CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3740|Reply: 5

Harga Menu Tak Masuk Akal Di Warung RM1 Kluang Johor

[Copy link]
Post time 17-1-2018 12:31 PM | Show all posts |Read mode
Bila melihat nama warungnya sendiri macam tak percaya. Apa tidaknya Warung RM1 menjual hidangan-hidangan nak dengan harga RM 1 sahaja.




“Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain" menjadi mantera dan pegangan seorang peniaga makanan di Kluang, Johor yang menawarkan semua jenis makanan pada hanya RM1.

Antara makanan yang dijual di gerai ini termasuklah nasi lemak, nasi goreng, mi goreng, bihun goreng, kuey teow goreng, mi kari, mi rebus, laksa Penang, soto nasi, bihun soto dan bakso. Dan semua ini hanya berharga RM1.




Ditambah best lagi, anda boleh menambah lauk-pauk tambahan seperti ayam goreng, ayam masak merah, ayam kari, ayam kicap, ayam cili padi, ikan goreng, ikan mata merah, ikan tuka dan ikan tongkol tambahan RM1 dikenakan.




Bukan makanan sahaja, semua jenis air warung ini dijual dengan harga RM1. Tentu semua berasa pelik. Bagaimana dengan menjual makanan dengan harga yang rendah pemilik warung ini mendapat untuk dari jualannya.




Pemilik gerai berkongsi bahawa walaupun untung tidak besar tetapi cukup untuk mendapat balik modal, bayar gaji pekerja dan menyara kehidupan keluarga. Beliau menambah lagi, keuntungan seharian boleh mencecah sehingga RM1500.00 juga.

Benarlah kata orang , rezeki itu di tangan Allah kan. Bermacam cara Allah nak bagi rezeki pada kita. Yang penting kita hendak berusaha atau tidak sahaja. Jom support warung RM1 ini.! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2018 01:50 PM | Show all posts
ikan mata merah tu mcm mana..selama ni aku ingt ikan mata merah tu ikan lama yg dh nk busuk
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Aritu pergi kluang x tau plak wujud tempat ni!
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:30 AM | Show all posts
balik nnt nk try pi la...  x pernah tau ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:32 AM | Show all posts
Semoga murah rezeki acik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Warung ni dah xde sebab barangan kedai banyak dicuri masa diaorg cuti Ramadhan 2017 rasanya..  Tp ada lagi satu katTmn saujana. Ok jugak la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 14874 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 39953 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59
Puteri Balqis tertekan hingga rambut beruban
tatodPuteri Balqis tertekan hingga rambut ber
Views : 5813 Replies : 43

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.238292 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list