Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
4395
View
102
Reply

[Tempatan] Kesal serah anak kepada pasangan tidak dikenali, ibu rayu anak dikembalikan

[Copy link]

Author: dodifarid    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 1-12-2017 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
IPOH: Seorang ibu merayu bantuan pihak-pihak yang berkenaan untuk menuntut semula bayi perempuannya berusia dua bulan yang diserahkan sebagai anak angkat kepada sepasang suami isteri pada September lepas.

Zawanie Ab Rahman, 32, berkata keperitan hidup mendesaknya menyerahkan anak ketiganya, Nur Dynas Hamidah Abdul Qayyum, kepada pasangan itu pada 18 September lepas, tiga hari selepas melahirkannya di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Katanya, pada awalnya beliau tidak meragui langkahnya menyerahkan Nur Dynas ke tangan keluarga angkat itu kerana menginginkan kehidupan lebih baik buat bayi tersebut.

Saya didatangi oleh sepasang suami isteri di hospital berkenaan setelah mereka mendapat tahu bahawa saya ingin menyerahkan anak saya setelah dia lahir.

Perkenalan kami pada awalnya diatur seorang rakan Facebook yang saya kenali selama dua tahun," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Wanita (ibu angkat) itu memberikan saya cek bernilai RM6,000 walaupun saya tidak memintanya kerana saya bukan berniat menjual anak, katanya sambil menambah, cek itu bagaimanapun tidak boleh ditunaikan. Menurut Zawanie, beliau mulai mengesyaki ketelusan pasangan tersebut setelah menerima mesej daripada nombor tidak dikenali menawarkannya untuk menjadi seorang 'biomum'.

Bimbang dirinya kemungkinan tanpa sedar terlibat dalam sindiket jual beli yang dipercayai mensasarkan bayi baru lahir, dia membuat laporan polis.

Mengejutkan saya, pihak polis memberitahu yang wanita tersebut (ibu angkat anaknya) disyaki adalah seorang yang dikehendaki. Dia disyaki mempunyai rekod jenayah, dakwanya lagi.

Tambahnya, beliau telah menghubungi pasangan itu yang tinggal di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, namun mereka tidak membenarkannya berjumpa anaknya.

Katanya, bimbang dengan latar belakang pasangan yang masing-masing berusia 37 dan 32 tahun itu, dia kemudiannya membuat lima laporan polis di Pulau Pinang dan Perak dalam tempoh dua bulan.

Saya dimaklumkan mereka bekerja sebagai doktor dan peguam. Namun semuanya terbongkar apabila saya mendapati wanita itu tidak bekerja manakala lelaki itu kerja biasa sahaja.

"Pasangan itu juga meminta saya membayar ribuan ringgit kepada mereka sekiranya saya ingin mendapatkan anak saya semula, katanya.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Batang Padang, Rainnie Amisani, berkata beliau amat kesal sekiranya kes tersebut dibiarkan tanpa sebarang siasatan lanjut daripada pihak berwajib.

Jelasnya, sepanjang 16 tahun bertugas, ini kali pertama beliau berhadapan dengan kes sedemikian yang membabitkan penyerahan anak yang mempunyai unsur sindiket jual beli.

Tambah Rainnie, kes tersebut wajar dikelaskan dan disiasat mengikut peruntukan undang-undang Seksyen 35, Seksyen 37 dan Seksyen 113 Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 (Akta 1511) yang memperuntukkan mengenai prosedur sebenar penyerahan anak angkat.

"Proses yang betul melibatkan prosedur di mana kami akan meneliti, memeriksa dan memastikan kesahihan latar belakang dan kemampuan keluarga angkat yang akan membesarkan anak berkenaan," katanya.

Dia berpendapat kes itu perlu diberi perhatian pihak berwajib, sambil menambah, beliau berpegang teguh kepada prinsip di bawah Akta Kanak-kanak 2016 yang menginginkan yang terbaik buat kanak-kanak di negara ini.
c18c2fecee6f77de15f6f155d582d6e2.png
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadinya...
Nko mula mengesyaki ketelusan pasangan tersebut bila cek tendang ye dek? Kalau cek clear haruslah nko tak syak apa2 kan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
bodo piang. rot in hell bitch!
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
~anya~ replied at 1-12-2017 08:27 AM
Jadinya...
Nko mula mengesyaki ketelusan pasangan tersebut bila cek tendang ye dek? Kalau cek clear ...

I pun terfikir macam ni anya. ....sebab cek tak dapat ditunaikan saja....kalau tak rm6k dapat tak peduli dah pun....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Hek eleh..tak mintak konon..
Sbb cek tendang baru teringat anak?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
apa yg mendesak akak ni sampai nk iklan bagi anak?
gila..main bagi plak tu
xsiasat sapa penjaga anak tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
sebelum serah
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Baby tu pon confirm2 dah dijual ke org lain...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 1-12-2017 08:43 AM
I pun terfikir macam ni anya. ....sebab cek tak dapat ditunaikan saja....kalau tak rm6k dapat tak  ...

Kan... it's very baffling takde dokumen satu hapa free2 jah bagi orang anak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
~anya~ replied at 1-12-2017 08:27 AM
Jadinya...
Nko mula mengesyaki ketelusan pasangan tersebut bila cek tendang ye dek? Kalau cek clear ...

Kan? Kalau cheque tu selamat di cash kan, takde maknanya merayu nak anak balik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh.. sngnya kau bagi anak.. ikut saluran yg betul lah.. kesian baby tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
~anya~ replied at 1-12-2017 09:01 AM
Kan... it's very baffling takde dokumen satu hapa free2 jah bagi orang anak tu...

Kalau dah ada court order pun hak tetap pada biological mom. Unless bio mum tu unfit utk jaga anak sendiri cthnya kalau dia drug addict, ada masalah moral, etc. Tp kes dia ni i rasa main serah aje takde black and white.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
~anya~ replied at 1-12-2017 09:01 AM
Kan... it's very baffling takde dokumen satu hapa free2 jah bagi orang anak tu...

Tu lah pasal.....

Ramai lagi rakyat kita yang miskin papa sampai terpaksa menyerahkannya anak. ...masa buat tak fikir ke yang ekonomi family tak mengizinkan. ....sampai anak rasa beban.....ingatkan anak tu rezeki.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Amina_Mirza replied at 1-12-2017 09:07 AM
Kan? Kalau cheque tu selamat di cash kan, takde maknanya merayu nak anak balik.

Kan....cara dia macam nak urusan jual beli nih hush2 gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduh senangnya bagi anak kat org.. bongok betul.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
bapak tak guna
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
dah tau takde duit gigih beranak. lepastu bagi kat orang. teringat kat anak bila cek kene tendang
jahat betul
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Baby yg kesian nasib x ketahuan
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
adoi, die dalam kesempitan. mungkin laki buat hal ke. ape2 pon, org lain nak cari anak angkat jadi susah la mcm ni, ade je golongan penipu (sindiket), jahat betul!
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
fishy tul kau ne zawanie.. ye ye je kau tak minta duit tu, bukan kau kata kau susah ke bab tu tak dapat jaga anak.. pastu bila cek kena tendang, pandai lak kau nak cari anak kau.. dasar mak pak tak guna.. kesian baby tu kalau kena amek oleh geng pemerdagangan manusia.. in fact, i think u r one of it..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki akak ni mana...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
pastu kata hidup susah, tapi tepon touch screen (tsk kisah brand china ke tidak) dan gigih berpesbuk dua tahun lalu??? eh hello nak mengangkang nak, nak berpesbuk nak  tapi bila tuhan bagi anak, kau jual pula.. hanatttttt
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 1-12-2017 12:47 AM
apa yg mendesak akak ni sampai nk iklan bagi anak?
gila..main bagi plak tu
xsiasat sapa penjaga an ...

pelik kan.. mengandung mengandung, pastu buka pesbuk iklan nak jual anak.. dalam susah sempat berpesbuk.. umur pun dah 3 series.. takkan takde anak lain dia ne? suami mana?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 10:00 AM | Show all posts
aku dh agak..mesti kna lhar..haha
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
samasam90 replied at 1-12-2017 09:51 AM
pelik kan.. mengandung mengandung, pastu buka pesbuk iklan nak jual anak.. dalam susah sempat berp ...

kan
katanya ni anak ketiga
pastu baru nak.menyesal
sah sah la.orang yang jaga mmg xnak bagi...haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.051075s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list