Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
721
View
11
Reply

[Tempatan] Menurutnya, pedang samurai itu senjata yang digunakan dalam insiden pergaduhan t

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-2-2018 11:34 PM | Show all posts |Read mode
https://m.youtube.com/watch?feature=youtu.be&v=hKtL7HrdHKM




DUNGUN: Polis sudah memanggil dua keluarga yang bergaduh di sebuah kawasan perumahan di Paka, hari ini, selepas insiden itu tular di laman sosial sejak dua hari lalu.


Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, seorang ahli keluarga terbabit menyerahkan sebilah pedang samurai di Balai Polis Paka, kira-kira jam 4 petang tadi.

Menurutnya, pedang samurai itu senjata yang digunakan dalam insiden pergaduhan terbabit.

"Kertas siasatan berhubung kes sudah dibuka dan mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berjadual," katanya.

Video berdurasi 1.34 minit yang memaparkan pergaduhan antara dua keluarga termasuk ugutan menggunakan senjata dipercayai pedang samurai tular di Facebook sejak dua hari lalu.

Insiden itu memaparkan pertengkaran di antara dua keluarga dipercayai berpunca daripada pergaduhan anak-anak membawa kepada campur tangan ibu bapa.

Video itu dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial dan kemudiannya dikongsi sehingga mendapat reaksi negatif netizen yang menganggap perkara sedemikian amat memalukan.


Quote:

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x689.

SEBILAH pedang samurai yang digunakan dalam insiden pergaduhan membabitkan dua buah keluarga di sebuah perumahan di Paka. - Foto Rosli Ilham





https://www.bharian.com.my/berita/ke...pedang-samurai



Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 12:40 AM | Show all posts
x de yg mati ke? boring betul setakat gado acah2 ni...

musuh x kalah, sendiri yg masuk ke dalam.

kalo masuk dalam sbb bunuh org puas ati jgk.

ni masuk dlm sbb pegang pedang samurai je.

hek eleh
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
wow manalah dia dpt pedang gitu
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 11:02 AM | Show all posts
laa..ingat yg gaduh adik beradik yg mati tu... kes lain rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 01:55 PM | Show all posts
tengok si anak yg takde adab menghanjing org tua,....hish...hish...hish
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 03:37 PM | Show all posts
Masing2 nak tunjuk siapa lebih hebat. X lama lepas ni, ada yang guna hand gun pula...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 03:45 PM | Show all posts
sapp73 replied at 12-2-2018 01:55 PM
tengok si anak yg takde adab menghanjing org tua,....hish...hish...hish

dah mak bapak pun takde adab.. nak expect apa dengan anak-anak mereka..
ada potential kena culik dengan van putih tak lama lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 03:52 PM | Show all posts
video mane
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak duk sibuk gaduh dgn jiran perempuan
Ank2 pompuan sibuk ejek2 siap berjoget2 dgn jiran pangkat mak dah.
Yg mak ..todiaaaa...terus meluru siap byk pedang samurai.
Laki dia tros stop gaduh n halau bini msuk umah simpan pedang. Baru nmpak ada akai mmasing otak tahap apa.
Tp overall family ni mmg xde adab.
Yg jiran tu pon ank2 gaduh duk layan.patut bwk ank tu msuk. Settle.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 02:43 AM | Show all posts
ada simpan pedang samurai untuk apa,memang untuk gaduh ke..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 07:04 AM | Show all posts
Apabila Konoha clan bertemu Uchiha clan. ZASSSS
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 08:10 AM | Show all posts
Ni baru set2 PPRT...cuma tak duduk flat aje..area rumah murah kat sini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.057622s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list