Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
200
View
1
Reply

[Tempatan] Kos kendali PRU14 cecah RM400 juta

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-3-2018 11:02 PM | Show all posts |Read mode
Kos kendali PRU14 cecah RM400 juta, kata SPR
Wednesday March 14, 2018


PUTRAJAYA, 14 Mac Kos pengurusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dianggarkan mencecah RM400 juta, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata ia termasuk bagi menampung kos sewaan, perolehan peralatan, pembayaran elaun serta honorarium.  

Semua pusat penamaan calon, pusat mengundi dan pusat mengira undi telah dikenal pasti dan sedia untuk digunakan apabila diperlukan, katanya kepada Bernama, di sini.

Sejumlah 250,000 petugas sementara, katanya, dijangka diperlukan bagi membantu mengendalikan PRU14 itu.

Semua persiapan logistik juga telah dipastikan dalam keadaan baik dan tersedia termasuk pusat mengundi, pengangkutan, helikopter dan sebagainya, katanya.

Dalam memastikan proses RRU14 berlangsung secara telus dan adil, Mohd Hashim berkata SPR menjangkakan 100,000 wakil atau ejen calon bertanding akan menjadi pemerhati tetap  terhadap segala proses pilihan raya.

Beliau berkata mereka terdiri daripada pemerhati di barung semakan SPR, ejen tempat mengundi (ETM) yang bertugas sebagai pemerhati semasa proses pengundian berlangsung dan ejen mengira undi (EMU) yang bertugas semasa proses pengiraan undi.

Beliau berkata jumlah itu tidak termasuk pemerhati di luar pusat mengundi.

Pendek kata, segala proses pilihan raya yang berlaku di dalam dan luar tempat mengundi itu adalah dalam pengetahuan mereka (ejen calon dan pemerhati).

Pada PRU14 ini SPR akan pastikan semua calon yang bertanding menghantar wakil atau ejen mereka untuk bertugas semasa proses pilihan raya itu dijalankan, katanya.

Mohd Hashim berkata pada PRU kali ini, SPR akan menghebahkan nama wakil atau ejen yang bertugas supaya rakyat tahu bahawa proses pilihan raya itu berlaku dengan telus dan adil.

​​​​​​​Justeru, katanya, parti-parti politik tidak perlu berasa bimbang dengan ketelusan proses pilihan raya sedia ada yang diamalkan di negara ini.

Dengan kehadiran ejen-ejen calon sebagai pihak ketiga, ia merupakan bukti bahawa SPR tidak menafikan  hak pemerhati untuk turut serta dalam proses pilihan raya, katanya.

Selain itu, Mohd Hashim berkata SPR juga sedang menunggu maklum balas daripada pemerhati-pemerhati antarabangsa termasuk dari negara anggota Komanwel dan Asean yang  diundang untuk PRU14.

Katanya, SPR turut melantik pemerhati tempatan terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang berkecuali serta wakil universiti.

Ditanya mengenai persiapan peribadinya memandangkan ini adalah kali pertama beliau menerajui SPR dalam menguruskan PRU, Mohd Hashim mengakui ia adalah cabaran besar yang menguji keupayaan serta kemampuannya.

​​​​​​​Secara peribadi, saya menghadapinya dengan pelbagai perasaan, namun saya optimis akan dapat melakukannya dengan terbaik kerana turut dibantu oleh barisan ahli SPR, pegawai sekretariat dan petugas-petugas pilihan raya yang komited serta berpengalaman, katanya.

Menyifatkan tujuh pilihan raya kecil dan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 lepas sebagai medan latihan, Mohd Hashim berkata ia pengalaman amat berharga yang akan digunakannya untuk menguruskan PRU14. Bernama

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 11:58 AM | Show all posts
termasuk kos upah undi hantu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.051993s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list