Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
3325
View
121
Reply

[Tempatan] Menteri Bidas Sesetengah Melayu Ada Duit Langgan Astro, Tetapi Kedekut Didik Anak

[Copy link]

Author: ultra78       Show all posts   Read mode

Author
Post time 5-12-2017 08:53 AM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 7-12-2017 09:39 PM

post-338944-1276141499_thumb.jpg

PETALING JAYA: Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani membidas sesetengah ibu bapa Melayu yang mampu membayar RM199 untuk melanggan perkhidmatan Astro, tetapi gagal memberi pendidikan lebih baik kepada anak.

Beliau dipetik China Press sebaliknya memuji kaum lain yang lebih menitikberatkan pendidikan anak supaya mereka boleh berjaya dalam hidup.

Katanya, sebelum meluluskan bantuan bulanan kepada keluarga miskin, agensi kerajaan akan menghantar pegawai untuk melawat dan memahami keadaan sebenar pemohon.

(Pegawai) yang ke rumah mendapati televisyen mereka (pemohon) lebih nipis daripada televisyen di rumah sendiri. Setiap bulan saya bayar RM60 untuk tengok Astro, mereka sebaliknya bayar RM199 sebulan.

Apabila bercakap mengenai buku latihan, baju sekolah dan alat tulis anak-anak, mereka mengadu tak ada duit, tetapi mereka bawa kereta Toyota. Ibu bapa bersenang lenang, tetapi anak-anak sebaliknya.

Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan beg sekolah dan baucar RM100 kepada pelajar sempena Program Ceria ke Sekolah anjuran Komuniti 1Malaysia Kampung Paya di Kuala Lumpur, semalam.

Johari berkata, untuk keluar daripada kepompong kemiskinan, orang melayu perlu mengubah cara pemikiran dengan mengutamakan anak dan pendidikan mereka.

Walaupun sesetengah orang bukan bumiputera tidak mendapat pendidikan pada zaman dahulu, tetapi sebagai ibu bapa, mereka bekerja keras untuk membangunkan negara bersama dan memberi pendidikan terbaik kepada anak, akhirnya anak mereka berjaya dalam perniagaan.

Sebelum negara mencapai kemerdekaan, orang Melayu mempunyai harta dan tanah, tetapi semua itu dijual generasi seterusnya yang tidak berpendidikan dan tidak tahu menguruskan kewangan.

Katanya, untuk menjadi negara maju, faktor terpenting ialah meningkatkan tahap pendidikan rakyat dan sistem pendidikan Malaysia memberi peluang kepada semua rakyatnya, tidak kira kaya atau miskin mendapat pendidikan.

Bagaimanapun, ramai orang Melayu yang miskin tidak mampu menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik kepada anak.
Jika ibu bapa selalu menitikberatkan pendidikan, suatu hari nanti anak-anak akan berjaya.

Untuk mengubah cara hidup, kita perlu tahu merancang dan menguruskan kewangan dengan baik, serta tahu mengutamakan perbelanjaan lebih penting dan kurang penting.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 08:55 AM | Show all posts
saya setuju pak menteri!

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 09:03 AM | Show all posts
Tapi ada juga orang Melayu tidak melanggan Astro tetapi sebaliknya pergi ke Pasar Road untuk membeli gadget yang dikatakan boleh mendapatkan siaran Astro secara percuma.....

Bila gadjet tidak berfungsi dia mengadu kat Forum.....

Tapi dia kata dia tak melanggan Astro bukan sebab tak mampu tapi sebab siaran Astro putuih putuih masa hujan........
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 09:07 AM | Show all posts
ni aku setuju...bab pendidikan mmg berkira tp bab entertainment tak kesah plak berabis duit..sanggup beli drama Astro First semata2 nak tgk fattah amin
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
ubat pahit
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp bila result exam anak kuar, acik2 kepam yg kuat show off kat fb ni tak berani lak tayang result anak.. Ye le.. Anak nya kureng pandai sbb byk tgk astro
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
tak payah mintak pak menteri tunjuk contoh pulak lah, why not kita jadi contoh pulak...contoh kat jiran tetangga pun jadilah
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 09:15 AM | Show all posts
ummah pprt dekk....perangai pprt ini akan diwarisi turun temurun.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 09:17 AM | Show all posts
mmg betull...........dok umah pprt pakai kereta Honda...............
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni i setuju.
Rumah pprt atas state land tapi sampai 2 piring astro.
Anak sekolah ulu ceruk kampung.
Sumbangan pibg rm20 payah nak bayar.
Suruh pindah tak nak.
Bila kena halau dikatakan ditindas.

Melayu la tu..

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang ni aku setuju... bak kata org tua kita yg dah banyak makan garam #BiarPapaAsalBergaya
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 09:33 AM | Show all posts
Setuju. Syukur...ada jugak statement bijak yang keluar dari mulut Menteri.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 09:47 AM | Show all posts
Budaya & mentaliti melayu yg susah nak di ubah

* masuk mlm nak cepat kaya hujung2 tersontot byr bodo2 loan bank brg naik salahkan bijan
* biar papey asey bergayey
* dok umah pprt janji dpt bergaye ngan kerta sibik
* pantang gaji naik bikin oberlap

* etc
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 09:54 AM | Show all posts
Aku setuju dgn menteri nih... cuma, mengapa pulak kerajaan sanggup bg njoy percuma pulak kat dia org. Sblm ni, ramai yg dapat njoy percuma bg mereka yg tersenarai dalam e-kasih. Ada yg jual pun.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 10:21 AM | Show all posts
Edited by krustykrab at 5-12-2017 10:22 AM

@Maideen.
ini macam paderi @ MOFTI medeng punya kes....bersenang lenang nak tunjuk kaya langgan astrok semua, tapi realiti hidup medeng kasiannnn sungguh

udah la nafkah bekas bini pun tak bayor, anak2 hidup merempat sbb loyor pprt nak tunjuk mewah kat kengakwan

udah la langgan astrok, pastu siap pasang lagi satu kuali astrok palsu nak tayang kat jiran



hokhokhokhokhok
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 10:35 AM | Show all posts
teringat semalam dalam fb
pompuan tu show off dia xyah beli baby car seat..
letak baby dalam raga kain kat seat depan je
yg seronoknya, dari gambar tu nampak interior kereta dia bukan cikai macam saga blm ke viva ke
macam kereta mahal juga...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 10:37 AM | Show all posts
btulll jugak tu...
utk keperluan berkira kira nak gunakan duit
utk berjimba, show off bagai ada pulak duit lebih...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 10:39 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 5-12-2017 10:35 AM
teringat semalam dalam fb
pompuan tu show off dia xyah beli baby car seat..
letak baby dalam raga  ...

leh kasi fb dia..nak sekolahkan dia jap
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Smlm call astro utk potong langganan.finally
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
THIS!

Sebab tu akak tak kesiankan umat miskin merempat. Segala sesuatu yang terjadi tu ada sebabnya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
adakah pak menteri sedang istihar perang dgn kapitalis astro? dh fikir panjang ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 11:14 AM | Show all posts
chazey replied at 5-12-2017 11:10 AM
THIS!

Sebab tu akak tak kesiankan umat miskin merempat. Segala sesuatu yang terjadi tu ada sebab ...

tgk pelem adiwiraku tak kak?...kesian famili miskin dlm pelem tu..astro takde,tv pun takde
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 11:44 AM | Show all posts
bil astro aku 50 lbh je. x mampu ratus2
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 11:52 AM | Show all posts
patut ibu bapa cmni, kene hukum
psl xreti jaga kewangan keluarga

penjarakn diaorg aja slagi dorg tak
tamatkn kontrak astro, tenet, jual kete bagai

atau bawa anak dorg masuk pusat jagaan kanak2
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Oi menteri bangang mana tu. Kaka aku walau lerja kerani tapi habis beribu tahu untuk beli buku bacaan anak2 dia siap buat ansuran lagi demi kepandaian anak. Siapa kata melayu bodoh pemalas kedekut tu memang tolol.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.054160s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list