|
Tuaran: Bagi penggemar buah tempatan, ramai yang lebih menggemari durian yang dikatakan raja segala buah.
Tidak hairanlah, ramai yang sanggup mengembara jauh untuk mendapatkan durian pelbagai jenis walaupun harganya mahal.
Bagaimanapun di Sabah, ada satu lagi buah tempatan yang popular dalam kalangan warga tempatan iaitu buah tarap.
Pokok buah ini tumbuh subur di kawasan beriklim tropika dan mudah didapati di Sabah.
Ia berbentuk bulat dan beratnya boleh sampai satu kilogram (kg).
Kebiasaannya buah yang masih muda mempunyai kulit berwarna hijau pekat, manakala buah yang sudah masak pula mempunyai kulit berwarna hijau kekuningan.
Buah tarap yang sudah masak sangat mudah dikopek untuk diambil isinya.
Sekali pandang, bentuk luaran buah ini seperti cempedak dan nangka, tetapi bentuknya lebih bulat.
Isi buah ini pula berwarna putih susu manakala isi cempedak atau nangka berwarna kuning.
Menariknya, mereka yang mahu makan buah ini hanya perlu menggunakan tangan untuk membelah kulit dan mendapatkan isinya.
Jika dahulu, buah tarap mudah didapati dan kebiasaannya dijual oleh penduduk kampung pada harga yang murah.
Bagaimanapun, siapa sangka buah tarap kini setanding buah tempatan lain sehingga ada yang dijual melebihi RM20 sebiji.
Peniaga buah tempatan di Kampung Rangalau, Kiulu, dekat sini, Jalinah Jukin, 52, berkata, buah tarap banyak didapati bermula Disember lalu sehingga akhir bulan depan.
Menurutnya, ia menyebabkan gerai menjual buah itu mudah didapati sepanjang Jalan Kiulu-Tamparuli.
Orang ramai memberhentikan kenderaan masing-masing untuk membeli buah tarap ini untuk hidangan keluarga.
Saya menjualnya pada harga bermula RM5 sehingga RM8 mengikut saiz dan harganya bergantung sama ada buah itu masih mentah atau sudah masak, katanya ketika ditemui Harian Metro, baru-baru ini.
Menurutnya, musim buah tarap adalah setahun sekali dan kali ini musimnya dijangka berakhir Februari.
Selain rasa manis apabila masak, buah tarap yang mentah juga boleh dipotong kecil-kecil untuk dimasak sebagai sup sayur yang dicampur ikan masin atau daging lain.
Selain itu, buah tarap yang masak boleh dicampur dengan adunan tepung untuk dijadikan kuih, katanya.
Jalinah berkata, musim tarap lazimnya disusuli durian dan rambutan di kawasannya, sekali gus menarik kunjungan ramai pelancong ke daerah berkenaan.
Sementara itu, pelancong dari Belanda, Edora Michael, 29, berkata, dia tertarik dengan keunikan buah itu.
Saya terlihat gerai yang menjual buah ini ketika dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu selepas melawat Kiulu.
Ia jarang ditemui di negara kami dan rasanya enak dan lembut.
Saya terus membeli 10 biji buah tarap untuk dimakan sepanjang perjalanan ke Kota Kinabalu, katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 January 2018 |
|
|
|
|
|
Mahalnya sampai RM20 sebijik
Aku beli di tamu tak sampai RM5 pun |
|
|
|
|
|
Sedapnya terap. Manis plak tu.  |
|
|
|
|
|
Gambar takder  |
|
|
|
|
|
Apa lah tak letak gambar. Terpaksa kena Google.
Rupa cam cempedak yg bulat je
TT kan dah tahu benda2 basic camni. |
|
|
|
|
|
Penah mkn..dpt free je..hihi |
|
|
|
|
|
Buah tarap mmg sedappp... Tapi skg dah mahal |
|
|
|
|
|
cobaan nak menduniakan tarap la tu setarap musang king..untung2 pelancong mainland china berkenan 
|
|
|
|
|
|
Edited by tanakkampung1x at 13-1-2018 03:58 PM

 |
|
|
|
|
|
Actually aku lebih suka tarap daripada durian
|
|
|
|
|
|
sama lah..aku pun rasa jauh lg sedap tarap banding ngan durian ..lg2 musang king yg overrated tuh
|
|
|
|
|
|
Puas makan kalau balik kg nih hahaa.. |
|
|
|
|
|
tanakkampung1x replied at 13-1-2018 03:56 PM
ni mcm biah sukun atau buah nona |
|
|
|
|
|
tanakkampung1x replied at 13-1-2018 09:40 AM
Mahalnya sampai RM20 sebijik
Aku beli di tamu tak sampai RM5 pun
Macam minipu ja kan.  |
|
|
|
|
|
saladin780 replied at 13-1-2018 03:59 PM
sama lah..aku pun rasa jauh lg sedap tarap banding ngan durian ..lg2 musang king yg overrated tuh
...
YES! Akhirnya ku berjumpa dengan teman semporuman yang berpendapat sama yakni Musang King tu durian overrated.
@dinopower2
 |
|
|
|
|
|
sekngucing replied at 13-1-2018 05:04 PM
ni mcm biah sukun atau buah nona
Bukan, totally different. |
|
|
|
|
|
tanakkampung1x replied at 13-1-2018 03:57 PM
Actually aku lebih suka tarap daripada durian
Saya suka sup tarap campur sinalau ciken kasi lawan dengan ikan masin masak lada putih makan sama nasi beras kampung panas2. ^~^ |
|
|
|
|
|
Kalau tarap ni hada kat Semenanjung, aku yakin dah lama kau orang buat gulai lemak cili api or jempot2 tarap.  |
|
|
|
|
|
Aiol melwt kg fmly sedara2, bw biji tarap nk tnm kt kltn. X hidup ngko. Dh lh suami ai blh balun buah ni spjg hr |
|
|
|
|
|
Adik beradik cempedak rupanya. |
|
|
|
|
|
tanakkampung1x replied at 13-1-2018 01:40 AM
Mahalnya sampai RM20 sebijik
Aku beli di tamu tak sampai RM5 pun
tamu tipu tipu.. takmau takmau |
|
|
|
|
|
iolls tak makan durian.. tapi nak tanya, awat musang king overrated sangat.. kalau tak silap, dalam upin ipin bukan musang king ne tak sedap ke? |
|
|
|
|
|
Pernah makan, tp xbrp minat |
|
|
|
|
|
Tapi buah tarap ni isi nipis. |
|
|
|
|
|
|