Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
818
View
10
Reply

[Tempatan] Parlimen mungkin dibubar lepas Chap Goh Meh

[Copy link]

Author: rashiman       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-2-2018 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by rashiman at 14-2-2018 11:28 AM

Mungkin PH tak berapa setuju....
agihan kerusi belum settle
...

Akhbar: Parlimen mungkin dibubar lepas Chap Goh Meh
13 Feb 2018, 7:04 pm      13 Feb 2018, 7:11 pm

  
Parlimen dijangka dibubarkan seminggu selepas Chap Goh Meh pada 2 Mac untuk membuka laluan supaya pilihan raya umum ke-14 dapat diadakan, mengikut laporan berita sebuah akhbar.
Chap Goh Meh diraikan pada malam ke-15 Tahun Baru Cina, yang jatuh pada 16 Februari.
Menurut the Sun, penganalisis politik percaya bahawa tempoh sesuai mengadakan pilihan raya umum semakin singkat dan meramalkan bahawa hari mengundi akan diadakan pada akhir bulan Mac atau awal April.
Prof Jeniri Amir (foto, bawah) dari Universiti Malaysia Sarawak berkata Parlimen perlu dibubarkan pada bulan depan kerana pilihan raya tidak boleh diadakan pada bulan Mei memandangkan ia adalah Ramadan dan bulan puasa bagi umat Islam.

"Bulan depan sangat sesuai untuk membubarkan Parlimen dan pada masa yang sama, pilihan raya perlu diadakan sebelum (bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dibebaskan dari penjara," katanya kepada akhbar itu.
Dalam blog yang disiarkan pada 9 Februari, wartawan veteran Datuk Ahiruddin Atan, bagaimanapun, meramalkan bahawa pilihan raya itu tidak akan diadakan sebelum Mei kerana isu tanah Felda di Jalan Semarak yang masih belum selesai.
Katanya, Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad (foto, bawah), pada 8 Februari lalu, mengumumkan keputusan lembaga itu untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk melakukan semakan perundangan berdasarkan laporan audit forensik yang telah disiapkan
"Penemuan oleh firma audit telah dikemukakan kepada PM tetapi penemuan ini tidak dikongsi dengan akhbar semalam. Shahrir enggan mendedahkan nama firma audit itu.
"Selain itu, jawatankuasa khas terbaru itu memerlukan tiga bulan untuk menyiapkan kajiannya, kata Shahrir. Sekarang bulan Februari, jadi tiga bulan akan membawa kita ke bulan Mei. Bulan suci Ramadan bermula pada pertengahan Mei dan Hari Raya bakal disambut pada pertengahan bulan Jun. Perlembagaan menetapkan bahawa PRU-14 mesti diadakan (selewat-lewatnya) pada bulan Ogos tahun ini.
image: https://i.malaysiakini.com/1196/ ... d744819a8ad62e.jpeg
"PM Najib (Razak) tidak mungkin mengadakan PRU jika isu tanah Felda di Jalan Semarak tidak diselesaikan sepenuhnya. Terlalu banyak menjadi pertaruhan," katanya dalam blognya Rocky's Bru.
Sementara itu, Prof James Chin juga menegaskan bahawa Anwar dijadual dibebaskan dari penjara pada awal bulan Jun.


"Pilihan raya perlu diadakan selepas Tahun Baru Cina dan juga sebelum Anwar dibebaskan dari penjara.
"Adalah berisiko (untuk BN) jika Anwar dibenarkan berkempen semasa pilihan raya," kata pengarah Institut Asia Tasmania, University of Tasmania itu, kepada the Sun.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/412185#jlU7pMUD5VMxe7wT.99

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 02:15 PM | Show all posts
senang je nak agak selepas CNY ...xkan nak buat dalam bulan puasa atau raya
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tak bgtau brp hari bulan agak2 tu? Sbb bulan 3 ni ade plan nk kesana sini.
Kang org dah book hotel bagai time tu plak nk ade pilihan raya.
Bgtau awal2 senang nk cancel kalo cancel last minute nnt kena caj plak..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2018 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 15-2-2018 11:26 PM

besar kemungkinan late april ni. desas desus dr angin lalu
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2018 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Bulan 3 ramai beli tiket pegi luar negara utk shopping dan holiday dgn anak anak masa cuti sekolah. Jangan macam macam. Beribu da habis tak kan nk kensel
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2018 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mari lah mari kita mengundi... tunaikan kewajopan pada negara ... tak sesabar nak pangkah undi ... masa announce markah undi lama dah aku belayar .. tak kuasa nk tunggu ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2018 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tarikh tak tetap payah ni.Buat dalam cuti sekolah ramai dah booking hotel
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2018 05:17 PM | Show all posts
Rumours kata tarikh pilihanraya mungkin akan jatuh pada 23, 24 atau 25 Mac .
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2018 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nak takut bgtau tarikh nak PRU kan... Menyusahkan orang bkn hanya pd yg nak mgundi tapi jgk pd yg terpaksa rela bertugas utk PRU...

Nak plan berjalan susah, nak kawin pun susah segalanya la myusahkan... Yg kene berkempen @  ikut calon takde hal la sbb duit mencurah turun dari langit mmg untung gila2 masa tue. Tapi pd yg hanya nak mgundi terpaksa cancel segala booking, program yg mana melibatkan duit.. rugi bila cancel last minit nie..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 02:35 PM | Show all posts
arghhh.  lantak laaa bila2 pun.  janji jgn korbankan hak rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 03:01 PM | Show all posts
sebelum raya, ada satu lagi raya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043290s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list