CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1752|Reply: 11

[Tempatan] Nasib PAN, Melukut Di Tepi Gantang :(

  [Copy link]
Post time 9-1-2018 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Mohd. Hafiz Abd. Mutalib
09 Januari 2018 4:21 PM

KANGAR 9 Jan. - PAN diibaratkan 'bagai melukut di tepi gantang' iaitu sebuah parti yang tidak dianggap penting dalam Pakatan Harapan diketuai DAP.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli berkata, situasi tersebut terbukti apabila PAN hanya menerima 27 kerusi Parlimen dalam Pakatan Harapan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Justeru, Mohd. Shukri mengingatkan PAN supaya sedar diri siapa sebenarnya mereka yang langsung tidak dipandang di dalam Pakatan Harapan.

"Saya lihat isu pembahagian kerusi ini masalah cukup besar bagi PAN. Dahulu mereka (PAN) bersungguh-sungguh bantu DAP sehingga putus hubungan dengan Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang). Masa hendak bahagi kerusi, PAN ini langsung tidak dipandang.

"PAN kena sedar diri, saya lihat kehadiran PAN ini di dalam Pakatan Harapan ada pun tidak menambah, tidak ada pun tidak kurang. Malah ramai dalam kalangan pemimpin PAN yang tidak berpuas hati dalam isu ini," katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Kelmarin, Pakatan Harapan diketuai DAP mengumumkan bakal bertanding di 165 kerusi Parlimen iaitu 52 kerusi Parlimen ditandingi PPBM, PKR (51 kerusi), DAP (35 kerusi) dan PAN (27 kerusi) pada PRU-14.

Situasi tersebut seterusnya telah mencetuskan polemik khususnya di Johor apabila PAN negeri itu menggesa kepemimpinan Pakatan Harapan supaya menyemak semula pengagihan kerusi yang menyaksikan parti serpihan Pas itu hanya ditawarkan dua kerusi daripada keseluruhan 26 kerusi Parlimen.

Sementara itu, Mohd. Syukri berkata, di peringkat negeri ini, PAN dilihat langsung tidak mempunyai kekuatan dengan difahamkan mereka hanya mempunyai ahli kira-kira 400 orang.

"Malah daripada jumlah itu (400 orang), ada dalam kalangan mereka yang telah kembali kepada Pas. Hendak bertanding bagaimana, petugas pilihan raya di negeri ini juga dilihat tidak ada," katanya. - UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2018 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
27 tu kira banyak la tu..itu pun terkial kial nk menang..dasar batu api..jaga parti sendiri sudah lah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Eleh..kekonon nk kata pas da bukan anjing dap lg la tu..ayat umno dulu pd pas.skrg pas plak buat kt amanah..booo skrip umno dicedok blk..bodo punya pas...politik da la x reti..kejap hudud..tetina ruu pulak..pening lobai2 nih
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 09:09 PM | Show all posts
pas pun dulu anjing dap cuma sekarang tukar tuan jadi anjing umno
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 09:56 PM | Show all posts
Alah.. X payahlah nak kutuk, BN atau Pembangkang sama je. Dulu korang gak kutuk habis2 Mahathir tu Kepala Penyamun, Mahazalim, Mahafiraun skg dijulang bakal PM.. Gitu gak PAS, dulu kemain lagi belasah Najib, skg malu2 kucing nak hentam Najib..

Tu la org politik, bila jadi kawan macam nak comolot, bila jadi musuh semua seluar dalam dia nak londeh..

Yg penting jangan jadi macai..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Pas pulak MELUTUT kat bontot umno
lagi teruk dari melukut
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by xy_daen at 10-1-2018 11:07 AM

MCA MIC Gerakan lagi lah...serupa xde pun takpe kalau ikut rekod PRU13....PAN yang baru tu pun ada 6 kerusi setelah keluar dari PAS...PAS tinggal 14 je...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha..lobai taliban pas lupa ka politik balas dendam yg depa rancang kat golongan profesional ni klo masih dlm pas.. satu kerusi dun dan parlimen pun tak akan diberi.. so sapa lebih teruk?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2018 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 9-1-2018 03:09 PM
Pas pulak MELUTUT kat bontot umno
lagi teruk dari melukut

buat apa melutut? jilat bontot ke? persiapan utk mendoggy? ingatkan pas yg doggy..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 11:34 PM | Show all posts
pan dah lama mati...  tanam je belum lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2018 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
samasam90 replied at 10-1-2018 10:02 PM
buat apa melutut? jilat bontot ke? persiapan utk mendoggy? ingatkan pas yg doggy..

Melutut kat bontot tu macam doggie je kan sis.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 12:51 PM | Show all posts
wujud lagi ke PAN nih?????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-12-2022 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.111358 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list