Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12Next
Return to list New
2081
View
32
Reply

Masih adakah harapan untuk keluarga kami bahagia

[Copy link]

Author: shnoorafifah       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-1-2018 04:47 PM | Show all posts |Read mode
Nama saya ialah Mohd Syazwan (28 tahun).Saya mempunyai seorang isteri yang cantik, Sharifah Noorafifah (28 tahun) dananak perempuan yang comel, Anis Safrina berumur 6 bulan. Kami berkahwin padaFebruari 2016 dan pada mulanya keluarga kami bahagia seperti orang lain. Saya merupakanlepasan Universiti dan bekerja sebagai IT Executive di sebuah syarikat di ibukota dengan gaji sebanyak RM3000 sebulan dan isteri bekerja sebagai Purchasing Officerdengan gaji sebanyak RM1800 sebulan. Dengan jumlah gaji kami hampir RM5000sebulan cukup untuk membayar ansuran kereta, sewa bulanan rumah dan perbelanjaanbulanan kami.
Pada September 2016, isteri saya disahkanmengandung. Ia satu berita yang amat kami tunggu dan nantikan setelah beberapabulan menanti. Isteri saya mengalami alahan yang teruk sewaktu mengandung, danmengadu pada saya untuk berhenti kerja. Memandangkan ini kandungan pertama bagikami setelah menunggu beberapa bulan, saya bersetuju dengan hasrat isteri saya.Di tambah pula dengan jarak perjalanan untuk ke tempat kerja yang jauh, dankami hanya menaiki motorsikal untuk ke tempat kerja membuatkan saya risau akankesihatan dan keselamatan isteri dan bakal anak kami. Isteri saya berhasratuntuk membuat perniagaan atas talian bagi menampung keperluan kami jika diaberhenti kerja nanti.
Pada permulaannya tidak ada masalah padasaya untuk meneruskan kehidupan dan membayar komitmen bulanan yang ada walaupunkami agak kesempitan wang. Masalah mula timbul, pada penghujung tahun 2016 apabilasaya dipecat dengan notis 24 jam. Ini kerana, majikan saya telah mengetahuisaya ada mendaftar SSM dan ada menjalankan perniagaan persendirian (menjualtoner & ink untuk mesin printer). Ia merupakan perniagaan yang sayausahakan bersama isteri. Perniagaan atas talian tersebut didaftarkan atas namasaya kerana isteri saya tidak layak untuk mendaftar atas sebab muflis. Isterisaya sudah muflis kerana keluarganya telah menggunakan nama isteri untukmendapatkan pinjaman. Untuk mencari kerja dengan gaji RM3000 pada waktu itu memangsukar, di tambah pula dengan keadaan ekonomi malaysia yang agak kurang padawaktu tersebut.
Kemudian saya dan isteri nekad untukmeneruskan perniagaan yang ada, alhamdulilah perniagaan kami menerima sambutanbaik, walaupun tidak boleh membuatkan kami menjadi kaya, tapi cukup untukmenampung keperluan kami pada waktu itu. Kami juga telah mendapat berita baikuntuk menjadi pembekal toner ke sebuah syarikat dengan nilai yang agak besar. Dengankeuntungan tersebut boleh menampung kehidupan kami dalam 2 hingga 3 bulan. Disebabkankami tidak mempunyai modal, kami telah mencari jalan untuk mendapatkan modaldengan kadar segera, malangnya tidak berhasil. Akhirnya kami mengambil jalanmudah dengan membuat pinjaman tidak berlesen.
Kami bercadang untuk menyelesaikan pinjamantersebut setelah mendapat bayaran dari pelanggan toner kami. Kami telah dijanjikanbahawa duit pembayaran akan diperolehi dengan segera setelah kami membekaltoner pada syarikat tersebut tetapi kami hanya mendapat bayaran setelah 3bulan. Ini menyebabkan kami telah dikenakan kadar bunga yang tinggi dari pihakpinjaman tersebut. Kami kerugian teruk disebabkan itu. Kami berjaya menyelesaikanhutang dengan pinjaman tersebut disebabkan tidak tahan dengan ugutan merekadengan cara membuat hutang dengan pembekal kami, sepupu, keluarga dankawan-kawan. Keuntungan yang kami terima juga tidak mampu untuk membayarhutang-hutang tersebut. Kami juga ada mengambil toner dengan pembekal yang laindisebabkan tawaran harga yang lebih rendah dari pembekal kami yang sedia ada.Malangnya ,perniagaan menjadi lebih teruk kerana pembekal tersebut hilangbersama wang pelanggan kami, menyebabkan kami perlu bertanggungjawab atastindakan mereka. Banyak kerugian yang telah kami alami.
Pada usia muda, banyak kesilapan dalammembuat keputusan telah saya lakukan. Saya telah kehilangan rumah, motor dantidak lama lagi kereta juga. Saya juga akan menjadi muflis disebabkan sayapernah membuat pinjaman dengan bank sebelum berkahwin. Sekarang saya buntu,saya tidak tahu dari mana saya boleh mendapatkan wang dengan segera.
Saya juga mungkin akan dipenjarakan, jikasaya tidak dapat menyelesaikan hutang ini. Anak perempuan saya baharu berusia 6bulan dan saya tidak tahu bagaimana masa depannya dan saya tidak bolehkehilangan keluarga saya juga. Saya tidak mahu lagi terlibat dengan sebarangperniagaan dan saya ingin mencari pekerjaan yang lebih baik selepas ini. Sayasangat buntu untuk menyelesaikan hutang kami. Saya memerlukan sedikit danauntuk menyelesaikan beberapa hutang kami dengan segera, hutang yang lain sayaakan bekerja keras dan menyelesaikan secara perlahan-lahan. Saya tidak kisahjika saya tidak mempunyai harta, kereta, motosikal tetapi saya hanya mahu membesarkananak perempuan saya bersama isteri sehingga dewasa dan saya tidak bolehkehilangan keluarga saya. Tolong bantu kami, dan berikan kami peluang kedua.
Kami tahu dengan cara meminta derma adalahsangat hina disebabkan kami masih sihat, berakal dan sempurna tubuh badan untukberusaha, tetapi kami bukanlah manusia luar biasa yang mampu mendapatkan duityang banyak dalam sekelip mata bagi membayar hutang kami dengan segera. Setiaphari ada sahaja yang menuntut wang mereka, terasa untuk membunuh diri itumemang ada, tetapi sebagai orang islam, iman saya masih ada. Sekiranya usahaterakhir saya ini tidak berjaya mungkin saya hanya berserah pada takdir. Jika ditakdirkankebahagiaan yang dipinjam akan terhenti setakat ini, saya redha.
Adakah masih ada harapan untuk kami sekeluargatersenyum seperti orang lain.
Jika ada yang ingin menyumbang, boleh klikpautan di bawah. Terima kasih.
https://gogetfunding.com/a-future-for-anis/

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 04:56 PM | Show all posts
apa benda ni...dah jadi trend plak skang ni, asal susah je minta sumbangan
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan
ingat lah Allah ada
dan kuasa Dia mengatasi segala kuasa yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana family x bertanggungjawab isteri dia tu? Disebabkan dorg,wife tu kena tnggung akibat..and this guy,masih muda lagi,klau xnak bukak bisnes,cuba mtk je dulu keje,biar lah gaji xcecah 3k mcm dlu,at least ada jgk ler duit utk tampung perbelanjaan wife ngn anak tu..

Semoga dipermudahkan segala urusan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana family x bertanggungjawab isteri dia tu? Disebabkan dorg,wife tu kena tnggung akibat..and this guy,masih muda lagi,klau xnak bukak bisnes,cuba mtk je dulu keje,biar lah gaji xcecah 3k mcm dlu,at least ada jgk ler duit utk tampung perbelanjaan wife ngn anak tu..

Semoga dipermudahkan segala urusan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 05:17 PM | Show all posts
hasanah versi scammer pulak ke..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 05:37 PM | Show all posts
mcm best je
masuk website tu karang cerita best2
tunggu org donate
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 05:48 PM | Show all posts
We all can create free money just selling your sad story. Hope this guy truly in need
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Semangat baca..rupanya mtk sumbangan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian jgk
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 11:30 AM | Show all posts
ooo baru aku tahu mmg ada cmpany tak bagi ek niaga? even daftar SSM
ada ek policy gitu..

even tak ganggu tugas hakiki pun tak boleh ek?

tolong cari keje... even dapat duit hasil derma pun.. sampai takat mane je nanti...,
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 01:04 PM | Show all posts
Kahkah buang masa aku je baca. Minta derma rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 01:58 PM | Show all posts
Kesimpulannya adalah ingin meminta sumbangan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 03:40 PM | Show all posts
Scammer ker ni?
Kalau betul, semoga dipermudahkan segala urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 10:12 AM | Show all posts
bukan muflis la... BLACKLIST!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 10:13 AM | Show all posts
pergilah sementara kerja jadi sales assistant kat giant ke, tesco ke... busuk-busuk boleh dapat rm2k lbh.
atau pergi jadi SA kat butik-butik kat mall
takkan nak harap kan sumbangan je walau sihat tubuh badan
bapak aku yang cacat pun tak pernah minta sumbangan derma.. buku teks pun beli ok
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 10:25 AM | Show all posts
rmi lg umat yg layak di beri sumbangan

mohon sedar diri
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
igt ape la..minta derma rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau cantik boleh jadi model
bayaran ok jugak
yg x cantik pun ramai jadi modek
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 06:48 AM | Show all posts
MyNameIsIris replied at 11-1-2018 10:13 AM
pergilah sementara kerja jadi sales assistant kat giant ke, tesco ke... busuk-busuk boleh dapat rm2k ...

Hang sampai ngadu kat forum, serik sara laki , takda hang nasihat this same thing kat Dia Kah???





Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.119792s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list