CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4346|Reply: 58

Milo Bantu 5 Juta Rakyat Malaysia Jalani Lifestyle Aktif

  [Copy link]
Post time 30-3-2018 03:21 PM | Show all posts |Read mode
MILO®, penyokong pembangunan sukan dari peringkat akar umbi hari ini melancarkan inisiatif MILO® Aktif Negaraku. MILO® yang telah memacu pembangunan di sukan peringkat akar umbi di Malaysia selama lebih 60 tahun bertekad untuk membantu seramai lima juta rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup aktif menerusi pelbagai jenis program sukan yang disediakan di bawah inisiatif MILO® Aktif Negaraku.

“Lebih daripada 60 tahun, MILO® telah membekalkan tenaga dan nutrisi kepada rakyat Malaysia dan tidak mengenal lelah untuk membangunkan sukan tanah air serta menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup lebih aktif. MILO® Aktif Negaraku adalah sebahagian daripada rancangan berterusan kami untuk memperluas misi menggalakkan = lima juta rakyat Malaysia menjadi aktif. Inisiatif ini mencerminkan janji kami untuk memberikan Good Food, Good Life kepada semua rakyat Malaysia,” demikian kata Alois Hofbauer, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad.


“Misi untuk menggalakkan lima juta rakyat Malaysia menjadi aktif adalah selari dengan komitmen global Nestlé untuk membantu lebih 50 juta kanak-kanak di seluruh dunia mengamalkan gaya hidup lebih sihat,” tambah beliau.






Bagi menggalakkan lima juta rakyat Malaysia menjadi aktif, siri-siri aktiviti sukan akan dijalankan di seluruh negara sepanjang tahun melalui inisiatif MILO® Aktif Negaraku. Inisiatif ini akan menghimpunkan pelbagai platform sukan yang disokong MILO®, termasuk MILO® Champions Clinic, MILO® ActivJam Senamrobik, MILO® Hidup Bola, Hari Sarapan Malaysia MILO® serta pengenalan teknologi canggih MILO® Bola Juara. Menerusi pelbagai aktiviti ini, MILO® Aktif Negaraku mampu mewujudkan pelbagai peluang untuk memulakan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia.


“Sejak 60 tahun lalu, MILO® telah menerajui pembangunan sukan di peringkat akar umbi bagi semua rakyat Malaysia. Setiap tahun, MILO® telah menganjurkan pelbagai aktiviti hebat yang dinanti-nantikan semua rakyat Malaysia. MILO® Aktif Negaraku melambangkan komitmen kami untuk membina masa depan yang lebih aktif bagi rakyat Malaysia.

Dalam merealisasikan komitmen ini, kami telah membawa bersama pelbagai platform dengan unsur-unsur baharu yang mengujakan, seperti kerjasama dengan FC Barcelona untuk MILO® Champions Clinic: Edisi Barca, serta beberapa inisiatif terbaharu, seperti MILO® Bola Juara, teknologi canggih yang diperkenalkan buat julung kali di peringkat dunia,” ujar Philomena Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad.






MILO® Bola Juara, “Smart Ball” unik yang dihasilkan oleh MILO® akan diperkenalkan buat julung kali di pentas dunia sempena pelancaran MILO® Aktif Negaraku. Apabila dihubungkan dengan aplikasi telefon bimbit, MILO® Bola Juara mampu menjejak pelbagai pergerakan yang dibuat, sekaligus membolehkan para pengguna menjejaki aktiviti dan perkembangan amalan sukan mereka. MILO® Bola Juara bakal ditampilkan di pelbagai acara MILO® Aktif Negaraku di seluruh tanah air dalam beberapa bulan ini bagi menggalakkan kanak-kanak dan ibu bapa di setiap negeri menjalani gaya hidup lebih aktif dengan bantuan teknologi canggih ini.


MILO® Champions Clinic: Edisi Barca yang bakal berlangsung dari 31 Mac hingga 13 Mei akan menyaksikan kanak-kanak dari seluruh Malaysia menjalani latihan dengan jurulatih terkemuka tanah air, Azman Adnan dan Coach Yong. Lebih menarik lagi, 19 kanak-kanak yang telah menyertai Klinik Juara MILO®: Edisi Barca akan berpeluang berkunjung ke Camp Nou, stadium kebanggaan FC Barcelona!






Beberapa MILO® Champions Clinic untuk enam sukan lain turut akan dilancarkan pada tahun ini, di samping pelbagai akitiviti lain dalam inisiatif MILO® Aktif Negaraku, termasuk MILO® Hidup Bola yang bakal kembali mengujakan semua. Untuk maklumat lanjut mengenai sukan-sukan yang terlibat dalam MILO® Aktif Negaraku, serta perkembangan usaha MILO® dalam menggalakkan gaya hidup aktif di Malaysia, sila layari www.milo.com.my atau www.facebook.com/MiloMalaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2018 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Pagi di sekolah..mencabar sentiasa
Ibu jangan bimbang..bekalkan tenaga
Bekalkan..tenaga
Bekalkan...tenaga
Bekalkan tenaga bekalkan tenaga
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
iolls selepas minum milo, perlu ke tandas.. hmmm bekalkan tenaga ke tandas ka?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 05:08 PM | Show all posts
akak dh amal gaya hidup sihat, sekarang kurangkan manis. kalau anak nak air manis weekend je boleh, kalau weekday akak jeling dengan pandangan malaikat maut.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Milo breakfast run bila nak buat comeback this year yach? X saba nak berlari lari anak lepas tu mentekedarah milo lori pree bergelas2
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Milo ni bgus sgt.....
Dari dulu suka buat kebajikan....
Dtg sek bg bebudak minum milo free.....

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 08:26 PM | Show all posts
siapa2 yg pernah cuba try test melantak kiub milo yg rare~ tuh, mohon review pls. made in aprika katanya. lezat sgt ke?





Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox: siapa2 yg pernah cuba try test melantak kiub milo yg rare~ tuh, mohon review pls. made in aprika katanya. lezat sgt ke? <a href="http://images.says.com/u" target="_blank">http://images.says.com/u</a> ...


Terliur pulak iols tengok gambar kiub milo ni {:yameteh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2018 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox: siapa2 yg pernah cuba try test melantak kiub milo yg rare~ tuh, mohon review pls. made in aprika katanya. lezat sgt ke? <a href="http://images.says.com/u" target="_blank">http://images.says.com/u</a> ...


Tak sedap
Lg sedap klu uols biar milo serbuk tu lemau, pastu ketul2 tu uols kemam.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2018 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw: Terliur pulak iols tengok gambar kiub milo ni {:yameteh

Pernah beli. Iols makan masa iols dalam pantang pulak tu. Bagi iols sedap!! Tak rugi beli.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2018 12:55 AM | Show all posts
dani-rox replied at 30-3-2018 08:26 PM
siapa2 yg pernah cuba try test melantak kiub milo yg rare~ tuh, mohon review pls. made in aprika kat ...

bleh buat sendiri ni..seterika je paket milo stick tu..opps jgn lupa balut dulu ngan kain
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2018 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Milo malon, jadi kegilaan acik2 indon yg melancong ke malon @resiel @Kepitingbakau
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2018 01:12 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 30-3-2018 09:26 PM
Tak sedap
Lg sedap klu uols biar milo serbuk tu lemau, pastu ketul2 tu uols kemam.

really?
kan. bila lama tak layan milo, maka terbentuklah ketulan2 milo dlm tin yg enak dimakan begitu sajork





Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2018 01:13 AM | Show all posts
saladin780 replied at 31-3-2018 12:55 AM
bleh buat sendiri ni..seterika je paket milo stick tu..opps jgn lupa balut dulu ngan kain

hahaha resipi turun temurun
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2018 01:14 AM | Show all posts
siputsedut replied at 30-3-2018 05:12 PM
Milo breakfast run bila nak buat comeback this year yach? X saba nak berlari lari anak lepas tu ment ...

khuens sis...last year meols masuk hokeh, lepas abes lari tu gigih pegi sesatu booth untuk kutip free gift...sempatla kutif beberapa buah buku nota milo ngan balang tempat isi keropok gittew meols menyesal sangat amik breakfast mee goreng sebab kurang sedap, baik amik muffin nampak urban sikit
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2018 01:16 AM | Show all posts
Catpaw replied at 30-3-2018 08:47 PM
Terliur pulak iols tengok gambar kiub milo ni {:yameteh

kalo ikut review pearl.silver, tak sedap. kita ratah jah milo tu, sis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2018 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 31-3-2018 01:05 AM
Milo malon, jadi kegilaan acik2 indon yg melancong ke malon  @resiel @Kepitingbakau

Itu kan yg level pati kan lon apa milo punye keistemewaan? Gula je yg lebih coclat pon tak pekat..tak enak
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2018 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 31-3-2018 01:12 AM
really?
kan. bila lama tak layan milo, maka terbentuklah ketulan2 milo dlm tin yg enak dimakan b ...

Haha..ye..
Milo kiub ni mcm tak puas makan camne taktau..
I bli sepeket xabes pun kt umh..org lagi suka ratah milo biasa tu..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2018 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 31-3-2018 01:14 AM
khuens sis...last year meols masuk hokeh, lepas abes lari tu gigih pegi sesatu booth untuk kutip f ...

Waaa bestnya last year..last year sis x pergi...tgh sarat membuyung...thn sblm tu dpt byk makanan je seingat sis...thn ni sis ingat nak masuk fun run 3km je kot sbb sis nak bawak anak2 berlari..boleh la kutip free gift byk sikit ..lepas lari jgn lupa hadap milo free sampai santak ye...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2018 09:55 AM | Show all posts
milo...cant live without 'em
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-12-2022 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.138467 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list