CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1911|Reply: 4

Uniknya! Di Jepun, Lelaki Botak Akan Diberi Diskaun

[Copy link]
Post time 13-12-2017 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Wah, siapa sangka lelaki botak begitu dihargai dijepun! Pelik, bukan? Kini, lelaki Jepun yang ingin melepaskan penat lelah setelah seharian bekerja mempunyai beberapa tempat unik untuk dituju.





Di negara matahari terbit ini, beberapa hotel menawarkan diskaun kepada pengunjung yang botak selepas tukang cuci merungut apabila mereka perlu mengutip helaian rambut tetamu yang gugur.




Foto: The Times




Memetik The Times, Hotel Tetora yang memiliki 20 cawangan hotel menawarkan 'diskaun botak' iaitu potongan harga sebanyak 300 yen sehingga 500 yen (RM11-RM18) sebagai langkah mengelak gumpalan rambut di lantai mahupun di lubang salur air bilik mandi.



Eew, pernah tak keadaan ini berlaku pada anda? Tengok rambut bergumpal pada sikat pun dah geli, apatah lagi berserak di lantai kan?


Di daerah Akasaka pula, terdapat sebuah restoran bernama Otasuke Izakaya khas buat kaum lelaki di Tokyo Jepun. Apa yang menariknya, restoran ini menjadi tumpuan kerana rata-rata tetamunya adalah golongan yang sudah berumur, lapor Suara.com.





Foto: Suara.com/Toru Hanai






Foto : In.reuters








Foto : Pinterest






Pemiliknya, Yoshiko Toyoda sebelum ini memikirkan bagaimana caranya untuk menghargai lelaki di samping meringankan beban mereka.


"Suatu hari, saya berjalan di pusat bandar dan melihat lelaki botak. Ketika itulah tercetusnya idea untuk memberi diskaun kepada tetamu lelaki botak.


"Masyarakat di Jepun menganggap botak adalah satu isu yang mengaibkan. Berbeza dengan Hollywood, malah beberapa artis bahkah berbangga membawa imej botak mereka.

"Saya fikir ia bagus untuk memupuk semangat itu di sini," katanya.





Foto : Citizen6





Yang uniknya, diskaun diberi mengikut jumlah 'kepala'. Semakin ramai yang datang, semakin banyak diskaun diberi. Jadi, kalau nak dapat diskaun yang banyak, datanglah beramai-ramai. Bagus bukan?


Promosi ini adalah tanda penghormatan kepada lelaki yang membanting tulang dalam menyara keluarga. Bagi mereka, botak itu terjadi akibat tekanan kerja.



Beruntungnya lelaki di Jepun ni. Golongan wanita tak dapat apa-apa diskaun ke?


Eh, untuk wanita pun ada. Sebuah bar bernama My Place di sebuah hotel di Hilton Osaka menawarkan diskaun kepada wanita yang memakai kasut bertumit tinggi. Semakin tinggi tumitnya, semakin banyak diskaun diberi.




Foto: rocketnews24




Banyak budaya menarik di Jepun dan kadang-kadang ianya terlalu unik sehingga kelihatan pelik di mata dunia. Di malaysia, ada tak benda-benda pelik macam ni? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2017 02:44 PM | Show all posts
Betul tu macam2 yang pelik ada kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2017 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik pelik huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul sgt unik dan pelik dorg ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2017 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Owh...ini bagus {:thief
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.043457 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list