CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1142|Reply: 4

Penjara 5 Tahun Kerana Pecah Masuk Rumah Hakim

[Copy link]
Post time 5-12-2017 09:30 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki dipenjara lima tahun atas tuduhan memecah masuk rumah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Balia Yusof Wahi, 65, selain mencuri barang bernilai RM11,300, lapor BERNAMA.


Hukuman itu dijatuhkan Hakim Shamsudin Abdullah terhadap Ahmad Norfais Ishak, 22, selepas tertuduh mengaku bersalah dan diarahkan dipenjara bermula 23 Oktober lalu iaitu selepas dia ditangkap.








Mengikut fakta kes, bapa tiga anak yang juga seorang kelindan lori itu memecah rumah hakim terbabit di Jalan Kent 4, Kuala Lumpur melalui tingkap tandas dalam bilik dan mencuri tiga buah kamera jenama Nikon, Go Pro serta komputer riba pada 6.10 pagi, 22 Oktober lalu.


Ahmad Norfais didakwa di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan boleh dikenakan denda selain berdepan penjara 14 tahun jika kesalahan yang dimaksudkan hendak dilakukan itu ialah kesalahan mencuri.


Terdahulu, peguam Ernie Ahmad merayu tertuduh dikenakan hukuman penjara minimum dengan alasan dia sudah insaf.

"Ketika kejadian itu, anak guam saya terdesak kerana sedang berdepan dengan masalah kewangan. Dia kini menyedari bahawa mencuri bukan jalan penyelesaian terbaik," katanya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2017 10:07 AM | Show all posts
nasib ko la..................
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 11:22 AM | Show all posts
dah tau miskin, pegi la cari keje..padan muka kene jail
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 01:33 PM | Show all posts
rumah hakim laju je buat kerja..
rumah marhaen, makan tahun senyap terus nak dapat penyamun tu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Associate supreme court justice ker? Mmg selayaknya lah kena.

Pertama sbb komputer riba yg diambil mgkn ade kpstn penghakiman tertentu, sekiranya didedahkan , ia akn bw kemudaratan pd hakim tersebut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.276427 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list