Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
123Next
Return to list New
3809
View
56
Reply

[Tempatan] tahniah Datuk Ida Suraya, pemilik jenama fesyen Bianco Mimosa

[Copy link]

Author: dodifarid    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 13-2-2018 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR C Pemilik jenama fesyen, Bianco Mimosa, Datuk Ida Suraya Mustapha mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Minggu Fesyen Antarabangsa Dubai (IFWD), Emiriah Arab Bersatu selama tiga tahun berkuatkuasa bulan lalu.

Pelantikan itu menjadikan Ida Suraya muncul sebagai pereka fesyen pertama tempatan dan negara ASEAN berjaya menduduki jawatan tertinggi bagi minggu fesyen yang terkenal dalam kalangan industri fesyen di seluruh dunia itu.

Sebagai Ahli Lembaga Penasihat, wanita berusia 46 tahun itu akan menjadi juri untuk semua pertandingan dan anugerah selain bertanggungjawab merangka pembangunan perniagaan fesyen di dunia merentasi Dubai hingga ke kota fesyen di Paris, Perancis.

Ida Suraya juga bertanggungjawab memilih pereka fesyen yang akan memasuki minggu fesyen dan akan muncul dalam semua sidang media di seluruh dunia.

Saya berasa terharu namun bangga dan gembira dengan pelantikan ini kerana dapat membantu nama Malaysia di mata dunia dalam industri fesyen antarabangsa, katanya.

Ida Suraya merupakan anak kelahiran Alor Star, Kedah dan anak perempuan bongsu daripada lima adik-beradik bukan berasal daripada keluarga berada.

Arwah bapanya merupakan bekas pengusaha bengkel kereta manakala ibunya pula bekas jururawat. Kehidupan beliau ketika kecil juga agak sukar kerana ibunya terpaksa mengambil alih tanggungjawab menanggung keluarga selepas arwah bapanya lumpuh selama lapan tahun sebelum meninggal dunia ketika Ida Suraya berusia 11 tahun.

Pemegang jazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan elektrik, elektronik dan sistem di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mula berkecimpung dalam dunia fesyen pada tahun 2012 apabila menubuhkan perniagaan baharu iaitu fesyen dengan mengasaskan jenamanya sendiri iaitu Bianco Mimosa.

Beliau kini merupakan Pengarah Urusan, Mutiara Gemilang Engineering Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat kejuruteraan tempatan yang turut beroperasi di luar negara.
480653cf10294e22281ff834a2a6219a.png
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-2-2018 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Indon dicuekkin lagi @hefze
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha
Siot btol hang dodi
Cuek cuek...


Tahniah la datuk
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru lg dlm donia fesyen dah Gemilang.....

Tahniah Dato
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Pestime dengar brand ni, akak ketinggalan kot
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 02:38 PM | Show all posts
Baju kurung theyols to me nampak biasa2, tapi harga high-end.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 02:46 PM | Show all posts
tahniah dato..
dia nie kan yg kawen pakai baju mahal gila tue.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingat samosa
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 13-2-2018 02:33 PM
Pestime dengar brand ni, akak ketinggalan kot

Aiols pun sama ketinggalan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 13-2-2018 02:38 PM
Baju kurung theyols to me nampak biasa2, tapi harga high-end.

Kan? Takajut akak lihat harga.

Pastu akak tak sangka baju kurung boleh nampak hi fashion sangat bila dibuat gini:

IMG_20180213_150742.jpg



Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 03:13 PM | Show all posts
@hefze  sedang gigih mengoogle  berita kejayaan indon caprut diperingkat antarabangsa
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 03:19 PM | Show all posts
dodifarid replied at 13-2-2018 02:06 PM
Indon dicuekkin lagi @hefze

busettt loe!!



Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 03:24 PM | Show all posts
ainie_1008 replied at 13-2-2018 02:46 PM
tahniah dato..
dia nie kan yg kawen pakai baju mahal gila tue.

tapi kawin kejap je kan kalau tak silap

pakai baju versace kan kan kan
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 03:27 PM | Show all posts
first time dgr
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 03:48 PM | Show all posts
Tahniah Datuk Ida Suraya.

@idakamaruddin bila lagi?

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 03:51 PM | Show all posts
fushimi replied at 13-2-2018 03:24 PM
tapi kawin kejap je kan kalau tak silap

pakai baju versace kan kan kan

eh dah bercerai erk...?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 03:51 PM | Show all posts
ini ke yang masa kawin pakai mekap artist international bayar ratus ribu tu?  lain pulak tengok muka dia.... sorilah kalau salah orang...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 03:57 PM | Show all posts
chazey replied at 13-2-2018 07:10 AM
Kan? Takajut akak lihat harga.

Pastu akak tak sangka baju kurung boleh nampak hi fashion sangat ...

Masyaallah sistur. Terkesima dibuatnya
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupon baju mahal.   Tetap xnampak lawa sbb body kembang nerlipat mcm tayar Michelin
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
meols mmg xkenal sheols and brand designer ni..yg meols tau Elizabeth arden green tea mimosa ja..sebab meols pki perfumes tu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah datok
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti connection kuat ngan atuk2 gomen...brand pun x berapa nak meriah boleh plak yer.....the power of mingling around the right people...just saying
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 04:59 PM | Show all posts

dah...kawen dgn politician najmil faiz yg tgh cuba menaikkan diri ke tangga kejayaan politik. Dia tinggalkan bini and anak 2-3 orang untuk kawen Ida ni. I don't know Ida personally , but nyampah tgk Najmil buat mcmtu kat bini dia . Yelah bini lama biasa2 ja. Kawen bini skrng dpt la bawak super car, fly naik bisness class bagai. Dunia oh dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 05:00 PM | Show all posts
chazey replied at 13-2-2018 03:10 PM
Kan? Takajut akak lihat harga.

Pastu akak tak sangka baju kurung boleh nampak hi fashion sangat ...

Tengah cuba imagine makcik2 kepam yg shopping kat butik bimbosa kat bangi gayakan baju kurung ni mcmni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dato mendonia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.051272s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list