Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
3396
View
114
Reply

[Tempatan] edisi suami kedekut : Muka isteri tak glowing disuruh gonyoh dengan sabut mandi, ingat ketiak ke?

[Copy link]

Author: jahcomel       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-1-2018 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Muka isteri tak glowing disuruh gonyoh dengan sabut mandi, ingat ketiak ke?
Isteri aku tak cantik

Isk makin lama makin lemau aku tengok isteri aku nie, kata si suami dalam hatinya.
Handphone dibelek-belek membuka WhatsApp group rakan-rakan. Ada yang share gambar wanita-wanita cantik berserta kapsyen, Selamat pagi abang-abang dalam group nie. Cair si suami melihatnya. Tidak kurang juga yang sering berkongsi info mengenai konsep bermadu, janda mencari suami, wanita timur tengah mencari pasangan, gambar-gambar artis wanita sampailah yang lagi teruk, terus berkongsi gambar dan video pornografi.
Yang peliknya, yang tukang share itu adalah suami orang dan anak pun dah berderet. Berkongsi pula dengan rakan-rakan yang sudah berkeluarga dan kadang-kala tanpa segan silu berkongsi dengan group yang ada rakan wanita yang juga sudah berkeluarga. Yang paling menyedihkan, group keluarga/keturunan pun ada yang berkongsi perkara sebegini. Malu betul bila cucu, anak saudara, mak saudara, sepupu sepapat lain melihat kenakalan mereka.
Bila masuk ke media sosial, si suami seronok like gambar-gambar wanita cantik dan seksi. Seperti satu kepuasan bagi mereka apabila dapat berinteraksi kononnya dengan tuan empunya gambar. Yang menariknya, perbuatan itu boleh dilihat oleh orang lain yang mungkin mengenali si suami.
Bila buat benda-benda sebegini, terus terang saya katakan si suami sebenarnya tidak menghormati isterinya. Orang yang dikahwini atas nama cinta dan sayang. Orang yang akan menemani kita sehingga hujung nyawa. Mereka hanya ada suami di hati, tapi si suami ada beribu wanita di mata.
Kenapalah isteri aku tak cantik? bisikan nakal di hati suami.

Dulu menarik gila, tak puas tengok. Pantang bergesel lengan saja pun terus jadi. Tetapi sekarang nak tengok muka pun tak lalu, lemau saja. Dengan rambut berserabai, muka kusam, badan pun gelebeh sana sini, tak ada selera langsung dah. Dua minggu sekali itu pun sebab terdesak.
Belum bila keluar lagi, tak menarik langsung pakaian dia, macam makcik tua. Tepek bedak sejuk saja, dah macam hantu dah bila tengok. Tak macam isteri orang lain, sedap mata memandang. Kalaulah isteri sendiri macam itu.
Kalau si suami ada perasaan seperti ini, amatlah menyedihkan. Isteri sendiri tak cantik, kenapa? Isteri itu di bawah jagaan siapa? Seperti anak, isteri juga perlu dibentuk suami. Anda nak isteri anda cantik, tapi anda yang tak jaga. Macam mana nak cantik?
Rambut dia serabai, gugur sana sini anda nak salahkan dia? Syampu pun anda malas beli. Kalau beli pun cap ayam yang paling murah. Asalkan berbuih.
Muka dia tak glowing, pembersih muka pun tak nak sediakan. Disuruhnya gonyoh dengan sabun mandi je. Ingat ketiak ke? Kemudian nak salahkan muka isteri macam ketiak? Belum masuk bab foundation dan lain-lain, silap-silap foundation pun anda tak tahu apa.
Badan dah gelebeh sana sini. Satu langkah, seribu pergerakan di badan dia. Orang rumah ajak pergi taman jalan-jalan saja pun anda dah malas. Inikan pula nak berzumba bagai. Terus dicop sebagai nusyuz! Maksiat! Walaupun kelas itu semua perempuan. Duduk rumah saja jaga anak, buat kerja-kerja rumah itu kan berpeluh? Anda ini bela isteri ke bela orang gaji?
Perwatakan tak menarik, pakaian tak cantik langsung. Dia nak beli baju online anda tak bagi, membazirlah, takut kena tipulah. Nak harapkan anda beli? Kalau boleh nak beli bundle saja asalkan ada baju. Tak ke membazir?
Nak cantik-cantik ini nak tunjuk pada siapa? Berdosa tau, kata si suami memberi alasan, kemudian  nak kecoh pakaian isteri tak menarik? Hmmm..
Makeup pun tak ada? Pakai bedak sejuk saja? Nak makeup macam mana bang, abang bagi dia beli yang pasar malam punya. Sekali dia pakai, jerawat naik sebulan. Itu yang dia tak pakai dah. Dia nak beli di Guardian atau Watson anda kata membazir, mahal. Padahal makeup itu beli boleh tahan berbulan. Dia nak beli online, abang sibuk tanya ada KKM tak? Zzzz
Dan akhir sekali. Cinta dan hormat. Di mana cinta kita kepada isteri? Di mana pula hormat terhadap isteri. Jika anda cintakan dan hormat isteri, anda takkan buat perkara-perkara pelik itu. Anda juga takkan tergamak untuk tidak mencantikkan isteri anda.
Rasa tercabar, kan? Mesti ada yang rasa macam saya ini poyo gila. Macam dia seorang saja yang best. Jika anda berfikiran sebegini, saya tak dapat bantu anda. Tahap pemikiran anda tidak cukup matang dan tidak cukup terbuka untuk menerima kenyataan. Saya meminta maaf, posting ini tidak ditujukan kepada anda.
Namun, jika anda terkesan dengan posting ini, tataplah isteri anda. Minta maaf kepada dia kerana telah mengabaikan dia selama ini. Berubahlah, berbincanglah dengan isteri apa yang dia perlukan. Kadang-kadang mereka lebih suka mendiamkan diri dari meminta. Apa yang saya harapkan ialah supaya mata dan hati anda kembali kepada isteri tercinta.


Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 10:34 AM | Show all posts
suami akak masuk group bola kelab bola sekali masuk penuh lucah. bodo kan laki zaman sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
byk jer jantan kedekut mcm ni.. bini nk beli apa2 kena minta izin. takut sgt bini nk melawa.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Sibuk nak nengok yang lawa je. Diri sendiri tuhh helok keeeeeee.
#mohontengokcermin #sedardirimakinkertu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
melinda_kerr replied at 14-1-2018 10:47 AM
byk jer jantan kedekut mcm ni.. bini nk beli apa2 kena minta izin. takut sgt bini nk melawa.

Setuju. Ni selalu org kuat agama yang risau huhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Suami suruh isteri jaga maruah suami. Yg suami dok follow perempuan seksi kat social media tu, like page bukan2, jangankan maruah isteri, maruah sendiri pun tak berjaga mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
cempakaa replied at 14-1-2018 11:10 AM
Setuju. Ni selalu org kuat agama yang risau huhu

ye uols..muka isteri penuh jerawat batu pun berkira lagi nk belikan apa- apa. apa punya jenis manusia ntah. spesis mcmni lah balik je rumah terus order kopi satu lepas tu silang panggung main fb takpun tgk tv. bini pulak kena uruskan semua hal rumah dan anak2 semua. tak kuasa hidup dgn lelaki otak zaman jahiliyah mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu bernafsu dgn perempuan seksi, nikah la dgn perempuan seksi. Jgn kawen yg pakai tudung litup.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
melinda_kerr replied at 14-1-2018 10:47 AM
byk jer jantan kedekut mcm ni.. bini nk beli apa2 kena minta izin. takut sgt bini nk melawa.


Kalau bini tabarruj dia takut org cakap dia dayus. Ego much

Then berkenan kat perempuan lain
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
melinda_kerr replied at 14-1-2018 10:47 AM
byk jer jantan kedekut mcm ni.. bini nk beli apa2 kena minta izin. takut sgt bini nk melawa.

alhamdulillah my hb x mcmni n mostly guna duit sendiri je nk beli..cuma kadang tu i minta duit dia, dia tny nk watpe?, i ckp ada la jgn tny..dia ckp x hbs2 beli mekap..i senyum kambing je la..dia hulur la i ckp tq..dia tau la tu i sibuk benda2 mekap ni smpai anak i bebel ckp mama ni x hbs2 mekap...

dulu i x mekap sbb malas sgt ms lps bersalin anak 2nd..smpai mak i bising2 ckp mcm muka mati laki..skg anak dh besar sikit br ada masa mengadap muka mengadap tuto mekap ngn hijab..smpai my hb ckp ida mekap2 cantik ni ada skandal kt luar..i gelak je la..skg risau plak i beriya mekap..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 14-1-2018 12:10 PM
alhamdulillah my hb x mcmni n mostly guna duit sendiri je nk beli..cuma kadang tu i minta duit dia ...

Kikiki biar dia tahu uols pun cantik mcm pompuan2 kt luar sana.. lagi pun kita pakai, mekap cantik2 kira mcm nk jaga nama dia jgk apa, kalau terjumpa org yg kenal suami kita mesti dia ckp 'amboi lawa bini kau, pandai kau jaga' tp kalau tetiba terjumpa masa muka/ rupa kita nampak busuk kn tak best, mesti dicerca sampai semua kwn2 dia tau
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-1-2018 12:44 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 14-1-2018 12:10 PM
alhamdulillah my hb x mcmni n mostly guna duit sendiri je nk beli..cuma kadang tu i minta duit dia ...

beto sis...pnah mak sy ckp kt sy '...nko ni pas mandi xde beza ngn muka sblum mandi...kusam...x bmaya...cuba tepek bedak sikit...'kita org pompuan bila pas beranak mmg kna jaga luar dalam lh coz byk dh ilang kolagen...mekap nipis2 pn dh ok cam bedak ngn lipstick...somi nih mekap pompuan bkn nye mahal sgt pun, byk pilihan tp ikut poket lh kan...kalu x mmpu nk hadiahkn mekap mahal kt bini beli y murah y bkualiti pn xpe asalkan bini tuh rase dihargai...camni pn boleh...sy bkn bniaga...
































Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
patut elak la group campur pompuan laki yg boleh memudaratkan
pastu yg perempuan tu kalau nak selfi selfi je la dalam group sama gegerl
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 12:57 PM | Show all posts
Yg hubby die like pon semua bermekap sekati. Ape salah nye invest sikit kt bini klu nk bini lawa...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-1-2018 01:03 PM | Show all posts
meisapoya replied at 14-1-2018 12:57 PM
Yg hubby die like pon semua bermekap sekati. Ape salah nye invest sikit kt bini klu nk bini lawa...

mmg fitrah lelaki nih diaorg nk y cantik2 y indah2...nk tngok y bermekap tp bini kt umoh xbg pulok bmekap takut mntak duit kt diaorg lh nnti...so nk mnyedapkn ati bini cakap lh ' xyah mekap2 ayang dh cantik dh...cantik smulajadi dh...' biar lh kt luar diaorg duk mnggatal ngn pompuan y bmekap...bini2 y lurus bendul pn wat lh modal 'somi kita x bg kita mekap2 nih sbb dia kata kita dh cantik dh...'...hias lh dri anda coz utk dri n ksihatan sdri...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 01:04 PM | Show all posts
muka tak pernah wudhu berminggu2 memang la tak glowing, kusam tak berseri cam muka2 capirroon.







Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 01:11 PM | Show all posts
jahcomel replied at 14-1-2018 01:03 PM
mmg fitrah lelaki nih diaorg nk y cantik2 y indah2...nk tngok y bermekap tp bini kt umoh xbg pulok ...

Nk yg cantik, tapi x nak byr maintenance kekdah nye. So, hanya mampu tgk je
Kedekut taik idung masin laki mcm ni

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
melinda_kerr replied at 14-1-2018 10:47 AM
byk jer jantan kedekut mcm ni.. bini nk beli apa2 kena minta izin. takut sgt bini nk melawa.

Yang bini pon satu, if nak melawa, melawa ja la. Hapa perlunya minta izin bagai? Laki if berskandal hada laki tu minta izin?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi is3 jgnlah malas..bukan semetinya diberi segala baru mampu mendptkan kecantikan. Jaga makan jaga diri dari segi penjagaan luar dlm. Tidak susah utk menyediakan masker/scrub mendptkan kulit cerah dan sihat.
Hanya sebiji tomato masak ambil bhgian dlmnya dilenyek halus campo madu jus limau baking soda dan tepung beras..kacau rata simpan dlm petiais bagi sejuk bukan beku..lepastu sapulah diwajah dan kulit badan jika mahu. Biarkan dlm 30 kemudian bilas atau lap dgn span basah.

Nasihat dari org yg dah xde laki
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 01:17 PM | Show all posts

....lahaiiii ... kalau nakmelawa tak payah mintak duit laki .. beli  ajer lah sendiri mekap2 tu ... sebba tu isteri kena bekerja ...... jangandokmengharap duit laki ..

saya sepanjang 25 tahun dah kahwin ... rasanya tak pernah mintak duit laki ... kuasa lahhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
jahcomel replied at 14-1-2018 12:44 PM
beto sis...pnah mak sy ckp kt sy '...nko ni pas mandi xde beza ngn muka sblum mandi...kusam...x bm ...

Aiol sajes jangan la pakai menda tiruan ni, bahaya. Helok la beli jah mekap kat Guardian, Watson bagai tu. Simplysiti pon hokeh. Ai guna, helok ja di wajah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 14-1-2018 01:13 PM
Yang bini pon satu, if nak melawa, melawa ja la. Hapa perlunya minta izin bagai? Laki if berskanda ...

nk buat mcmana uols. duit semua dr poket suami... nk beli pad pun agaknya nk kena mintak izin dan loan approval juaaaa.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-1-2018 01:25 PM | Show all posts
chazey replied at 14-1-2018 01:17 PM
Aiol sajes jangan la pakai menda tiruan ni, bahaya. Helok la beli jah mekap kat Guardian, Watson b ...

sy tepek tu kalu laki tu nk bkira sgt kalu bini nk beli mekap...seelok2nya beli lh kt drugstore...tp tngok org y jual on9 nih mmg ramai pulok pmintaanya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 01:33 PM | Show all posts
chazey replied at 14-1-2018 01:13 PM
Yang bini pon satu, if nak melawa, melawa ja la. Hapa perlunya minta izin bagai? Laki if berskanda ...

betina bahlol cam kau la yang buat laki kau berskandal cari betina lebih baik dari kau.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 01:34 PM | Show all posts
rospinki replied at 14-1-2018 01:15 PM
Jadi is3 jgnlah malas..bukan semetinya diberi segala baru mampu mendptkan kecantikan. Jaga makan jag ...

patut la laki kau blah, time nak main, muka kau bau tomato


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.981220s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list