JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
417
View
11
Reply

[Tempatan] Rakyat Malaysia guna 9.9 juta kad kredit

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-3-2018 11:00 PM | Show all posts |Read mode
Rakyat Malaysia guna 9.9 juta kad kredit

KUALA LUMPUR: Edaran kad kredit di negara ini, membabitkan 9.9 juta keping setakat Disember tahun lalu, disifatkan masih terkawal dan mengikut kadar kemampuan rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz, berkata perangkaan itu merangkumi pengedaran 8.8 juta kad utama dan 1.1 juta kad tambahan.

"Setakat tempoh sama, statistik menunjukkan kita mempunyai 3.7 juta pemegang kad kredit utama di Malaysia.

"Bilangan kes muflis akibat kad kredit setakat tempoh sama pula adalah 1,598 orang atau 0.04 peratus. Justeru itu, pelbagai langkah bakal dan sedang diambil bagi memastikan perangkaan ini tidak terus meningkat," katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) mengenai jumlah pengedaran kad kredit dan kes muflis berikutan penggunaan melampaui kadar pendapatan.

Menjawab soalan asal Datuk Seri Hasan Malek (BN-Kuala Pilah) berhubung pertimbangan kerajaan menghapuskan bayaran faedah kad kredit, Othman berkata, langkah itu bakal mengundang kesan negatif dalam kalangan pengguna.

Katanya, kitaran pembayaran faedah dan pinjaman adalah punca pendapatan sektor perbankan, selain berupaya menjadi 'serampang dua mata' dalam memberikan peringatan kepada pengguna untuk sentiasa mengukur tahap kemampuan.

"Kalau hapuskan bayaran faedah seperti dilakukan United Kingdom, kita khuatir pola perbelanjaan pengguna kad kredit akan mungkin menjadi tidak berhemah.

"Oleh itu, kerajaan tidak bercadang untuk menghapuskan bayaran faedah bagi menjamin kelangsungan sektor perbankan dan menjaga corak perbelanjaan rakyat," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 07:29 AM | Show all posts
Iols ada 4 kad kredit utk lain2 kegunaan. Macam yg maybank amex tu utk collect point & cash back. Yg citibank utk beli tiket wayang & coffee bean buy 1 free 1.

Bil sampai jer tiap2 bln iols bayar. Yg dok jd bankrupcy tu sebab org2 yg pakai kad kredit, pastu lupa nak bayar, liat nak bayar. Cash sgt

Kawan i masa baru keje dulu seronok dia apply sampai 2 kredit kad, punya baik hati pergi bg kawan2 guna, adik dia guna. End up dioorang tak bayar. Harus la terus masuk rekod ctos ccris. Pastu dia dpt offfe keje kat bank tapi bank reject bila tgk rekod ctos ccris dia. Skrg ni baru dia start bayar balik sikit2
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols setiap kali update buku (yezza iols ada passbook okeh..teenager punya acc)
Mesti depa dok promot cc
Huhu..siap ckp..buat aje..skang dh xde annual.fee...u guna baru u bayar
Cis...
Iols.seorang yg boros..debit je yang sesuai.dgn.iols..
Baki kurang rm100 je iols diam diam xmau guna dah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:12 AM | Show all posts


Aii tak pernah hayat ada CC.  Bila bank offer aii buat lah sbb dpt rewards points. Lagi satu senang nak beli barang online tanpa pengetahuan Encik Suami. Tau tau lah kan org perempuan ni ada jer barang yg nak beli.

On time bayar sebab seratus dua jer.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:19 AM | Show all posts
iols pun ada satu cc yang sendiri punya

laki iols kasi 2 cc untuk iols

ada cc ni mudah sebab iols guna bila nak beli tiket flg sebab ada syarikat penerbangan tak accept debit card

kalau kat obersea iols guna untuk bayar hotel

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:19 AM | Show all posts
i tak pnh ada CC...skrg nie pun guna jer kad bank tu.. sama jer fungsi nya
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:22 AM | Show all posts
i love cc,
suka kumpul point, banyak jugaklah points
sampai pernah tukar plane ticket dan hotel kat tokyo.
selain cc offer travel insurance 2 bulan.

penting bayar tanpa bertangguh.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:31 AM | Show all posts
bank baru hntr 1 lagi cc..

kenapa ntah nak bg extra bila tak buat permohonan pun..
tak active kan pun..hampir hari2 dapat msg dari bank suruh aktifkan kad...

tak kuasa..cukup la 1 ni buat byr insurans dgn kes emergency.

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:43 AM | Show all posts
i cc memang kena ada. sebab i tak suka bawa cash. sebab kalau cash, i akan guna tanpa sedar... boros sangat. so cc tu perlu ada pada i. limit pun 4k je. if terpakai banyak, redha je la membayar...n still mampu nak bayar.  baru-baru ni bank naikkan limit i ke 12k sebab good paymaster katanya. i terus mengamuk kat bank..tak kuasa nak Credit limit banyak cenggitu
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2018 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur malaysia msih aman
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan salahkan kad. Salahkan diri sendiri sebab tak pandai manage dan ikutkan sangat selera jin bernafsu besar tu walaupun tau tak mampu
Sekarang ni banyak kad kredit yang offer points, cashback, takaful PA, dan lain-lain reward. Banyak kelebihan kalau pandai manfaat kan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2018 12:37 PM | Show all posts
adm7 replied at 20-3-2018 12:03 PM
Jangan salahkan kad. Salahkan diri sendiri sebab tak pandai manage dan ikutkan sangat selera jin ber ...

setuju. kita sendiri yang kena pandai manage
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045558s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list