Minat menulis? Ingin menjana pendapatan? Jom sertai kami sebagai penulis freelance. Daftar sekarang > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
1234Next
Return to list New
1891
View
76
Reply

[Tempatan] MP Swiss: Dana RM430 juta dipulangkan kepada rakyat, bukan kerajaan Malaysia. Update #42, 1MDB tak mengaku wang RM430 juta miliknya

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-3-2018 10:27 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 14-3-2018 09:05 AM

MP Swiss: Dana RM430 juta dipulangkan kepada rakyat, bukan k'jaan M'sia

https://www.malaysiakini.com/news/415598

Diterbitkan 14 Mac 2018, 10:02 pagi  |  Dikemaskini 14 Mac 2018, 10:21 pagi



Dana haram yang dirampas di Switzerland tidak akan dikembalikan kepada kerajaan asal tetapi kepada rakyatnya, jelas seorang penggubal undang-undang Switzerland.

Dalam satu emel, pejabat MP Geneva Carlo Sommaruga memberitahu Malaysiakini bahawa dana itu akan disalurkan kepada mereka yang memerlukannya melalui NGO yang mempunyai integriti yang tinggi.

Sommaruga (gambar atas) membentangkan usul memohon pengembalian dana berkaitan 1MDB sebanyak CHF104 juta (RM430 juta) yang dirampas kerajaan Switzerland kepada Malaysia.

"Tekanan politik untuk mengembalikan wang kepada rakyat Malaysia akan sangat tinggi (sekiranya ada) undi positif oleh Majlis Nasional.
"Tidak, wang itu tidak akan dipulangkan kepada kerajaan Malaysia, tetapi hanya kepada rakyat Malaysia.

"Biasanya, pengembalian aset yang dirampas disalurkan melalui program NGO Malaysia, yang menjamin program pembiayaan tanpa rasuah untuk kepentingan awam, dan terutamanya kepentingan penduduk miskin.

"Oleh itu, tidak penting jika kerajaan Malaysia menerima atau menolak penghantaran balik," kata setiausaha antarabangsa Sommaruga, Peter Hug dalam emel itu.

Hug memetik Perkara 17 Akta Aset Haram Asing (FIAA) Switzerland, yang menetapkan bahawa pengembalian aset mesti dilakukan sama ada untuk memperbaiki keadaan hidup penduduk negara asal atau untuk mengukuhkan kedaulatan undang-undang negara itu dan dengan demikian Menyumbang kepada usaha melawan impunity (kebebasan daripada hukuman).

Perkara 18 Akta yang sama menetapkan bahawa jika tiada perjanjian dengan negara asal, pengembalian aset akan dibuat melalui organisasi nasional atau antarabangsa, termasuk NGO.

Pengembalian aset yang berjaya sebelum ini termasuk dana haram dari syarikat minyak milik Brazil, Petrobras pada 2015, dan dari kerajaan Kazakhstan pada tahun 2014.

NGO dan ahli Parlimen pembangkang Malaysia telah melobi untuk dana itu dipulangkan kepada "benefisiari yang sah", iaitu rakyat Malaysia.

Dana berkenaan dirampas oleh kerajaan Switzerland dari tiga bank - Bank BSI, Coutts & Co dan Bank Falcon - selepas mereka terlibat dalam pengubahan wang berkaitan 1MDB. Bank-bank itu sedang membuat rayuan terhadap rampasan itu di Mahkamah Pentadbiran Persekutuan.

Bagaimanapun, Hug menegaskan bahawa prosiding mahkamah yang sedang berjalan itu tidak akan menjejaskan usul Sommaruga di Parlimen Switzerland.

Dana yang dirampas dari bank-bank tersebut telah dimasukkan  ke dalam Perbendaharaan Persekutuan Switzerland kerana tidak ada pihak yang menuntut, kata Menteri Kewangan Switzerland, Ueli Maurer.

Mengulas mengenai rampasan itu, yang telah dilaporkan dalam akhbar Switzerland - Tages Anzeige - Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani dilaporkan berkata bahawa dia tidak tahu sama ada Putrajaya berhasrat untuk menuntut wang itu.

Menurut Hug, walaupun jika usul untuk mengembalikan dana itu berjaya dalam pengundian, namun proses itu sendiri boleh mengambil beberapa tahun.

Dia menjelaskan bahawa kerajaan Switzerland hanya perlu bertindak atas usul Sommaruga jika ia melalui kedua-dua dewan di Parlimen, di mana selepas itu, pindaan perundangan perlu dilakukan untuk memudahkan penghantaran balik dana.

"Ini akan mengambil banyak masa, sekurang-kurangnya satu hingga tiga tahun," kata Hug.

Mengenai mengapa Sommaruga memutuskan untuk membawa usul seumpama itu, beliau berkata ia adalah kerana melawan dana haram adalah sejajar dengan prinsip MP Parti Demokratik Sosial itu.

"Parti itu telah berjuang selama beberapa dekad menentang penglibatan bank-bank Switzerland dengan ahli-ahli rasuah elit di negara lain.

"Perjuangan menentang aliran kewangan haram adalah (juga) salah satu matlamat paling penting dalam Agenda Pembangunan Lestari PBB 2030," kata Hug.

Usul Sommaruga dijangka dibahaskan di Majlis Nasional Switzerlanad pada 15 Mac, jam 5 petang waktu Malaysia. Usul itu disenaraikan nombor tujuh agenda hari itu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Najib nak letak muka kat mana ?  
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kahkahkah kena checkmate dgan kaper lahnat yg lebih telus, amanah dan berhati molia drpd kerajaan umngok so called islamic itu. Satu tusukan hebat buat cacai2 hina @tobby @dcruins @whitemagic @akusukaq @rashiman @shamsadis @Simunggu
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 14-3-2018 10:31 AM
Kahkahkah kena checkmate dgan kaper lahnat yg lebih telus, amanah dan berhati molia drpd kerajaan um ...

Hina sungguh pencai2 ni kan . Muka persis muka tembok . Hahaha ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 10:36 AM | Show all posts
ngo tu make sure ngo betul2 ngo lah...kdg2 tu nama je ngo..tapi disebalik  ngo tu ada kepentingan kerajaan federal ataupun kerajaan negeri'pembankang'
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga moga dpt kat rakyat balik
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 10:42 AM | Show all posts
Lawak negara bapak tax haven, tuduh 1MDB tapi nak pulang pada NGO...1st world Swiss ke atau Zimbabwe ni???






Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 10:47 AM | Show all posts
klu rakyat malaysia org perseorangan nk minta boleh dak...
nk bayar hutang yang membelenggu nie...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 10:48 AM | Show all posts
tajuk sedap dengar tapi sembang je ni. makan masa bertahun tahun punya cerita last last tak dapat pun jawabnya
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 10:52 AM | Show all posts
Kantoi Swiss tak berdaya nak bawa 1MDB kat court, Sama macam DOJ.....





Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 10:57 AM | Show all posts
alesandra replied at 14-3-2018 10:36 AM
ngo tu make sure ngo betul2 ngo lah...kdg2 tu nama je ngo..tapi disebalik  ngo tu ada kepentingan  ...

akak harap bukan PPIM, sebab PPIM ni kasihan orang ambil kesempatan atas  kebaikan yusuf azmi dan crew. kalau derma sebahagian pada PPIM akak setuju. lepas tu gabung dengan NGO lain bantu orang miskin.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 10:59 AM | Show all posts
NGO kat malaysia yg betul2 aktif kebanyakannya NGO yg bantu rakyat luar...contoh Palestine, Syria... hopefully duit tu dpt digunakan utk menambahbaik kemudahan awam jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 11:13 AM | Show all posts
camnerrrr Swiss pun boleh stuck macam DOJ?? tak tau pihak mana nyerrr dana & aset??undang2 Zimbabwe ke apa ni......

negara legend pakar money laundering macam Swiss pun boleh blur......
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
dcruins replied at 14-3-2018 10:42 AM
Lawak negara bapak tax haven, tuduh 1MDB tapi nak pulang pada NGO...1st world Swiss ke atau Zimbabwe ...

Ikut otak cacai, kerajaan umngok jah yg betul tepat suci morni kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 11:59 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 14-3-2018 11:46 AM
Ikut otak cacai, kerajaan umngok jah yg betul tepat suci morni kan?

Lawak tuuuu, negara legend pakar cuci wang boleh stuck......gaji buta nyerrr kerja bertahun macam DOJ.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 12:02 PM | Show all posts
nak pulangkan mcm mana? 340 juta bahagi 30 juta? rajin benau ko nak kumpul akaun bank setiap seorang
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 12:13 PM | Show all posts
wowww....harta ismet ulam raja....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 12:13 PM | Show all posts
Saperrr suruh DOJ,Swiss etc piii layan report dari dua ekor ni yg piii sana sini, kan dahhh kantoi checkmate tak dapat upgrade siasatan sampai ke tahap Main Cons aka. 1MDB, stuck bertahun..... , paling kuat pun mereka guna media2 macai Clinton Foundation jerrr laaa ulang2 "1MDB linked money" dari masa ke semasa, part buruk kan nama Malaysia dia menang laaaa, bab siasatan serius dia kantoi stuck.



Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 12:32 PM | Show all posts
Edited by rashiman at 14-3-2018 12:33 PM
dess402 replied at 14-3-2018 10:28 AM
Najib nak letak muka kat mana ?

apa salah 1MDB ?
apa tindakkan atau hukuman yg telah diambil keatas 1MDB ?

kau nak pinjam duit utk dilaburkan dalam 1MDB jugak disebut berkaitan dengan 1MDB.
kau main judi, duit hasil judi nak beli bon 1MDB jugak disebut berkaitan dengan 1MDB.
kau rasuah pegawai bank, tipu akaun, tipu slip gaji, utk dapat pinjaman cakap utk dilaburkan dlm 1MDB tapi duit itu digunakan
untuk pelaburan ditempat lain, beli hartanah, beli kereta mewah, intan berlian, lukisan mahal jugak disebut berkaitan 1MDB.

tapi semua itu bukan salah 1MDB.
sebab itu yg diambil tindakkan setakat ini diLuarnegara adalah Bank yg ada diarahkan tutup, Pegawai Bank, Agen Pelaburan dan Individu2 tertentu.


Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 14-3-2018 12:32 PM
apa salah 1MDB ?
apa tindakkan atau hukuman yg telah diambil keatas 1MDB ?


X kan bank sebegitu bodoh, sebut imdb terus bagi loan, agak2 la sket
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 01:24 PM | Show all posts
bagi jer kepada pelajar2 cemerlang sebagai biasiswa utk mereka sambung belajar  tidak lagi me gharapkan ptptn nan sendu
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 01:28 PM | Show all posts
sub5zero replied at 14-3-2018 01:01 PM
X kan bank sebegitu bodoh, sebut imdb terus bagi loan, agak2 la sket


bodohlah tu, tak ikut undang2 sebab itu ada Bank yg diarahkan tutup, ada Pegawai Bank yg dikenakan tindakan.

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 01:31 PM | Show all posts
Modngengade replied at 14-3-2018 01:24 PM
bagi jer kepada pelajar2 cemerlang sebagai biasiswa utk mereka sambung belajar  tidak lagi me gharap ...


Sebenarnya atas Pelajar.
Pelajar2 yang boleh menjadikan Ptptn itu bertukar menjadi biasiswa jika memperolehi keputusan yg cemerlang bila tamat pengajiaran.
Tak perlu bayar balik Ptptn.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 01:34 PM | Show all posts
rashiman replied at 14-3-2018 05:31 AM
Sebenarnya atas Pelajar.
Pelajar2 yang boleh menjadikan Ptptn itu bertukar menjadi biasiswa jik ...

pandainya ko cakap yer?  ko ingt senang dpt first class?  ko graduated first class ke mcm idola kau mat maslan tu?

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh buat bantuan makan budak budal pprt yg x cukup duit tu sbb kerajaan pun bukan kisah UN punya laporan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.075475s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list