Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
3554
View
0
Reply

[Miscellaneous] KENCING MANIS DAN PENYAKIT KULIT SERTA RAWATAN ALTERNATIF

[Copy link]

Author: waylife       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-12-2017 12:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by waylife at 14-8-2019 07:56 PM

Diabetes atau penyakit kencing manis adalah punca dan penyebab kepada beberapa jenis masalah kulit, antaranya gatal gatal, kulit bersisik kekeringan, pedih atau jangkitan tertentu. Namun tidak semua penyakit kulit berkaitan dengan diabetes. Kajian menyatakan lebih 35% pesakit kencing manis juga mengalami masalah kulit dan ia berpunca dari tingginya tahap gula dalam darah. Jom kita lihat jenis jenis penyakit kulit yang berkaitan dengan kencing manis serta cara rawatannya.

1. Vitiligo
Biasanya dialami pesakit diabetes type 1. Ia sejenis penyakit yang mengubah warna kulit dimana sel telah merosakkan pigmen atau warna kulit, mengubahnya dari warna asal dibahagian bahagian yang terlibat. Vitiligo ini sering terjadi di tangan, perut, belakang badan, kaki malah juga di bahagian muka.



Antara kaedah rawatannya ialah penggunaan Krim kotikosteroid, terapi laser dan fototerapi UVA Dan UVB

2. Scleredema Diabeticorum Keadaan dimana bahagian lapisan kulit menjadi tebal, biasanya terjadi pada bahagian atas punggong atau di belakang leher. Penyakit kulit ini sering dihidapi pesakit kencing manis type 2.



Penyakit ketebalan kulit atau kasar ini boleh diredakan dengan menyapu krim pelembab untuk menghaluskan kembali lapisan kulit di bahagian terlibat.

3. Aterosklerosis
Satu keadaan kulit menjadi terlalu kering dan menipis, perubahan warna kuku selain menyebabkan keguguran rambut. Puncanya adalah kerana penyempitan saluran darah/saraf akibat diabetes. Kesannya aliran darah mencukupi gagal sampai ke anggota tubuh tertentu.



4. Akantosis Nigrikans
Satu keadaan penebalan dan penggelapan pada kulit. Kulit cenderung berubah kepada warna coklat serta menggelupas. Selalu terjadi di bahagian paha, ketiak, belakang leher dan kawasan bawah dada. Sering berlaku keatas pesakit diabetes yang obesiti atau lebihan berat badan.



Pencegahan terbaik ialah dengan mengawal berat badan agar tidak berlebihan.

5. Nekrobiosis Lipoidika Diabeticorum
Ia merupakan satu keadaan kemerahan pada kulit yang menipis, terasa gatal, pedih dan kadang kadang menjadi bisul. Selalu berlaku bahagian kaki.

.
6. Jangkitan Kulat
Kulit menjadi gatal kemerahan, berkerak dan selalu terjadi di bahagian jari, kuku dan juga dipersekitaran faraj/vagina wanita.


.
7. Digital Sclerosis
Satu keadaan kulit yang menebal dan mengeras, lazimnya berlaku di bahagian jari tangan atau kaki dimana masalah kaku sendi juga kerap terjadi.



Masalah ini boleh dikurangi dengan menyapu krim pelembab serta mengawal lebihan kadar gula dalam tubuh..
8. Eruptive Xanthomatosis
Keadaan benjolan pada kulit berwarna kemerahan, selalu terjadi di lengan, kaki, muka serta belakang badan. Puncanya kerana lebihan lemak dalam daran dan kekurangan insulin gagal untuk membuang trigliserida ini.



Ada beberapa lagi penyakit kulit yang berkaitan dengan lebihan gula atau kencing manis dimana sebahagiannya terbukti boleh diatasi dan dirawati secara alternatif mengguna tumbuhan sumber alam. Pati noni @ mengkudu adalah antara yang terbaik kerana kadar keberkesanannya jika diamal adalah melebihi 80%. Rujuk Fakta Kajian Noni !




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.081982s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list