraih tempat pertama di peringkat daerah. Teringat pula gaun pengantin Angelina Jolie yang diconteng oleh anak-anaknya.

Dres tahun lepas yang mendapat anugerah diperingkat daerah





Memandangkan tiada kelas seni di sekolah Haley tetap mahu mencungkil bakat kanak-kanak tersebut.


“Sekurang-kurangnya seminggu sekali saya akan lakukan pelbagai aktiviti kreatif supaya mereka sentiasa berimaginasi.”




Untungnya ada guru yang mengambil berat mengenai pelajar-pelajarnya kan? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2018 01:04 PM | Show all posts
baiknye cikgu tu.................
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 01:49 PM | Show all posts
Wah canrik ler pulak hasilnya kreatif juga anak2 muridnya tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 02:22 PM | Show all posts
wah....brilliant...

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2018 02:40 PM | Show all posts
boleh la nak wat kat uma nanti..beli kain putih soh anak2 buah laki aku conteng sampai pitam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2018 10:12 PM | Show all posts
chicozinn replied at 3-4-2018 02:40 PM
boleh la nak wat kat uma nanti..beli kain putih soh anak2 buah laki aku conteng sampai pitam

pastu buat kain batik

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2018 08:34 AM | Show all posts
cikgunya pon lawa...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2018 08:49 AM | Show all posts
cantik macam printed je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2018 09:49 AM | Show all posts
wow..cantiknya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2018 10:04 AM | Show all posts
dia pakai magic ink ka tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4039 Replies : 51
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24480 Replies : 72
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54828 Replies : 1064
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18292 Replies : 19
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.706193 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list