Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
408
View
9
Reply

[Tempatan] Polis tahan anak dipercayai bantu ayah bunuh diri

 Close [Copy link]

Author: kampring       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-11-2017 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai terlibat membantu ayahnya, seorang warga emas berusia 65 tahun untuk membunuh diri dalam sebuah bilik hotel, di Genting Highlands pada Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Othman Nayan berkata, mayat mangsa ditemui oleh petugas hotel berkenaan dan melaporkan kepada polis pada 10.20 pagi hari berkenaan.

Hasil pemeriksaan di tempat kejadian, mendapati mangsa dalam keadaan terbaring dan terdapat kesan lilitan di bahagian leher selain menjumpai seutas tali yang dipercayai digunakan untuk melilit leher mangsa.

Siasatan awal juga, tidak menjumpai sebarang bukti untuk dikaitkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kes telah diklasifikasikan sebagai SDR (mati mengejut), katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Namun katanya, siasatan diteruskan disebabkan beberapa keraguan dengan hasil siasatan lanjut mendapati terdapat individu kedua yang turut menginap di bilik berkenanaan.

Katanya, individu kedua itu juga yang merupakan anak lelaki mangsa berusia 35 tahun telah berjaya ditangkap pada Ahad lepas di sekitar pusat peranginan tersebut.

Othman berkata, hasil soal siasat awal suspek yang bekerja sebagai peniaga mengaku telah membantu ayah kandungnya untuk membunuh diri.

Katanya, berdasarkan rakaman CCTV dan keterangan pekerja menunjukkan suspek berada di dalam bilik berkenaan semasa kejadian sebelum melarikan diri.
Beliau berkata, suspek yang mempunyai rekod sakit mental dan masih mengambil ubat ditahan reman sehingga Khamis ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 306 Kanun Keseksaan kerana menyubahati kesalahan membunuh diri jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 10:59 AM | Show all posts
anak yang berbakti
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 11:17 AM | Show all posts
kira jadi kes bunuh la ye..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 12:16 PM | Show all posts

berbakti kepada orang tua hingga ke akhir hayat
tapi sayang dengan niat & cara yang salah
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 12:19 PM | Show all posts
sakit mental ....x boleh wat per..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 12:29 PM | Show all posts
Sakit mental, no wonder la.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 12:34 PM | Show all posts
nak cepat waris harta?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin berhantulah hotel2 kat genting tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 01:04 PM | Show all posts
Kesian, sakit mental. Dia ikut jer apa yang ayah suruh dia buat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 10:09 PM | Show all posts
Thread dah ada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.048159s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list