Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
123Next
Return to list New
2013
View
68
Reply

[Tempatan] Ramai rakyat Malaysia yang perasan diri mereka miskin

[Copy link]

Author: wnwa05       Show all posts   Read mode

Author
Post time 13-2-2018 04:14 PM | Show all posts |Read mode




Ramai rakyat Malaysia yang mendakwa diri mereka tergolong sebagai kategori miskin. Tetapi, adakah benar yang rakyat Malaysia ini ramai yang hidup dalam kemiskinan?

Adakah rakyat Malaysia mengalami masalah miskin seperti berlaku di benua Afrika di mana ramai rakyatnya miskin sehingga susah untuk mendapat makanan, atau di benua Asia dimana ramai masih tidak mempunyai tempat tinggal selesa sehingga terpaksa tinggal di bawah jambatan.

Rakyat Malaysia sebenarnya ramai yang perasaan diri mereka miskin sedangkan kategori miskin mereka itu sebagai miskin relatif iaitu merasakan diri miskin sedangkan masih mempunyai segala keperluan asas seperti makanan mencukupi melalui pendapatan yang diperolehi.

Ketua Perangkawan, Jabatan Perangkaan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin menjelaskan rakyat Malaysia yang perasaan diri miskin itu kerana mereka tidak mampu untuk memenuhi kehendak atau keinginan mereka sedangkan sudah mempunyai keperluan yang cukup.

Mereka mula merasakan miskin walaupun mempunyai gaji RM3,000 yang sebenarnya jauh melebihi daripada garis kemiskinan mengikut pengiraan standard antarabangsa bagi mengkategorikan seseorang itu miskin.

Perkara itu adalah satu perasaan normal sebagai contoh apabila sebuah telefon pintar baharu dilancarkan pasti ramai yang menginginkannya sedangkan telefon sedia ada belum setahun digunakan malah dalam keadaan baik. Tetapi pada hakikatnya tiada kemampuan membelinya, katanya

Walaubagaimanapun, Malaysia memang terdapat rakyat miskin tetapi kadar kemiskinan itu hanya 0.4 peratus pada 2016 dan merupakan adalah yang terendah antara negara Asia Tenggara lain.

Bagi kawasan Semenanjung Malaysia ketagori miskin mengikut Paras Garis Kemiskinan (PGK) adalah mereka yang mempunyai pendapatan bulanan RM970 ke bawah bagi kawasan bandar dan RM880 bagi kawasan luar bandar.

Manakala, di Sabah dan Labuan pula adalah RM1,170 (bandar) dan RM1,220 (luar bandar) manakala di Sarawak pula RM1,070 (bandar) dan RM940 (luar bandar).

Pengiraan PGK ini adalah mengikut perubahan sosiaekonomi yang sentiasa dikemas kini selaras dengan perubahan harga serta perubahan pola kehidupan masyarakat di bandar atau luar bandar.

PGK bertujuan untuk panduan pelaporan kemiskinan peringkat nasional manakala untuk penyaluran bantuan (kumpulan sasar) ia bergantung kepada pendapatan dan keperluan setiap isi rumah, jelasnya.


Selain itu, kerajaan Malaysia juga usaha menangani masalah kemiskinan sepenuhnya pada 2020 dan ini merupakan fasa terakhir. Kerajaan telah memberi fokus utama dengan memberi bantuan secara terus terusan kepada rakyat yang memerlukan. Cutaranews

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 04:18 PM | Show all posts
bukan miskin....cukup2 makan
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 04:23 PM | Show all posts
lebih baik kaya tapi rasa miskin
dari miskin tapi berlagak kaya
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 04:25 PM | Show all posts
miskin bandar
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 04:28 PM | Show all posts
elok la mampu tapi masih rasa miskin..
dari tak mampu tapi rasa diri have have sampai berhutang sana sini..

Ketua Perangkawan, Jabatan Perangkaan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin menjelaskan rakyat Malaysia yang perasaan diri miskin itu kerana mereka tidak mampu untuk memenuhi kehendak atau keinginan mereka sedangkan sudah mempunyai keperluan yang cukup.


anyway.. rumah tu keperluan..
berapa ramai lagi rakyat tak mampu beli rumah?
tu tandanya ramai hidup dalam situasi cukup-cukup..
maknanya miskin juga la tu..
cumanya tak hidup melarat je..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 04:31 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 13-2-2018 04:23 PM
lebih baik kaya tapi rasa miskin
dari miskin tapi berlagak kaya

betui tu tp jgn pulak bila hg rasa hg miskin hg pi sapu bantuan utk yg betul2 miskin tu ye....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 04:34 PM | Show all posts
krustykrab replied at 13-2-2018 04:31 PM
betui tu tp jgn pulak bila hg rasa hg miskin hg pi sapu bantuan utk yg betul2 miskin tu ye....

itu @anaknogori je yang buat balun rumah rakyat termiskin
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
So, klau rasa gaji 3k tu xmiskin, apa kata menteri & tukang buat statement ni bergaji 3k tmasuk elaun?? Rumah kene sewa, kreta xde subsidi, tol semua byr sdri. Voley??? Klau x boleh jgn sembang lebih
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 04:44 PM | Show all posts
gaduh dalam forum last2 pangkah dacing juga. xpayah gaduh buang masa.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
memang la rasa miskin lepas dapat gaji potong kereta rumah neseri takaful duit dalam tangan ada 300 je
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
yang perasan miskin ne jadi miskin bila ada bantuan kerajaan atau ada bos depa yg baik, lebih kaya dari depa.. tapi bila jumpa dgn org yg tinggal di pendalaman/kwsn kelapa sawit, tetibe lak perasan kaya.. tetibe lak ah panas la, ah banyak nyamuk, ah kerasnya katil, dan banyak lagi ah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 06:46 PM | Show all posts
Miskin kununnnn... tu sebab gaya hidup

Kununnn zaman tun det hidup senang... berapa ramai mampu beli rumah waktu tu?? berapa ramai mampu balik kg mcm org zaman sekarang?? ada spend duit ke asterok kaa semakphone kaa?? buang masa di shopping2 mall?? berapa ramai mampu beli kereta waktu tuu??

Miskin atau tak.. asalkan berbelanja ikot kemampuan diri..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Brapa pn dpt klu otak tu bijak + sedar diri ok2 je... rsa diri miskin?kurg motivasi diri lah tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 13-2-2018 04:37 PM
So, klau rasa gaji 3k tu xmiskin, apa kata menteri & tukang buat statement ni bergaji 3k tmasuk elau ...

Stuju. Sembang lebih jek dorang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahh term baru. Perasan miskin
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 13-2-2018 04:37 PM
So, klau rasa gaji 3k tu xmiskin, apa kata menteri & tukang buat statement ni bergaji 3k tmasuk elau ...

Kan.. dah la tak provide solution, kuar statement pun menyakitkan hati je baca
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 04:18 AM From the mobile phone | Show all posts
sinalegna replied at 13-2-2018 10:10 PM
Kan.. dah la tak provide solution, kuar statement pun menyakitkan hati je baca

Agknya menteri ni kira cmni kot. Rm3000 tolak rumah & kereta. Dia lupa kot tolak kwsp, socso, socso paksaan yg baru tu, dia lupa tolak minyak, tol etc. maklum la dah biasa dpt subsidi dari duit rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 08:14 AM | Show all posts
mereka tak banding dgn aprika atau bangla atau myanmar...tapi mereka kompare dgn HK, Singapork, Taiwan, Ostalia, UK.......tapi kerja standard quality fiji...3 hari kerja, 4 hari cuti...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 08:19 AM | Show all posts
Bagi kawasan Semenanjung Malaysia ketagori miskin mengikut Paras Garis Kemiskinan (PGK) adalah mereka yang mempunyai pendapatan bulanan RM970 ke bawah bagi kawasan bandar dan RM880 bagi kawasan luar bandar.

Manakala, di[b] Sabah dan Labuan pula adalah RM1,170 (bandar) dan RM1,220 (luar bandar) manakala di Sarawak pula RM1,070 (bandar) dan RM940 (luar bandar).

Kenapa garis kemiskinan Sabah Labuan lebih tinggi di luar bandar?


Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
tanakkampung1x replied at 14-2-2018 08:19 AM
Bagi kawasan Semenanjung Malaysia ketagori miskin mengikut Paras Garis Kemiskinan (PGK) adalah merek ...

Harga barang kat Sabah Sarawak lagi tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 08:29 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 13-2-2018 04:44 PM
gaduh dalam forum last2 pangkah dacing juga. xpayah gaduh buang masa.

suka mengeluh
tapi takut nak buat perubahan


Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan kene kawal harga barangan keperluan. Jangan bagi tokey kapitalis yg kawal. Tapi kalau kerajaan dah comolot dgn tokey kapitalis macam Mahadir, apa boleh buat
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 08:59 AM | Show all posts
saya pun miskin
tp nape xdapat brim
y y y y
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan miskin tapi hidup mewah tak sepadan dengan gaji.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 13-2-2018 04:37 PM
So, klau rasa gaji 3k tu xmiskin, apa kata menteri & tukang buat statement ni bergaji 3k tmasuk elau ...

gaji 3k hidup kat kg mewah la jua. kalau kat bandar hidup single dan tak berangan ok lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.050104s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list