CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1671|Reply: 14

Disamun, Kereta Grab Dijual RM1,000

[Copy link]
Post time 29-3-2018 10:21 AM | Show all posts |Read mode
Anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak menemui kereta milik pemandu Grab yang dilarikan penyamun pada 23 Mac lalu dalam serbuan di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Jalan Stephen Yong, Kuching, 2.30 petang semalam.


BH Online melaporkan, kereta Perodua Myvi itu dijual penyamun terbabit pada harga RM1,000.


Sebelum kejadian pada 23 Mac lalu, pemandu Grab wanita berusia 45 tahun menerima pesanan penumpang menerusi aplikasi mudah alih e-hailing pada jam 9.30 malam, kata Ketua JSJ Sarawak Datuk Dev Kumar.








Penumpang lelaki itu meminta wanita berkenaan mengambilnya dari sebuah rumah di Lorong 14, Jalan Stapok untuk dihantar ke pusat sukan di Jalan Stakan.


Sebaik tiba di destinasi, suspek tiba-tiba meminta dihantar ke satu lokasi lain di Muara Tuang, kononnya untuk mengambil motosikalnya.


Bagaimanapun, suspek  tiba-tiba mengeluarkan parang dan meletakkannya di leher mangsa sebelum mengarahkan mangsa keluar dari kereta apabila mereka melalui hadapan sebuah kilang di Jalan Muara Tuang pada jam 10 malam.

"Suspek kemudian melarikan diri dengan kereta Perodua Myvi mangsa. Turut dilarikan, telefon bimbit dan dokumen peribadi mangsa.

"Mangsa kemudiannya menahan sebuah kenderaan dan meminta dihantar ke Balai Polis Sekama untuk membuat laporan," katanya.


Berikutan kejadian, pasukan khas D9 JSJ Sarawak dikerahkan mengesan suspek serta kenderaan berkenaan kira-kira jam 4 petang semalam dan membuat serbuan di sebuah hotel bajet di Tabuan Jaya.

"Suspek yang menyedari kehadiran polis melarikan diri melalui tingkap dan bersembunyi di sebuah kedai berdekatan hotel bajet berkenaan, namun berjaya ditahan.

"olis menggeledah bilik sewa suspek dan menemui sebilah parang. Ketika disoal, suspek mengaku melakukan samun itu serta mengaku sudah menjual kereta mangsa di sebuah bengkel di Jalan Stephen Yong pada harga hanya RM1,000," katanya.


Namun, apabila tiba di bengkel terbabit, polis mendapati nombor chasis kereta mangsa sudah dirosakkan.

"Seorang lelaki berusia 39 tahun iaitu pemilik bengkel berkenaan ditahan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

"Suspek utama sudah direman tujuh hari, manakala pemilik bengkel akan dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah tahanan reman, esok," katanya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2018 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Gila lah.
Mat pit ke apa ni
Jual.myvi harga rm1000 je?
Honda civic 30tahun pon rm1800
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 10:29 AM | Show all posts
bagus polis. pantas buat kerja
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kes mcm ni owner kereta boleh claim insurance ke mcm mana utk kereta tu?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 10:52 AM | Show all posts
shernazz replied at 29-3-2018 10:28 AM
Gila lah.
Mat pit ke apa ni
Jual.myvi harga rm1000 je?

itu pun ko heran?
kira jual besi buruk je la dah nama pun kete curi
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 10:53 AM | Show all posts
Jahat laaaaa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 10:56 AM | Show all posts
moonbug replied at 29-3-2018 10:45 AM
Kalau kes mcm ni owner kereta boleh claim insurance ke mcm mana utk kereta tu?

ni kira special kes, pihak insuran dgn pemilik kena minta advice polis samada kereta tu masih boleh on the road atau tak, kalau polis kata tak boleh, then insuran kena bayar kepada pemilik...@ kereta hilang/total lost
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 11:01 AM | Show all posts
kesian
sib baik tk kene pape.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2018 11:36 AM | Show all posts
klu dh xde casis no bleh claim insurance x
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 12:59 PM | Show all posts
grizz replied at 29-3-2018 11:36 AM
klu dh xde casis no bleh claim insurance x

kena ada report polis, polis akan buat investigation utk declare betul ke kereta tu kereta yg sama dlm geran....
lepas dpt report tu baru boleh proceed ke insuran
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2018 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian....

Dah lah umur 45tahun kena jd driver bwak grab car....nasib tak di apa apa kan....

Yg jahat ni mesti cari pompuan nk merompak....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Huhu 1000 jer keee
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
jahat badigol
mana sah jual beli bukan harta sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 10:44 PM | Show all posts
tokei bengkel yg beli kereta tu lagi badigol bodoh all rounders



Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
sian sangat kat akak tu. sampai ke malam dia kerja utk dapatkan rezeki halal. datang jantan hanat naharom jadah malas kerja gi samun dia sekali dengan kereta dilarikan. now akak tu dah takde kereta and tentunya masih trauma dgn kejadian, tentunya terganggu usaha dia mencari rezeki halal. moga Allah kurniakan rezeki dari arah yg tidak disangka sangka buat akak tu. aamiin ya rabb
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-12-2022 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.206544 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list