Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
12Next
Return to list New
1655
View
28
Reply

[Tempatan] remaja pahang,perak,sabah dan pantai timur gila seks

[Copy link]

Author: dodifarid    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-2-2018 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PERNAH satu hari dia datang jumpa, dia pegang saya dan cakap Ummi, dah tak tahan sangat, saya dah usaha untuk tak ada rasa tapi kenapa masih rasa nak buat lagi?" Itu antara rintihan pelatih di Rumah Puteri Arafiah, Seksyen 7, Shah Alam yang berdepan masalah ketagihan seks.

Pengurusnya, Hazwani Husna Azman yang mesra disapa Ummi dalam kalangan pelatih berkongsi beban emosi dan rohani yang terpaksa ditanggung penghuni Rumah Puteri Arafiah yang terdiri daripada remaja perempuan terlanjur.

Kongsi Hazwani Husna, ada pelatih merintih betapa dahsyatnya ujian ALLAH dan turut mengakui penat yang tidak tertanggung dengan perasaan dialami itu.

Isu pornografi, pedofilia dan jenayah seksual di negara ini sudah capai paras kritikal. Mereka ketagih seks yang ekstrem pada usia terlalu muda. Di Rumah Puteri Arafiah kami menerima panggilan berkaitan aduan remaja terlanjur antara tiga hingga lapan panggilan sehari, katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Hazwani Husna, cabaran terbesar yang perlu ditanganinya bukan aspek kaedah mengawal pelatih tetapi bagaimana untuk membantu emosi mangsa berkenaan.

Tambahnya, tahun lalu nisbah pelatih lazimnya terdiri daripada remaja berusia 18, 19 atau 20 tahun ke atas.

Tetapi kini umur 13, 14 dan 15 adalah paling hardcore mencecah paras 80 peratus terlibat dengan pornografi dan isu sosial. Itu cabaran terbesar kita.

Ruang nak tarbiah kepada pelatih usia 10 hingga 15 tahun sangat susah kerana mereka terlalu lama bergelumang dengan seks dan zina," katanya.Katanya, kebanyakan remaja terlanjur ini tidak faham ada jalan keluar untuk membetulkan kerosakan itu kerana mereka terlalu mentah untuk memikirkan perkara itu.

Menurut beliau, ketagihan pornografi agak dahsyat menjadi pencetus utama kepada permasalahan yang lebih besar seperti  HIV dan kandungan luar nikah.  

Menurutnya, punca lain berlaku pornografi ialah kekurangan pemantauan ibu bapa.

Berkongsi pengalaman kes yang pernah dikendalikan di Rumah Puteri Arafiah, Hazwani Husna berkata, ada pelatih terlibat sumbang mahram.

Alhamdulillah dia menang kes itu yang, melibatkan bapa saudara sendiri.Pada masa itu umurnya 15 tahun tetapi bukan dengan kerelaan  atau kerana kepandaiannya.

Bermakna dia tak tonton pornografi, dia tak tahu apa-apa tetapi lama-lama dia di ajak oleh bapa saudara sendiri untuk buat tu nampak kat situ permulaan.

Mula-mula dipaksa lama-lama jadi paksa rela kemudian jadi suka berkali-kali jugalah yang boleh sampai mengandung. Perkara yang buat dia menang kes sebab ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pak cik dia, pedofilia ini kebanyakan kes yang berlaku kerana keluarga yang berantakan, katanya.

Menurut Hazwani Husna, perceraian dan perkahwinan baru ibu dan bapa mengakibatkan anak-anak  mereka diserahkan kepada jagaan orang lain juga pencetus kepada masalah pedofilia seperti ini.

Tambahnya, terdapat satu kes kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun setengah sudah hamil angkara perbuatan bapa tiri.

Tapi kita tak boleh ambil kes ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kendali kes ini sebab dia terlalu kecil. Kita dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa ruang pinggul dia terlalu kecil untuk dia melahirkan bayi.

Apabila kita tanya, dia kata bapa tiri tapi mak dia sendiri tidak percaya suami dia yang buat jadi untuk membuktikan hanya dengan DNA saja la.

Budak tu sangat  muda dan kerosakan dia terlalu teruk. Dia kena pergi psikatari, kaunselor, benda-benda macam tu buat dia keliru.  Umur 11 tahun lebih orang pergi sekolah belajar dia dah bawa perut, dia tak faham apa-apa bila kita tanya dia tak tahu, ceritanya.

Tambahnya, kes kanak-kanak malang ini menjadi lebih sulit apabila ibunya sendiri tidak percaya perbuatan itu dilakukan oleh suami baharunya.

Semasa kita tanya tentang pornografi dia pun tak tahu, kiranya dirogol. Hal ini secara automatik pedofilia adalah pornografi

Beliau turut menjelaskan berdasarkan rekod kebanyakan penghuni di Rumah Puteri Arafiah datang dari Pahang, Perak, Sabah dan pantai timur.

Kebanyakan mereka tinggal di kawasan padat seperti tanah rancangan,  pedalaman dan flat. Umur 15 dan tahun di tanah rancangan sangat dahsyat sebab mereka terlibat dengan pengambilan dadah," katanya.

Sementara itu, menurutnya pernah  seorang pelatih menemuinya dan membuat pengakuan berani.

Dia mengaku sendiri waktu sujud solat taubat pun masih berfikir lagi, oh, ni kalau dah ada lelaki ni best ni. Maknanya khusyuk dengan ALLAH tu dah tak ada dah. Dia boleh fikir benda lain pula.

Di sini salah satu jalan yang kami buat bagi elak berfikir macam tu, selain solat, mengaji, bertaubat, mereka kena fikir sebagai hamba ALLAH dan salurkan tenaga ke tempat lain.

Justeru, katanya,  pelatih perlu aktif  beriadah dan banyakkan berfikir perkara lain yang lebih bermanfaat.
291e4b43ff931f2c177a546aeeb61217x295x200x6.jpeg;,40,webp;3,450x.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Dak2 wechat. Bigo

Yg umur 11 tu, eh.. br je nak tumbuh
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi pantat timur ada serambi mekah junjungan islamiyyah?? Xkan la tengok porn..isle kot
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
famri7 replied at 13-2-2018 12:08 AM
Tapi pantat timur ada serambi mekah junjungan islamiyyah?? Xkan la tengok porn..isle kot

Khuenz. Takbirrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
sinalegna replied at 13-2-2018 12:02 AM
Dak2 wechat. Bigo

Yg umur 11 tu, eh.. br je nak tumbuh

betul.. teruk betul pompuan zaman sekarang
pernah sedara aku wasap dgn pompuan ni... nak tekel.. last last dia pg buka baju dlm chat.... mak oih.. aku ckp... kau delete gambar tu.... pastu jangan contact dia lagi... gila...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Dasyatnya budak2 skg. Scary gila. Tu la bila ada netizen hencap cara pkaian, prangai kat wechat semua tu, rmai ckp jgn sebuk, jgn bkn aib bla bla

Pdhal, Allah dah pesan awl2, jgn hampiri zina jgn hampiri pon. Apatah lg buat. Agknya sb ni la kot. Skali dah sedap, pyh dah sb duk tringat2. Xtau la betapa pyhnya sb xpenah rasa, tp kesian jgk kt diaorg
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 13-2-2018 02:08 AM
betul.. teruk betul pompuan zaman sekarang
pernah sedara aku wasap dgn pompuan ni... nak tekel..  ...

Mak aii. Pompuan ke yg bukak tu? Dah knape gila tiba2 bukak baju??
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 13-2-2018 02:18 AM
Mak aii. Pompuan ke yg bukak tu? Dah knape gila tiba2 bukak baju??

pompuan unur awal 20an..buka baju...
sebiji org putih... hahah cuma pakai tudung laa...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 13-2-2018 02:20 AM
pompuan unur awal 20an..buka baju...
sebiji org putih... hahah cuma pakai tudung laa...

PELik btol. Elok viral je kot? Gatal merenyam sgt. Xpon mmg itu yg dia nk?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Mostly mesti dari kawasan org yg susah mcm flat. Sb tu slalu sgt doa dri dlu lg mmg xnk duk flat biar la struggle byr sewa mhal. Alhamdulillah smpai skg makbul lg. Cuma hrap doa ank2 x sosial mcm kes2 ni. Tkutnya baca. Kawsan flat ni mcm dah susah nk ubat mentaliti diaorg. Kdg2 rasa kne buat mcm hunger games tu kot. Sampah merata, kes jenayah, kes sosial. Hmm
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 03:29 AM | Show all posts
Turut simpati dgn nasib adik2 ni.
masalahnya ialah punca. Camne memula leh terjebak kan. padahal awal2 dulu inesen je.
Persekitaran pun salah satu punca juga tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Parents Kena buat penapis pada komputer & hp utk halang anak drpd melayan web porno
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih baca. Kebanyakan anak2 kecil tak tau hubungan macam tu salah, mereka ikut saja cakap orang yang lebih dewasa apalagi jika orang itu famili sendiri. Bila dah besar baru tahu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Paling kesian yang dirogol la
Gila la perogol pwrogol neh
Patut kesalahan.rogol neh kena gelek steamroll sampai penyek
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 06:51 AM | Show all posts
Bagi aku kalau dikawasan bandar2 selalunya mereka yang tinggal di rumah flat lah. Cuba kau bayangkan tinggal di rumah flat sekita KL/Selangor yang hanya dua bilik, satu bilik mak ayah dan satu lagi bilik2 anak2 bercampur gaul. Bayangkan kalau anak ada 3-5 orang bila dah meningkat remaja tapi masih kongsi bilik dan kadang2 nak privasi pun tak boleh. Nak masuk bilik tukar baju, nak mandi pun kadang2 boleh bergaduh kerana berebut jadi membuatkan jiwa remaja memberontak. Lebih baik stay atau lepak ngan kawan2 dari balik rumah tapi selalu gaduh berebut bilik atau nak mandi. Nak privasi, nak belajar pun jadi serabut...itu pandangan aku lah.
kalau dikampung2 pulak disebabkan gaya hidup mak bapak memang dah macam tu..maghrib buta dan lewat malam pun masih biarkan anak2 bebas naik moto bersama kawan2 ..tak  kira lelaki perempuan. Pengawasan ibubapa penting kerana semuanya bermula dari rumah.... Sebagai ibubapa kita yang pertama kena mengawasi mereka dan yang lain tu serah pada takdir. Maksudnya..kita buat yang terbaik dulu dalam membesarkan anak2 tapi jika nak jadi juga liar atau sebagainya itu dah luar dikemampuan kita sebab tidak selalu kita berada disisi mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 08:54 AM | Show all posts
famri7 replied at 13-2-2018 12:08 AM
Tapi pantat timur ada serambi mekah junjungan islamiyyah?? Xkan la tengok porn..isle kot

no komen...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 09:04 AM | Show all posts
mandikan air limau diorg tu...bagi hilang hanyir.
masalah ketagih seks tu bukan apa..tapi aku pun tak tau apa

itulah aku pesan..jadi makpak ni bukan senang..jadi cctv 24jam..tapi taknak terlalu mengongkong tidak juga terlalu bagi muka..tahla aku nk explain pun tak reti.

jangan suka menuding kt org lain lagi satu..pemasalahan hidup dan keadaan sekliling byk mempengaruhi sikap mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by umbut at 13-2-2018 09:44 AM

X boleh salahkan diorang.. semua bermula dari rumah.. keluarga berpecah belah, miskin, xda bimbingan.. budak2 nak membesar lost.. hidup dgn mahram satu rumah cth bapa saudara, bapa tiri.. xsemua peluang hidup dgn kasih sayang.. byk jadi kat tnh rancangan, pprt.. mak pak abaikan anak3.. pandai sendiri hidup.. anak terumbang ambing..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 09:46 AM | Show all posts
mansuhkan bawang dari bumi malaysia...

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 09:55 AM | Show all posts
Dulu-dulu rumah kekadang ada 1 bilik, tp adik beradik ramai tp tak dak pulak kisah bapa rogol anak atau perbuatan sumbang. Orang asli pun tahu sumbang muhrim salah walaupun dalam rumah pakaian tak cukup. Masyarakat sekarang lebih menitik beratkan ilmu pengetahuan tapi dari segi akhlak tidak diambil berat Padahal pembentukkan akhlak yang paling penting.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 11:16 AM | Show all posts
ini semua salah teknologi,,
sepatutnya kita kembali hidup macam dalam hutan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 12:07 PM | Show all posts
Tgk tumblr dah bleh tahu betapa murah nye maruah gadis2 melayu
bersepah2 berlumba2 nak show aset memasing


Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 13-2-2018 02:08 AM
betul.. teruk betul pompuan zaman sekarang
pernah sedara aku wasap dgn pompuan ni... nak tekel..  ...

Umpan kot. Kang kena blackmail naya je
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
SKMM lembab..wechat tumblr tu bila tah nak banned...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 01:59 PM | Show all posts
yg aku paling menyampah.. org yg dok kehulur kehilir "masalah ini berounca dari kurang pendidikan agama"

sekali tuh msuk tahfiz.. gitu jugak malah ade yg lagi teruk
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.055434s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list