Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
243
View
1
Reply

[Dunia] Rakyat malaysia harus berbangga dengan Donald Trump dan Najib Razak: AS perkenal sistem ranking keselamatan negara asing

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 13-1-2018 04:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 12-1-2018 12:42 PM



AS perkenal sistem ranking keselamatan negara asing
12 JANUARI 2018
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Amerika Syarikat (AS), kelmarin memperkenalkan cara untuk memberi amaran tentang bahaya perjalanan ke negara asing dengan sistem ranking keselamatan bagi negara dan peta dunia interaktif.
Sebanyak 10 zon perang dan negara gagal termasuk Afghanistan, Republik Afrika Tengah, Iran, Iraq, Libya, Mali dan Sudan Selatan diletakkan pada Tahap Empat, Larangan Perjalanan.
"Korea Utara juga pada tahap sama dengan sekatan tambahan melarang rakyat AS berkunjung ke negara itu. Langkah ini mungkin mencetuskan kemarahan antarabangsa, namun ia nasihat dalam bentuk format baru.
"Ini bukan dokumen politik. Ia adalah berdasarkan penilaian kami terhadap situasi keselamatan," kata Pegawai Konsular Kanan, Michelle Bernier-Toth.
Difahamkan, sekutu utama Eropah seperti Britain, Perancis, Jerman berada pada Tahap Dua.      
Negara di Asia seperti Kemboja, Jepun, Malaysia, Singapura dan Thailand pula berada pada Tahap Satu. - AFP
http://www.sinarharian.com.my/global/as-perkenal-sistem-ranking-keselamatan-negara-asing-1.782434



Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-1-2018 04:41 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 12-1-2018 01:06 PM

bernarap macai macai teroris cepat cepat mereput tau!


Malaysia selamat untuk pelancong12 JANUARI 2018



Tan Sri Syed Hamid Albar


KUALA LUMPUR C Disenaraikan di tahap terendah dalam sistem ranking keselamatan dan sekuriti yang diperkenalkan  oleh Amerika Syarikat  menunjukkan Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk aspek-aspek keselamatan di kalangan pelancong.
Pakar undang-undang antarabangsa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Mohd Yazid ZulKepli berkata tinjauan positif itu menunjukkan tahap keselamatam umum di negara ini yang sederhana dan selamat untuk pelancong.

"Selepas insiden serangan ke atas Modiva pub oleh penyokong ISIS (Daesh) pada Jun 2016, tiada laporan mengenai kejayaan serangan di Malaysia. Pasukan polis juga telah  berjaya mengekang dan mengawal ancaman keganasan dengan kira-kira 400 suspek ditahan, kata beliau kepada Bernama hari ini mengenai ranking sistem amaran perjalanan itu yang dikeluarkan pada 10 Jan.

Negara-negara yang berada di Tahap  Satu: Exercise Normal Precautions antaranya ialah Australia, Singapura, Brunei, Sweden dan Switzerland.
Sebelas negara menduduki ranking  Tahap Empat, "Do Not Travel" iaitu Afghanistan, Republik  Afrika Tengah, Iran, Iraq, Libya, Mali, Korea Utara, Somalia, Sudan Selatan, Syria dan Yaman.

Amerika Syarikat memperkenalkan sistem itu untuk memberi amaran kepada warga negaranya mengenai bahaya perjalanan ke luar negara dan dengan itu memberi nasihat perjalanan yang lebih jelas kepada pelancong.
Mohd Yazid berkata risiko keselamatan dan sekuriti di bawah program nasihat perjalanan Amerika Syarikat yang dilancarkan oleh Biro Hal Ehwal Konsular Jabatan Negara melibatkan penilaian oleh pakar keselamatran AS, komuniti perisikan, kerajaan selaku hos, kedutaan dan konsulat Amerika Syarikat.

Tahap Satu dan Dua dikaji semula setiap tahun tetapi boleh dikaji secara kekerapan bergantung kepada keadaan. Tahap Tiga dan Empat disemak semula setiap enam bulan, katanya dan menambah bahawa Malaysia pada umumnya adalah negara yang selamat untuk dikunjungi.

Sementara itu, bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar berkata kedudukan Malaysia dalam ranking itu adalah sesuatu yang diinginkan oleh setiap negara terutama jika mahu menarik pelaburan dan pelancongan kerana ranking ini mencerminkan tahap keselamatan dalam aspek politik, ekonomi, keselamatan dan sosio budaya.

Objektif kita menjadikan Kuala Lumpur sebagai satu daripada dua puluh bandar raya terbaik untuk didiami di dunia dapat dicapai. Untuk mereka yang ingin menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua, penarafan ini menjadikan Malaysia menarik. Pendek kata, pilihan yang ideal. Itulah pandangan saya, kata beliau.
Sementara itu, Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek pula percaya antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan itu adalah kerana Malaysia telah banyak mematuhi pelbagai undang-undang dan piawaian antarabangsa berkaitan anti keganasan.

Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) itu berkata antara undang-undang tersebut adalah mewujudkan  Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) ,  Akta Pencegahan Keganasan (POTA) , Akta Pencegahan Jenayah ( POCA) dan  Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ini antara undang-undang yang boleh dikuatkuasakan sebelum jenayah berlaku dalam usaha mengekang sebarang aktiviti menyalahi undang-undang sekaligus mewujudkan situasi aman dan tenteram di negara ini, katanya.
Beliau berkata faktor lain adalah kejayaan pelaksanaan program deradikalisasi antara semua agensi keselamatan dan pertahanan yang terlibat yang saling berganding bahu dalam memastikan program itu benar-benar mencapai misinya.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis dan pakar isu-isu antarabangsa Prof Dr Zaid Ahmad berkata kejayaan Malaysia itu seharusnya boleh mempercepat proses dan kelulusan program pengecualian visa bagi rakyat Malaysia memasuki Amerika Syarikat.
Malaysia dilaporkan telah menyatakan hasrat untuk menyertai program pengecualian visa itu semasa perbincangan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Amerika ketika itu Barack Obama semasa melawat Malaysia pada April 2014. CBernama


http://www.sinarharian.com.my/nasional/malaysia-selamat-untuk-pelancong-1.782821


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.049537s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list