Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
132
View
2
Reply

[Tempatan] Tahun Baru Cina disambut tanpa imej anjing

[Copy link]

Author: kampring       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-1-2018 10:11 AM | Show all posts |Read mode



BUKAN semua haiwan diciptakan setara, itulah pandangan sesetengah pemilik perniagaan dan peruncit Malaysia apabila ia melibatkan haiwan zodiak dalam budaya Cina.

Beberapa perniagaan besar didapati cuba mengelak menggunakan imej anjing untuk hiasan premis bagi sambutan kedatangan Tahun Anjing pada 16 Februari nanti.

Ketua Pegawai Operasi Sunway Malls, Kevin Tan memberitahu The Malaysian Insight, pusat membeli-belahnya akan mengelak mempamerkan imej anjing, yang dianggap "najis" kepada orang Islam.

"Ini adalah pertimbangan kreatif. Kita mempunyai banyak pilihan. Kita tidak semestinya perlu menggunakan imej anjing.

"Budaya juga adalah pertimbangan. Sebuah pusat membeli-belah adalah ruang awam, pelbagai kaum akan berkumpul di sini," katanya.

"Kami akan mengelakkan sebarang hiasan dengan elemen yang membangkitkan perbalahan."

Sunway Malls, di bawah Kumpulan Sunway, menguruskan lima kompleks membeli-belah di Lembah Klang dan Pulau Pinang. Lima adalah Sunway Pyramid (Subang Jaya) dan Sunway Giza (Kota Damansara) di Selangor, Sunway Putra dan Sunway Velocity di Kuala Lumpur, dan Sunway Carnival (Seberang Perai, Pulau Pinang).

Kumpulan itu turut mengelakkan sebarang gambar anjing ketika kali terakhir sambutan zodiak haiwan itu pada 2006.

Zodiak Cina menggunakan simbol haiwan yang berbeza dan ia mewakili sifat utamanya setiap tahun dalam kitaran 12 tahun.

Kedatangan Tahun Anjing disambut selepas ayam jantan dan babi.

Jurucakap "Farm in the City", zoo terkenal di Seri Kembangan, Selangor, berkata syarikatnya belum memutuskan sama ada untuk mengelak menggunakan dekorasi bertemakan anjing bagi sambutan Tahun Baru Cina bagi menjaga sensitiviti orang Islam.

Bagaimanapun, beliau berkata syarikat itu sentiasa cuba "bertimbang rasa" terhadap perasaan penganut agama majoriti.

"Walaupun kita mempamerkan haiwan, kita tidak akan mempamerkan babi atau anjing. Setiap budaya di sesebuah negara berbeza, Singapura boleh mengadakan pameran babi tetapi ini adalah Malaysia," kata jurucakap itu, yang hanya memberikan nama pertamanya Alex.

Beliau menambah, ada orang Islam yang akan masuk kedai haiwan peliharaan di Farm In the City untuk melihat anjing, memeliharanya dan malah menghantar anjing liar yang diselamatkan, kebanyakan orang Islam tidak akan selesa untuk melihat dan menyentuh haiwan itu.

Pemilik restoran Muhammad Dayan Kamal Mustapah Kamal, 33, berkata sebagai seorang Muslim, beliau bersetuju tidak sepatutnya ada hiasan Tahun Baru Cina bertemakan anjing.

"Bukan semua orang Islam di Malaysia atau orang Melayu boleh menerima dekorasi anjing, sesetengah orang Islam sangat sensitif. Ini berkait dengan ajaran Islam," katanya.

Malah, katanya gambar anjing juga boleh menyebabkan rasa tidak senang terhadap orang Islam.

Bimbang dengan tindak balas awam, perniagaan di Malaysia sering berhati-hati untuk tidak menyinggung sensitiviti Islam.

Awal bulan ini, Giant Hypermarket berdepan kontroversi daripada pengguna Internet kerana menjual baju T yang mengandungi dari 12 zodiak haiwan, tetapi imej anjing dan babi digantikan dengan aksara yang mengeja nama haiwan itu.

Pada Oktober 2016, Auntie Anne's diminta untuk mengubah nama "Pretzel Dog" mereka kepada "Pretzel Sosej" oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Pada tahun yang sama, watak separuh lelaki, setengah babi pada filem Tahun Baru Cina, Monkey King 2 dikeluarkan daripada posternya. Pengedar filem, Golden Screen Cinemas, berkata ia mengubahsuai poster atas inisiatifnya sendiri.

Bagaimanapun, tidak semua orang Islam berpendapat yang sama.

Jurugambar, Amir, 27, berkata hiasan Tahun Baru Cina yang memaparkan imej anjing itu tidak menjadi masalah baginya kerana ia adalah sebahagian daripada budaya Cina.

"Saya tidak berasa tersinggung kerana ia hanya digunakan sebagai hiasan tahun baru. Jika sesetengah orang Islam menggunakannya untuk menimbulkan kekecohan, mereka terlalu melampau."

Beliau berkata setiap kebudayaan harus diberikan ruang untuk berkembang, selagi tidak dilakukan dengan niat jahat, seperti menggunakan gambar seekor anjing untuk menimbulkan perasaan atau memperkecilkan umat Islam. C 13 Januari, 2018.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau hurup tu xpe la.kot
Xkan.muslim.nak beli plak kan
Dah tenntu yang meraikan yang slalunya beli..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde masalah pun nk guna hiasan tema anjing..motip yg muslim plak nak sentap..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.047190s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list