Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
218
View
5
Reply

4 Fasa Pengurusan Kewangan Peribadi, Anda Dimana?

[Copy link]

Author: Cari-Ghafar       Show all posts   Read mode

Author
Post time 6-12-2017 11:12 AM | Show all posts |Read mode
Perbincangan melibatkan kewangan peribadi meliputi banyak aspek yang perlu diteliti dan dikenal pasti, untuk memastikan setiap individu dapat manfaat yang maksima dengan kos yang minima. Artikel ini akan membincangkan beberapa fasa pengurusan kewangan peribadi yang menjadi teras dan perkembangan idea dalam pengurusan kewangan peribadi.


Foto: Carian Internet

Fasa Simpanan
Fasa ini adalah fasa permulaan yang paling utama. Fasa penyimpanan adalah perkara tunjang yang menjadi mantera kepada para pelabur mega dalam dunia. Simpanan yang 'gemuk' menunjukkan kematangan pengurusan kewangan peribadi yang mapan. Ianya diperlukan dalam banyak fasa pengurusan kewangan peribadi seterusnya disamping menjadi legasi kepada keturunan kita yang akan datang.


Fasa Perlindungan
Perlindungan dibuat apabila kita sudah mempunyai sedikit simpanan yang susah untuk dikumpulkan. Pada fasa ini melihatkan individu memindahkan risiko yang akan mengambil simpanan tadi, kepada satu organisasi lain. Organisasi ini dipanggil syarikat insurans atau takaful.


Risiko seperti sakit adalah menjadi punca terbesar kehabisan dana simpanan yang dibuat tadi. Ini adalah kerana kos-kos yang tidak dijangka akan hadir ketika kita sakit. Pindahkan risiko tersebut kepada organisasi yang lain dengan sedikit caruman bulanan/ tahunan yang menguntungkan dikemudian hari. Apabila musibah berlaku, simpanan akan kekal dan tidak terusik.




Foto: Carian Internet


Fasa Pelaburan

Fasa ini dilakukan apabila sejumlah simpanan telah cukup untuk dilaburkan. Pelaburan berfungsi untuk menambah simpanan sedia ada. Ia melibatkan pengurusan portfolio pelaburan yang dikawal oleh kita sendiri. Namun, jika simpanan masih 'kurus' jangan berani untuk melabur dalam akaun yang mempunyai risiko yang besar.


Antara pelaburan yang popular adalah saham dan hartanah. Kedua-dua jenis pelaburan ini mempunyai risiko dan peluang untuk menggandakan pelaburan dengan cara tersendiri. Namun sebelum bergerak ke fasa pengurusan kewangan peribadi ini, moleklah sekiranya kita lengkapkan dengan ilmu disamping simpanan yang 'gemuk'


Fasa Wasiat
Mengikut Prof. Datin Dr. Azizan Baharuddin dari Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), kira-kira sebanyak RM 60 bilion aset terdiri seperti hartanah dan wang dari pelbagai institusi kewangan masih tidak dituntut oleh rakyat Malaysia. Harta tersebut tidak bertuan dan masih tergantung, seriuskah masalah ini?


Wasiat dibuat seseorang itu sebelum meninggal dunia supaya harta yang dikumpul dapat dijadikan legasi dan diwariskan kepada keturunan yang akan datang. Contoh terbaik adalah sultan-sultan dalam negara kita. Kekayaan mereka adalah hasil dari kekayaan nenek moyang mereka yang diwarisi. Keturunan mereka dihormati bukan setakat status sosial, tetapi kesanggupan nenek moyang mereka untuk mencipta legasi yang kekal sepanjang zaman.



Foto: Carian Internet



Kesemua fasa di atas adalah fasa asas dalam perkembangan pengurusan kewangan peribadi. Ianya perlu diikuti secara tertib supaya keupayaan kewangan peribadi boleh dimaksimakan sehabis mungkin dengan kos yang minima. Penyesuaian kesemua fasa ini bergantung kepada kewangan individu yang berbeza mengikut keperluan, umur dan pendapatan.
Sekarang anda di tahap mana? Mari mulakan! -CARI
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 11:25 AM | Show all posts
thanks for sharing
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Fasa baru nak bernafas
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 01:03 PM | Show all posts
fasa nak tunggu pencen...
rumah da ada, kreta da ada, saving ada la sikit..
utk ank2 biar la dia org cri sendri dan kumpul sendiri
sbb aku dulu pun cri sendri.. da kerja baru la kumpul sikit2..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 01:16 PM | Show all posts
di awan awangan
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2017 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape penah invest kat public mutual.komen please
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.050818s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list