Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
1009
View
8
Reply

[Dunia] Bayi Terkecil Di Asia Bersaiz Coklat Bar

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-1-2018 05:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 14-1-2018 09:35 AM

Bayi Terkecil Di Asia Bersaiz Coklat Bar

http://www.mstar.com.my/berita/b ... /bayi-paling-kecil/


Diterbitkan: Ahad, 14 Januari 2018 8:30 AM

-fotoSWNS

SEORANG bayi perempuan dilahirkan 12 minggu lebih awal dengan tempoh kehamilan hanya 28 minggu sekali gus menjadi bayi terkecil yang pernah dilahirkan di Asia.
Pada masa kelahirannya, Manushi, dari Rajasthan, India bersaiz seperti anak patung dengan panjang 8.6 inci dan berat badannya hanya 400gram.

Untuk rujukan, beratnya lebih kurang sama dengan berat satu bar coklat Cadbury.

Kesukaran Manushi bermula semasa dia masih dalam rahim. Ibunya Seeta telah mengalami tekanan darah tidak terkawal semasa hamil dan janin tidak menerima aliran darah yang mencukupi.


-fotoSWNS

Manushi belum bernafas ketika dia dilahirkan di bahagian kecemasan pada 15 Jun.

Kulitnya nipis seperti kertas dan organ-organ kecilnya belum berkembang dengan baik.

Tapak kakinya, lebih kecil dari saiz ibu jari bapanya. Paling mudah, lihat ibu jari anda sekarang dan anda akan mendapat idea tentang ukuran bayi bersaiz halus ini.

-fotoSWNS

Digelar 'bayi ajaib' oleh kakitangan di Hospital Kanak-kanak Jivanta, pakar perubatan pada mulanya percaya Manushi mempunyai sedikit peluang iaitu 0.5 peratus untuk hidup tanpa kerosakan otak.

Menurut DNA India, pengarah di Hospital Kanak-kanak Jivanta, Dr Sunil Janged, berkata: Apabila bayi ini dilahirkan, kami tidak pasti apa yang mungkin berlaku.

Dia berjuang untuk bernafas, jadi dengan serta-merta dia diberikan ventilator sokongan pernafasan yang lebih maju untuk mengembangkan paru-parunya yang kecil dan tidak matang.

Dia tidak dapat diberi makanan secukupnya kerana usianya belum matang.

Kami harus mula memberikan bayi itu nutrisi pemakanan parenteral, yang pada dasarnya bermakna memberi semua nutrien penting, seperti asid amino, lipid, karbohidrat, mineral, multivitamin terus ke dalam peredaran darah."

Pakar sakit puan terkenal Dr Vimla Jain memberitahu Deccan Herald: Biasanya bayi yang dilahirkan seberat 500 gram kurang mendapat peluang hidup.

Kehidupan jarang berlaku.

Biasanya organ-organ badan untuk bayi yang kurang berat badan, termasuk paru-paru, jantung, otak, buah pinggang, usus, kulit dan adrenals tidak berfungsi dengan baik dan memerlukan sokongan buatan, oleh itu mereka tidak dapat hidup, katanya.


-fotoSWNS

Bagaimanapun, bayi kecil itu lebih kuat daripada yang dilihat. Walaupun menghadapi cabaran awal, termasuk penurunan berat badan semasa hari pertama hidup, dia mula mengambil susu selepas tujuh minggu.

Manushi diberikan pemindahan darah dan sokongan pernafasannya dihentikan sementara, menyebabkan dia mempunyai masalah pernafasan semasa tidur.

Selepas enam bulan, bayi ini dibenarkan keluar dari hospital dan secara intelektual dia dipercayai normal, walaupun masih ringan.
Penglihatannya juga dikatakan normal.

Menurut Hindustan Times, bekas presiden Forum Neonatologi India, Dr Ajay Gambhir, berkata: Kami berbangga melihat Seeta dan keluarganya dan kami menghargai mereka kerana menunjukkan contoh baru kepada masyarakat.

Rajasthan, di mana anak perempuan masih dianggap sebagai beban, sering dibuang ke dalam sampah selepas kelahiran atau ditinggalkan di rumah anak yatim. Tetapi pasangan itu merawat bayi mereka yang mempunyai peluang tipis untuk hidup," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak buah ai
Anak adik ai
Juga lahir 28mgu
900g aje berat masa lahir
Alhamdulillah dh 4 thn bdkny, sihat..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 08:26 PM | Show all posts
Too much playing God...

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Keciknya.. Mcm anak patung.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kt.hukm
Mak.iols ckp budak kecik gini diletakkan atas bulu kambing...comel je..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 11:11 PM | Show all posts
GigaMom replied at 14-1-2018 07:04 PM
Anak buah ai
Anak adik ai
Juga lahir 28mgu

sihat as in memang betul2 sihat ke atau gemuk? maklumlah orang kita suka sedapkan hati kata budak gemuk sihat padahal sikit lagi nak dapat title obesiti.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 replied at 14-1-2018 11:11 PM
sihat as in memang betul2 sihat ke atau gemuk? maklumlah orang kita suka sedapkan hati kata budak  ...

Sihat x perlu dh nk berulang ke spital.
Anak buah ai sorg masalah buah pinggang, tp gemuk yg hamat. Tp weol tahu itu gemuk akibat ubat2
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade yg 28 minggu dah berat 1kg lebih dan keatas sbb mmg jenis besar. Yg dlm berita ni mmg kalo cukup bulan pun iols agak dlm 2-2.5kg je kot..mmg jenis kecik.
Baby besar nampak sihat dan mudah dijaga, tapi nak kuarkan susah plak. Baby kecik nak kuarkn senang,nak jaga tu yg merisaukan.. nak plak kalo beratnya terus turun je lepas lahir.
Iols diberi peluang lalui kedua2 pengalaman berbeza ni. Pengalaman yg takkan pernah dilupakan. Mimpi ngeri bagi mak2 terutama sekali bila berdepan ngn situasi berat ank turun byk lepas bbrp hari lahir dan payah plak nak naik.sampai kena tahan kat nicu pastu kena ulang alik jumpa doktor tuk pantau je berat dia. Baby biasanya akan menambah byk berat badan masa umur 1-3 bulan tp ank iols naik sikit2 je.. dan kalo demam turun blk dgn byk.kalo tengok gambar dia masa 1-3 bulan dgn skrg dah 20 bulan mmg beza sgt2. Kecut je dulu, sbb tu skrg takmo nak limit dia nk mkn apa..

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 01:03 PM | Show all posts
Syukurlah sihat macam bayi2 lain akhirnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045958s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list