Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
159
View
2
Reply

[Tempatan] Budaya Melayu penghalang Malaysia capai negara maju

[Copy link]

Author: kampring       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-1-2018 09:57 AM | Show all posts |Read mode
Pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (HARAPAN) dilihat sebagai strategi pakatan pembangkang untuk meraih undi di kalangan pengundi Melayu terutama di kawasan luar bandar.

Dr Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun sehingga peletakan jawatannya pada 2003 juga dikenali sebagai watak utama dalam isu-isu hak Melayu.

Namun, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu juga sinonim dengan kritikan tajam terhadap Melayu.

Pada program Bicara Wawasan 2020 hari ini di Cyberjaya, beliau mendakwa salah satu sebab rakyat Malaysia tidak akan menjadi negara maju menjelang 2020 adalah kerana budaya Melayu.

Saya percaya kebolehan Melayu sama dengan orang Eropah dan orang Jepun, namun masalahnya adalah budaya.



Kita dapati kita tidak komited, tidak begitu rajin dan tidak begitu boleh dipercayai.

Kita sering cari jalan mudah, sebab itu kita tertinggal di belakang. Kita suka bila kerja sikit tapi gaji besar.

Bukannya sebab kita tidak boleh tapi sebab kita tidak mahu, ini masalahnya, katanya.

Banyak cuti umum

Dr Mahathir turut mengimbas semula ketika beliau menjawat sebagai menteri pendidikan, kakitangannya sering habis kerja pada pukul 3 petang.

Saya tanya ketua setiausaha, kenapa mereka balik pukul 3 petang. Untuk elak kesesakan trafik (kata setiausaha saya).

Tapi kita bayar mereka untuk kerja sampai pukul 4.30 petang, katanya.

Dr Mahathir berkata, sikap itu bukan cara untuk menjadi negara maju kerana kita perlu melakukan sesuatu hal dengan terbaik.

Selain itu, Dr Mahathir turut menekankan bahawa terlalu banyak cuti umum di Malaysia dan rakyat Malaysia tidak begitu bekerja keras.



Ini menyebabkan negara menjadi 'autopilot', katanya dan menambah beliau tidak bersetuju hari Sabtu merupakan hari tidak bekerja.

Malaysia masih bukan negara maju seperti negara lain, katanya, justeru rakyat Malaysia perlu bekerja lebih keras.

Jika kita lari lebih perlahan daripada orang di depan kita, bolehkah kita kejar? Sudah tentu tidak. Kita mesti lari lebih laju daripada mereka.

(Bagaimana) anda mahu berjaya jika tidak berusaha? Mustahil kita boleh berjaya, katanya.

Contohi Jepun

Di samping itu, Dr Mahathir yang memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur ketika pentadbirannya turut memuji budaya Jepun kerana rakyat negara itu berkembang pesar meski selepas Perang Dunia Kedua.

Orang Jepun sangat miskin selepas perang sehingga dibayar dengan segenggan beras dan sos soya, katanya, namun mereka bekerja keras untuk memulihkan negara mereka.

Sebab mereka rajin dan komited, mereka berjaya memulihkan Jepun. Kini mereka kaya.
Apa yang buat mereka berjaya bukan kerana mereka lebih cerdik daripada kita, tapi kerana budaya mereka yang membolehkan mereka mencapai tahap yang lebih tinggi, katanya.

Namun di kalangan orang Melayu kini, maaf, sangat kurang rasa malu... Meski mereka tidak buat kerja yang baik, tidak apa, katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 10:21 AM | Show all posts
kau preacher je tun nyanyuk firaun.pandai bercakap cm azizan osman. tp realiti anak kau tu pemalas , tender minyak kau bagi anak kau. royalti kelantan kau xbagi. kau nak kutuk melayu tp budaya melayu kau gunakan untuk anak beranak kroni kau.

xpayah layan mahathir ni gila kuasa. doa almarhum ustaz haji fadhil noor di makbulkan. tengok betapa gila kuasa mahathir ni. padan lah pas dendam kesumat dengan tun. dulu boleh kawan dengan dap bila tun muncul twist je tetiba.

jangan haraplah rakyat malaysia nak benarkan keturunan kau masuk politik semula. bagis PM ds najib syabas singkir mukhriz. jahat2 najib anak dia tak sapu harta negara xmain kroni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 11:39 AM | Show all posts
Saya takkan sokong mahathir... orang tak percaya pada mahkamah, polis, sprm, tuh semua punca drpd dia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.040482s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list