Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
103
View
1
Reply

[Tempatan] 13 hotel amal polisi larangan bertudung, kata menteri

[Copy link]

Author: kampring       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-1-2018 09:50 AM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang memuktamadkan draf cadangan pindaan Akta Kerja 1955 bagi menangani diskriminasi di tempat kerja susulan isu larangan bertudung dalam sektor perhotelan baru-baru ini.

Menteri Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata cadangan pindaan akta itu hasil perbincangan pada 5 Disember lepas melibatkan kementerian dan agensi berkaitan antaranya Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia.

Draf pindaan undang-undang tersebut akan diperhalusi segera bersama-sama beberapa agensi lain yang terlibat, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Riot berkata KSM melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) juga menjalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas 74 buah hotel bertaraf 4 dan 5 bintang di Pahang, Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak November 2017.

Menurutnya pemeriksaan tersebut bagi mengenal pasti kewujudan unsur-unsur diskriminasi khususnya mengenai larangan pemakaian tudung dan kod etika pakaian ditetapkan majikan.

Riot berkata pemeriksaan tersebut mendapati 13 buah hotel mengamalkan polisi larangan bertudung semasa bekerja manakala 61 lagi tidak menetapkan sebarang bentuk polisi berkaitan perkara itu.

Katanya JTKSM telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan hotel berkenaan dan mereka secara dasarnya bersetuju untuk membatalkan larangan tersebut.

Sebagai contoh, di Johor terdapat empat buah hotel yang mengenakan larangan bertudung dan selepas perbincangan lanjut, mereka akur secara lisan dan bertulis serta membuat pengakuan untuk membatalkan larangan tersebut, katanya.

Riot berkata JTKSM juga telah mengeluarkan surat kepada dua persatuan dan 10 kesatuan sektor perhotelan pada 18 Dis 2017 untuk mendapatkan pandangan bertulis berhubung isu itu.

Katanya Persatuan Pengusaha Hotel (MAH) dalam maklum balasnya menyatakan polisi melarang pekerja bertudung adalah bergantung kepada pengurusan hotel masing-masing.

Dalam pada itu, Riot turut mengulangi gesaannya kepada majikan, khususnya pengusaha hotel di seluruh negara, agar memberi komitmen dan kerjasama dalam usaha berterusan kerajaan untuk memelihara keharmonian di tempat kerja.

Justeru katanya majikan perlu sentiasa menghormati hakChak pekerja yang digajikan bukan sahaja dari segi meningkatkan pematuhan terhadap undang-undang perburuhan sedia ada di negara ini, tetapi turut menghormati hak-hak individu seperti yang termaktub di bawah Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan melarang sebarang bentuk diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras dan keturunan, katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Husband iols.ckp.kalau.under starwood mmg xboleh pakaintudung
Staff dia semua oakai tudung kt luar
Masuk.koje xde pakai tudung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.046236s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list