Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
403
View
5
Reply

[Tempatan] UMNO ditegur terlalu perbesarkan isu Tun M calon PM sehingga lupa agenda Melayu

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-1-2018 12:04 PM | Show all posts |Read mode


PASIR SALAK C Pemimpin UMNO perlu bersikap profesional dan tidak terlalu memperbesarkan isu pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri oleh Pakatan Harapan, kata anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata perkara itu bukan sahaja tidak mendatangkan manfaat kepada parti, malah memberi kelebihan daripada sudut kelangsungan politik bekas perdana menteri itu.

Rata-rata berpendapat pemilihan Dr Mahathir sebagai perdana menteri tidak sesuai berdasarkan pelbagai faktor termasuk usianya.

Kalau kita sedar tentang perkara itu, mengapa ia perlu diperbesarkan? Tiada faedah dan hanya beri kelebihan politik pada beliau, katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan 45 Tahun Rancangan Tanah Belia Khas Seberang Perak di sini, hari ini.

Konvensyen Pakatan Harapan 2018 di Shah Alam, Selangor pada 7 Jan lalu menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri sekiranya gabungan tersebut memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Tajuddin yang juga anggota Parlimen Pasir Salak berkata pemimpin UMNO perlu menghadapi PRU14 dengan kekuatan tersendiri dan menguar-uarkan kemajuan yang telah dibawa jika ingin terus diberi mandat untuk memerintah.

Kita kena tunjuk kejayaan kita selama ini membela rakyat, bangunkan negara selain jaga kepentingan agama Islam. Bukannya tonjol maki hamun, fitnah dan sebagainya yang bercanggah dengan budaya Melayu, katanya.

Mengulas mengenai peluang BN memenangi PRU14, Tajuddin berkata rakyat perlu bijak memilih dan tidak menggunakan emosi dalam memilih pemimpin bagi memastikan masa depan dan keharmonian negara kekal terjamin.

Saya lama dalam UMNO, banyak perkara yang telah dilalui dan saya harap rakyat buat pertimbangan sewajarnya dalam menentukan masa depan mereka dan negara, katanya.- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tidak perlu takut dan gusar jika UMNO ada pemimpin yang berkaliber tetapi apa yang terjadi, adalah sebaliknya....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 04:40 PM | Show all posts
Tumpang tanya ... apa yang dia maksudkan dgn AGENDA MELAYU?


Terimakasih :-)
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 04:51 PM | Show all posts
ntahnya.....

yg dok menyibuk pasal PH tu pasai apa...
takut dgn bebayang.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaaa kata Umno akan menang 2/3 majoriti,watpe susah payah burok2kan madey kutty yg dah tua katanya
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 09:29 PM | Show all posts
ckpla direct najib terus ka apa

ni  pemimpin umno

pemimpin umno tu sapa?

lim guan eng?
karpal sikh?
anwar?
madey?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045739s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list