Minat menulis? Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM600! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
819
View
19
Reply

[Tempatan] Pelajar lewat ke sekolah denda solat Dhuha. 2,252 share 6,000 LIKE

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-1-2018 11:01 PM | Show all posts |Read mode


Pelajar sekolah SMK Seksyen 7 Shah Alam yang lewat ke sekolah didenda menunaikan solat Dhuha di dataran perhimpunan. - Facebook/Eizan Ariffin

PETALING JAYA: Nak denda salah, tak denda pun serba salah. Itulah dilema yang dihadapi para guru ketika berdepan dengan pelajar yang mempunyai masalah disiplin.

Selepas seorang demi seorang guru tular gara-gara tindakan disiplin yang diambil ke atas pelajar bermasalah, kini sebuah sekolah di Shah Alam pula tular kerana mengenakan denda yang unik kepada para pelajarnya.

Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam yang mendenda pelajar lewat dengan menyuruh mereka menunaikan solat Dhuha di dataran perhimpunan.

Pengetuanya, Siti Salmiah Yaakob berkata, idea untuk mengenakan denda tersebut sebenarnya sudah lama diamalkan oleh pihak sekolah dan beliau tidak menyangka ia akan tular baru-baru ini.


Antara pujian yang ditinggalkan netizen terhadap tindakan tersebut.

"Sebelum ini, mereka yang lewat ke sekolah akan diminta menunaikan solat Dhuha di surau.

"Cuma, baru-baru ini denda itu dilakukan di dataran perhimpunan pada hari kedua sekolah dibuka. Sepatutnya, pelajar teruja nak ke sekolah masa awal-awal tahun, tapi mereka datang lambat pula," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Kata Siti Salmiah, sekolah tersebut mempunyai seramai 2,000 pelajar yang terdiri daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.

Jelasnya, seramai hampir 50 pelajar dari jumlah itu yang didenda pada hari tersebut dan kebanyakan mereka memberikan alasan bangun lambat serta singgah menikmati sarapan pagi di kedai berhampiran kawasan sekolah berkenaan.

"Bila mereka bagi alasan bangun lambat, jadi kita anggap mungkin mereka tidak solat Subuh.

"Pihak sekolah denda tunaikan solat Dhuha dengan harapan solat-solat sunat ini dapat 'top-up' mana-mana amalan yang kurang," ujarnya yang menjadi pengetua di sekolah tersebut sejak 2016.

Posting mengenai denda tersebut tular selepas ia dimuat naik oleh seorang ibu, Eizan Ariffin di laman Facebook miliknya dan turut meluahkan rasa tersentuh selepas melihat gambar-gambar itu.

Posting tersebut telah dikongsikan sebanyak 2,252 kali dan menerima lebih 6,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada 3 Januari lalu.

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya rasa elok jangan disebut sbg denda tp dididik menunaikan solat dhuha. Takut nanti terkait dalam fikiran bahawa solat dhuha itu sejenis denda yg tidak disukai.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2018 02:10 AM | Show all posts
solat adalah hukuman...

syabas...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2018 04:05 PM | Show all posts
mcm sek anak aku...

Buat salah, kena solat taubat sebulan ....
org gi makan kat kantin wsktu rehat, kau gi buat solat taubat kat musollah.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2018 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasti mereka yg berjiwa free thinker dan atheist  akan berasa terseksa dgan denda ini. Satu denda yg bagus!
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2018 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dan dodol syiak lobai2 wannabe pasti akan sengaja dtg lewat utk menunaikan shalat doha ini.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2018 04:53 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 13-1-2018 04:05 PM
mcm sek anak aku...

Buat salah, kena solat taubat sebulan ....

yang patutu solat taubat tu kau, dosa berbakul tiap tahun bertambah berbakul2






Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2018 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Niat solat kerana Allah ke kerana dipaksa / didenda ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2018 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 13-1-2018 04:05 PM
mcm sek anak aku...

Buat salah, kena solat taubat sebulan ....

Huh... Solat taubat terus.
Berbaur iols, sama ada nak terharu atau 'Syabas bete'.

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2018 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 13-1-2018 05:54 PM
Huh... Solat taubat terus.
Berbaur iols, sama ada nak terharu atau 'Syabas bete'.

Maksud aku klu ada buat salah lah....
Bkn sbb dtg lambat.....klu dtg lambat, cikgu tak denda pun, bagi amaran je....sampai hujung thn pun amaran gak....sbb cikgu tahu bebudak bkn sengaja nk dtg lambt, kekdg bas yg lambat...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2018 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Elokla ... niat terpaksa ke rela just dont care. Cause this is hukuman. Like it or not kau kena
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2018 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ujung2 ibadat jd hukumam sis..yass inilah ajaran oertiwi praktikkan..xsolat rotan sampai berbirat..ibu tersenyum bangha tgk anak berbirat..religion of peace.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-1-2018 12:14 PM | Show all posts
pelajar lewat tak boleh dirotan
mungkin ni kaedah terbaik setakat ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 01:08 PM | Show all posts
sahaja aku solat paksa dhuha,2 rakaat kerana kena denda..awloh huakbar
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
elok macam ni
denda buat benda baik
cuci tandas
cuci surau
cuci padang
baru la takda isu cikgu rotan pelajar
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 04:26 PM | Show all posts


Ramai benor murid yang dtg lambat ...biar betul! Pedaoh sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 04:38 PM | Show all posts
ramainya lambat

tp x sesuai rasanya dianggap hukuman.

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Denda paksa sembahyang. Ingat didikan yg bagus mcm tu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
katowjo replied at 14-1-2018 01:08 PM
sahaja aku solat paksa dhuha,2 rakaat kerana kena denda..awloh huakbar

Kahkahkah niat pun boleh masuk perkataan dipaksa.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Solat tu satu ibadat yg dibuat dgn rela hati, tapi dijadikan alat untuk denda. Nanti bebudak tu akan benci dan meluat dgn solat pulak, jangan salahkan zionis kalau dah besar nanti ada budak ni yg murtad atau jadi ateis. Tambahan pula sebahagian bebudak tu lambat atas alasan yg munasabah macam masalah  keluarga ke, masalah transport ke. Lobai2 kon memang tongong tak leh diajar lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
1.445161s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list