Minat menulis? Ingin menjana pendapatan? Jom sertai kami sebagai penulis freelance. Daftar sekarang > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
360
View
4
Reply

[Tempatan] 14,108 individu dibebaskan dari bankrap

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-3-2018 11:04 PM | Show all posts |Read mode

Lebih 14,000 individu diisytihar bankrap dilepaskan
14 Mac 2018 2:22 PM


KUALA LUMPUR - Seramai 14,108 individu yang diisytiharkan bankrap berjaya dilepaskan daripada status tersebut sepanjang tempoh 2013 hingga tahun lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim berkata, jumlah itu merupakan 14.2 peratus daripada 100,610 individu yang diisytiharkan bankrap bagi tempoh yang sama.

"Daripada jumlah tersebut, 69.1 peratus adalah lelaki dan 30.9 peratus adalah wanita," katanya ketika menjawab soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) berkenaan perkara itu.

Razali berkata, kerajaan menyasarkan lebih ramai individu bankrap dapat dilepaskan kerana bilangan mereka (bankrap) yang tinggi boleh menjejaskan produktiviti negara.

Justeru, katanya, dengan adanya Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan kelulusan pindaan Akta Kebankrapan 2016 tahun lepas, misi tersebut diharap dapat dicapai.

Di bawah pindaan Akta Kebankrapan 2016, jumlah maksimum bankrap dinaikkan kepada RM50,000 daripada RM30,000 sebelum ini.

Akta yang diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat pada 29 Mac tahun lepas itu juga memberi perlindungan kebankrapan terhadap penjamin sosial. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Autopilot income bebas ke agak agak?
@friedfishsoup
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 15-3-2018 06:38 AM
Autopilot income bebas ke agak agak?
@friedfishsoup

Belum lagi. Kalau dia gi overseas melancong ambil gambar sambil sengih2 tanpa deactivate IG,  kiranya bebas hutang.hahah
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 08:05 AM | Show all posts
Baca tajuk teringat kakpam
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:16 AM | Show all posts
hh tak termasuk ye.. juga bff beliau dan bekas laki beliau..
juga teman seperjuangan hayok beliau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.042081s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list