JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
816
View
12
Reply

"Jangan Merajuk, Pulanglah Ayah..."

[Copy link]

Author: CARI-MAL       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-1-2018 01:08 PM | Show all posts |Read mode
"Saya ingat ayah keluar sekejap sahaja."


Demikian kata seorang lelaki berhubung kehilangan ayahnya seminggu lalu, lapor Harian Metro.








Mohd Nazri Ahmadu, 33, anak tunggal kepada Ahmadu Mamat, 69, berkata, warga emas itu keluar dari rumahnya di Jalan Kampung Baru, Bukit Beruang, Melaka kira-kira jam 5 petang, 4 Januari lalu.


Menurutnya, Ahmadu turut membawa bersama dokumen pengenalan diri dan sejumlah wang tunai.


Mohd Nazri menjelaskan, sebelum kejadian, berlaku perselisihan faham antara mereka berdua apabila warga emas itu tidak berpuas hati anaknya memberi sejumlah upah kepada pemandu lori untuk memindahkan barangan lusuh.

Selepas solat Asar, ayah keluar rumah dan saya nampak dia berjalan kaki menuju kampung berdekatan. Saya ingat ayah keluar sekejap sahaja, tapi hingga hari ini, dia belum pulang ke rumah, membuatkan kami bimbang dengan keselamatannya kerana ayah mulai nyanyuk, katanya.


Usaha Mohd Nazri mencari ayahnya termasuk di tempat lama ayahnya bekerja iaitu di masjid Kampung Hulu gagal.

Selepas cukup tempoh 24 jam hilang, saya membuat laporan di Balai Polis Bukit Baru, katanya.


Menurut isteri Ahmadu iaitu  Petimah PK Maidoni, 59, itu kali pertama ia berlaku dan tidak menyangka suaminya tidak pulang hingga hari ini.




Foto: Harian Metro




Orang ramai yang terlihat warga emas itu, boleh salurkan maklumat kepada Mohd Nazri di talian 017-6389802 atau mana-mana balai polis berdekatan. - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 01:41 PM | Show all posts
Ya Allah, kesian kat ayah tu. Merajuk membawa hati yang terguris
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 01:47 PM | Show all posts
pakcik, balik la, jangan la merajuk lama2
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 01:55 PM | Show all posts
balik la pakcik...risau nya hai..moga dilindungi
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 01:56 PM | Show all posts
esok dah sejuk hati dia, balik la tu..
dah tua tua gitu..
perangai pun dah macam budak-budak semula..
cuba acri kat rumah sedara mara..
or rumah orang-orang tua..
mana tau dia bawa rajuk ke sana..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 02:02 PM | Show all posts
org tua klu merajuk.... susah nak pujuk
tambah lagi perkara2 kecik yg tak kena kt mata dia, boleh jadik issue besar plak
tabah la sang anak,moga ayahnyer selamat
amin
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 02:50 PM | Show all posts
aku cukup menyampah org suka merajuk2 ni....sbb aku jenis yg tak merajuk,so aku expect org jgn nak merajuk2 dengan aku...mmg tak pujuk lah aku org yg merajuk ni...last2 org yg merajuk tu yg terhegeh2 nak bercakap balik dengan den...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
MH3707: aku cukup menyampah org suka merajuk2 ni....sbb aku jenis yg tak merajuk,so aku expect org jgn nak merajuk2 dengan aku...mmg tak pujuk lah aku org yg  ...


haha same la ngn aku.  x koser nk mlyn org kuat merajuk{:hooray
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kot ye pun nak letak gambat orang sedih, letaklah yang elok sikit...ini pilih gambar macam baru bangun tidur kesat taik mata
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Baju lusuh kau kata!!  Itu baju pertama aku dancing dgn mak kau!! Laaaaahaaaaabauuuu!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 01:50 PM | Show all posts
orang tua gitu la. nanti dah okay dia balik la tu. abah nak kawen lain tak bagi tu la
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 01:57 PM | Show all posts
semoga pakcik ni pulang dgn selamat
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 12:43 PM | Show all posts
merajuk sb buang barang lusuh yg byk kenangan ke...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.053296s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list